52 Tahun & Masih Bujang, Kenali Aktres Bollywood TABU Yang Tak Dimamah Usia

Tabassum Fatima Hashmi atau nama seninya, Tabu sudah berkecimpung dalam dunia perfileman Bollywood sejak era 80-an.

Sehingga kini, wajah jelita Tabu masih lagi mewarnai filem-filem terkenal.

Melihat kepada penampilan dan pesona wajahnya, Tabu yang kini mencecah usia 52 tahun tidak banyak berubah. Awet muda!

Memetik laporan India Today, Tabu turut membintangi filem yang di ‘remake’ daripada blockbuster

Tamil berjudul Kaithi (2019). Filem ini diberi nama Bholaa yang akan ditayangkan pada 30 Mac 2023.

Ternyata, kehadirannya dalam filem terbaharu ini membuktikan bakat Tabu masih ‘berbisa’ dalam dunia lakonan.

Berbicara mengenai karier seni dan kehidupan peribadi, Nona kongsikan 11 fakta menarik mengenai Tabu.

Dilahirkan pada 4 November 1970 dan merupakan anak kepada pelakon, Jamal Hashmi.

Memulakan debutnya menerusi filem Hum Naujawan (1985). Pertama kali Tabu memegang watak utama ialah dalam filem Telugu Coolie No. 1 (1991).

Merupakan bekas pelajar St Ann’s Scholl dan St Xavier’s College.

Biarpun Tabu kini berusia 52 tahun namun wajahnya kekal jelita dan awet muda.

Sebelum ini Tabu dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan Sanjay Kapoor.

Mempunyai penampilan yang ‘sempurna’di samping karier yang cemerlang.

Hobinya mengumpul minyak wangi, menulis puisi dan membaca buku.

Telah membintangi 52 buah filem antaranya Life of Pi (2012), Drishyam (2015), Jawaani Jaaneman (2020), dan Bhool Bhulaiyaa (2022).

Menerima pelbagai pengiktirafan termasuk anugerah filem Nasional untuk Pelakon Terbaik 2003, dan Anugerah Skrin untuk Jodi No.1 pada 2015.

Bersahabat baik dengan ramai selebriti Bollywood tersohor seperti Ajay Devgan, Anil Kapoor, Shilpa Shetty, Karen Johar, Salman Khan dan ramai lagi.

Membintangi filem Bholaa yang akan ditayangkan pada 30 Mei 2023 ini.

Kredit Foto: Instagram @tabutiful

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share