Seiring fasa pertumbuhan anak-anak, pemberian nutrisi berperanan penting untuk menjaga kesihatan fizikal dan mindanya. Tapi tanpa disedari, kita sebagai ibu kadang-kadang terlepas pandang soal nutrisi ni. Mungkin kerana sibuk. Mungkin juga kerana tak tahu.

Beberapa senarai di bawah adalah jenis makanan yang cukup berbahaya untuk kanak-kanak. Selain menjejaskan kesihatan, ia juga melemahkan otak mereka.

IKLAN

(a) Gula-gula, kandi, gummy jelly

6 Makanan Bahaya Yang MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN MINDA Anak, Ibu Ibu Tolong Hentikan Sekarang

Tidak dinafikan bahawa gula yang berlebihan bukan saja menjejaskan kesihatan kanak-kanak, malah orang dewasa juga. Selain menyebabkan obesiti, gula yang terdapat pada makanan ringan ini sebenarnya merosakkan otak si kecil.

Dalam satu penelitian yang dilakukan oleh UCLA ditemukan bahawa fruktosa yang berlebihan akan mempengaruhi kemampuan insulin dalam memproses fikiran dan emosi.

Maka sekiranya anak-anak diberi banyak gula-gula, fungsi otaknya akan berkurang sekaligus mengganggu mood mereka.

(b) Fast food

6 Makanan Bahaya Yang MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN MINDA Anak, Ibu Ibu Tolong Hentikan Sekarang

Makanan seperti kentang goreng, nuget, burger dan sebagainya tidak mempunyai zat yang diperlukan tubuh.

Ia juga tinggi pengawet serta garam berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan seperti obesiti, diabetes, darah tinggi, masalah buah pinggang dan serangan jantung.

Anak-anak kecil memerlukan nutrisi secukupnya untuk menyokong tumbesaran mereka. Jika mereka selalu diberi makanan fast food, dikhuatiri boleh mempengaruhi perkembangan otak mereka pada masa depan.

(c) Mi segera

6 Makanan Bahaya Yang MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN MINDA Anak, Ibu Ibu Tolong Hentikan Sekarang

Mudah dibuat dan disukai kanak-kanak. Tapi tahukah anda, mi segera mempunyai banyak pengawet agar ia boleh bertahan lama?

Sama seperti fast food, mi segera juga tidak bermanfaat untuk tubuh. Bahan kimia untuk memprosesnya akan berkumpul di dalam tubuh dan meningkatkan risiko demensia (gangguan mental dari aspek kognitif dan intelek) si kecil.

(d) Daging diproses

6 Makanan Bahaya Yang