Melihat susuk tubuh ramping supermodel era 90an ini pasti ramai yang tak menyangka Cindy Crawford sudah berusia 54 tahun. Walau tinggal tujuh tahun saja lagi bakal menghampiri 6 series namun kejelitaan dan bentuk tubuh Cindy tetap menawan seperti dulu.
Tidak seperti kebanyakan selebriti Hollywood yang ‘menyembunyi’ sisi penuaan di sebalik pembedahan plastik dan sebagainya, model antarabangsa ini selesa mempamer wajah asli meskipun garis-garis halus dan kedutan jelas kelihatan di wajah anggunnya. Bahkan Cindy mengakui lebih selesa mengenakan solekan nipis setiap kali keluar rumah.
IKLAN
Mahu tampil cantik semula jadi seiring dengan pertambahan usia saban tahun, isteri Rande Gerber ini memberitahu Vogue dia hanya menjalani gaya hidup sihat dengan aktif bersenam. Di samping mengambil pemakanan sihat. Memetik kenyataan Cindy di Good Housekeeping, ada beberapa rutin yang diamalkannya agar kekal awet muda.
Minum teh hijau sebelum sarapan
Kata Cindy kepada majalah Elle pada tahun 2015, “Saya menyukai teh hijau dan selepas menikmati minuman ini saya rasa lebih baik dan menginginkanya setiap pagi.”
Selain teh hijau, model yang memiliki sepasang kaki yang cantik ini juga mengamalkan minuman smoothie yang kaya protein yang dihasilkan sendiri di rumah. Antara ramuannya termasuk susu kacang badam, serbuk protein, daun pudina, separuh biji pisang dan biji koko asli.
Hidangan Kaya Protein
Kebiasaannya Cindy akan menikmati hidangan salad bersama lauk seperti ikan atau ayam yang diakhiri dengan sepotong kecil coklat gelap. Pesannya, “Selepas selesai makan saya akan ambil sepotong coklat gelap sebagai tanda kepada tubuh yang ‘ini adalah makanan penutup’. Mengikut pengalaman, kalau teringin makan sesuatu tapi dilarang… ia akan berakhir dengan makanan lain yang lima kali lebih banyak.”
IKLAN
Snek Sihat
Bagai tidak lengkap hari Cindy Crawford tanpa kudapan atau snek sihat. Untuk memastikan dia tidak makan berlebihan, ibu dua anak ini memilih kudapan seperti kacang badam, epal dan keju sebagai pilihan sebelum menjamu hidangan seterusnya.
Bersenam
Salah satu petua cantik Cindy adalah dengan menjalani rutin senaman. “Saya menyukai senaman yoga dan joging tapi saya lebih selesa dengan teknik senaman tradisi. Setakat ini, saya mempunyai jurulatih kecergasan di rumah yang akan mengajar setiap tiga kali seminggu termasuk untuk melakukan push-ups, squats dan sebagainya.
IKLAN
Selepas melahirkan anak, saya lebih kepada senaman HIIT (high-intensity training workout) dan pergi hiking dan berbasikal pada hujung minggu.”
Cindy di samping suamiBersama ibu tersayangAnak gadis Cindy Crawford yang kini bergelar model
Jadi, sekiranya anda turut berhasrat mengekalkan bentuk tubuh ideal dan dalam masa sama cergas macam Cindy Crawford… amalkan gaya hidup sihat supermodel ini.
Pada pandangan umum, pasangan Dato’ Syahmie dan Datin Shairah terlihat sentiasa bahagia. Dikurniakan tiga cahaya mata serta hidup dilimpahi kemewahan.
Tapi hakikatnya, mereka saja yang tahu. Hubungan suami isteri itu bagai retak menanti belah, bagaikan tali yang menanti saat putus. Kasih sayang yang dipupuk terlerai.
Semuanya bermula sejak Datin Shairah memberhentikan Ustaz Samaon yang diupah mengajar anaknya mengaji. Dengan bayaran RM60 sebulan, Ustaz Samaon akan datang mengajar tiga kali seminggu.
Suatu hari, Ustaz Samaon tiba agak lewat dari biasa. Datin Shairah mula marah-marah mengenangkan selepas itu ketiga-tiga anaknya ada kelas muzik di sebuah pusat muzik terkemuka.
Setengah jam kemudian, Ustaz Samaon muncul dengan wajah berpeluh-peluh. “Minta maaf Datin. Motosikal saya rosak kat bawah bukit. Terpaksa saya menolak sampai ke atas,” katanya sambil mengelap peluh di muka.
Tapi Datin Shairah tak peduli. Tiada langsung rasa simpati pada Ustaz Samaon yang terpaksa menolak motor lebih 2km ke rumah agamnya yang terletak di sebuah kawasan elit di puncak bukit.
“Ustaz, kalau motor tu dah buruk belilah motor baru. Tak cukup ke duit yang saya bayar RM60 sebulan tu, buatlah bayar ansuran motor. Jangan menyusahkan orang. Ini sebabkan Ustaz, anak-anak saya lambat ke kelas muzik.
Kalau nak mengajar, ajarlah betul-betul. Jangan nak ikut sendiri saja. Kalau tak, berhenti!” tempik Datin Shairah. Terkejut bercampur penat menolak motor, Ustaz Samaon rasa cukup terhina dengan kata-kata wanita kaya itu. Terus dia meminta izin untuk berhenti.
Apabila Dato’ Syahmie pulang malam itu, dengan bangganya Datin Shairah memberitahu dia telah memberhentikan khidmat Ustaz Samaon. Disebabkan hal itu, mereka berdua pun bertengkar.
Keesokan harinya, Dato’ Syahmie segera ke pejabat di mana Ustaz Samaon bekerja sebagai jaga. Dia mahu meminta maaf atas keceluparan isterinya dan mengajak Ustaz agar datang mengajar semula. Tapi Ustaz Samaon enggan.
Marah besar Datin Shairah bila tahu tentang hal tersebut. Sejak itu hubungan keduanya semakin tegang, mereka tak lagi sebulu dan ada saja yang ditengkarkan bila berjumpa.
Amalan
Merasa kasih sayang Dato’ padanya tergugat, Datin Shairah tekad mencari jalan singkat dengan amalan syirik.
Wajah Datin Shairah yang masih cantik itu dipakaikan susuk penyeri supaya semakin menawan. Tidak cukup lagi, dia juga mengenakan ilmu supaya Dato’ sentiasa patuh dan tak mempertikaikan tindakannya.
Sejak itu Dato’ Syahmie benar-benar berubah. Biarpun di luar dia berjaya mengendalikan projek jutaan ringgit, tapi di rumah dia bagaikan seekor tikus yang sentiasa mengikut telunjuk isterinya. Dia tiada kudrat untuk melawan.
Suatu hari, dengan kuasa Allah timbul keinginan dalam hati Dato’ Syahmie untuk menunaikan haji. Tanpa berfikir panjang, dia terus mendaftarkan namanya dan isteri ke pihak Tabung Haji. Itulah keputusan pertama yang dibuat tanpa menunggu persetujuan Datin Shairah.
Bila perkara ini disampaikan kepada isterinya, Datin Shairah tak marah sebaliknya cukup gembira dan puas hati. Memang dia sendiri sudah terfikir tentang perkara tersebut.
Terbayang di matanya keseronokan mengerjakan haji dan membuat amal ibadah seperti orang lain. Sedikit pun tak terfikir yang dia bakal melalui satu pengalaman paling hebat dalam hidupnya di sana nanti.
Bertolak Ke Mekah
Setelah seminggu di Tanah Suci, dia dapat melihat perubahan jelas suaminya. Lelaki itu bagai menjauhkan diri, tak mempedulikan dirinya dan sentiasa cuba menghindarinya.
Entah kenapa jadi begitu. Biarpun berusaha berbuat sebaik mungkin, tapi Dato’ Syahmie seakan alergi dengan dirinya. Apatah lagi sejak tiba di Tanah Suci, Datin Shairah asyik sakit-sakit hingga ibadahnya terganggu.
Dalam keadaan begitu, Datin Shairah tetap gembira kerana dapat teman-teman baru yang sangat mengambil berat. Antaranya seorang Ustazah iaitu Ustazah Aminah.
Suatu hari penyakit Datin Shairah semakin berat hingga terpaksa dibawa ke hospital. Apabila mendapat tahu keadaan tersebut, Ustazah Aminah terus pergi melawat. Puas dicari tapi kelibat Datin cantik itu tetap tak kelihatan.
Dengan bantuan petugas hospital, akhirnya dia menemui Datin Shairah dalam keadaan yang sangat mengejutkan. Wajahnya berubah sama sekali.
“Datin sakit apa sampai macam ni sekali?” tanya Ustazah ingin tahu.
“Berubah macam mana?” tanya Datin Shairah dalam nada pelik.
Melihat wajah Datin yang kehairanan, Ustazah Aminah mencapai sebuah cermin dan diserahkan padanya. Bagaikan gugur jantung Datin Shairah melihat wajahnya sendiri yang amat tua. Dia terus menjerit hingga terpaksa ditenteramkan.
Apa yang berlaku pada Datin Shairah membingungkan Ustazah Aminah. Atas dasar ingin membantu, dia kemudiannya meminta pandangan orang-orang alim di situ.
“Mungkin ada kena-mengena dengan amalan ilmu tak baik,” beritahu mereka.
Bila perkara ini ditanyakan pada Datin, wanita itu tanpa sembunyi mengakui tentang susuk dan ilmu yang diamalkan. Sambil menangis tersedu-sedan dia menyatakan kesalan dan mahu membuang ilmu hitam tersebut dengan apa cara sekalipun.
“Beginilah Datin. Susuk tu susah sikit sebab ia hanya boleh dikeluarkan oleh orang yang memasukkannya. Tapi ilmu tu mungkin kita boleh usahakan. Kita cuba solat hajat enam rakaat di depan Kaabah serta bertaubat dan minta ampun daripada Dato’,” kata Ustazah Aminah.
Insaf atas kesilapannya, Datin Shairah menggagahkan diri berbuat apa yang disarankan. Dengan kuasa Tuhan, penyakitnya beransur sembuh hingga membolehkan dia mengerjakan semua ibadah haji walaupun belum begitu sihat. Hubungan dengan suaminya pun beransur pulih.
Sekembalinya ke tanah air, Datin Shairah tekad membuang susuk dan semua ilmu sesat yang diamalkannya. Gaya hidup juga ditukar menjadi lebih sederhana. Wajahnya yang masih muda tetap kelihatan cantik, malah lebih berseri daripada kebiasaan. Bagi Datin, dia betul-betul bertaubat atas segala perbuatannya dan menyesal terhadap dosa-dosa yang pernah dilakukan.
(Kisah ini diceritakan semula oleh Ustaz Haji Daud Che Ngah, Bekas Pengurus Besar Bimbingan Haji, Lembaga Urusan Tabung Haji melalui naskhah ‘Ingatan Dari Kaabah’)
Model, pelakon, dan pengacara Intan Ladyana atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Muhammad Yahaya sudah lama tidak muncul di kaca televisyen bukan, apatah lagi selepas berkahwin dengan pelakon tampan Harris Alif dan seterusnya melahirkan cahaya mata pertama mereka, iaitu Eviee Khadeeja pada penghujung Januari lalu.
Intan Ladyana dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu dan perkahwinan menjadi perhatian ramai dek jarak usia yang agak jauh iaitu 17 tahun.
Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka tetap tampak sepadan dan cukup bahagia apabila kedua-duanya diliht aktif di media sosial sambil berkongsi kisah seharian mereka sekeluarga untuk tatapan peminat.
Dan baru-baru ini, Hariss telah memuat naik gambar percutian mereka bersama anak tersayang, Evie Khadeeja di Instagram miliknya menaiki kapal persiaran. Apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan Intan yang manis berhijab ketika bergambar bersama suami dan anak di atas kapal persiaran yang dipercayai kapal persiaran Resort World Cruises.
Perkongsian di Instagram serta IG story Hariss nyata mendapat perhatian ramai rakan selebriti serta peminat mereka, dan rata-rata begitu gembira dengan penampilan Intan yang terkini. Mereka juga mendoakan agar pelakon terbabit terus istiqamah mengenakan hijab.
Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi dari Intan berhubung dirinya sudah berhijab penuh atau sebaliknya, yang pasti Intan tampil lebih manis dan ayu bila berhijab. NONA doakan semoga Intan turut istiqamah mengenakan hijab. Insya-allah..
Membawa mesej tentang perubahan iklim dunia, wanita ini mencipta rekod dengan melakukan servis penghantaran makanan paling jauh di dunia. Maanasa Gopal, merentas benua sejauh lebih 30 ribu kilometer dari Singapura ke Antartika.
Hari ini, saya telah berjaya mencipta rekod dengan melakukan servis penghantaran makanan yang luar biasa iaitu dari Singapura ke Antartika.
Rekod yang diciptanya ini merupakan sebuah projek yang ditaja oleh Foodpanda Singapura sebagai sebuah misi untuk menghantar makanan ke Antartika. Wanita yang sudah pun memasang impian untuk menerokai dunia sejak usia 19 tahun ini merupakan seorang aktivisyang berjuang bersama pakar iklim untuk menangani isu dan menyebar kesedaran tentang perubahan iklim dunia.
Perjalanannya ke Antartika bermula dengan menaiki penerbangandari Singapura serta tiba di Hamburg, Jerman sebelum berhenti di Buenos Aires, Agentina.
Tambahnya lagi, ia merupakan sebuah pengalaman dan memori istomewa apabila dapat menghantar makanan ke benua terpencil di dunia.
“Bukan mudah untuk mendapat peluang menghantar makanan Singapura sejauh lebih 30,000.”
Perkongsian mengenai ekspedisinya itu di laman Instagramnya mendapat pujian dari netizen dan berjaya meraih lebih 62,000 tontonan serta 8,000 tanda suka.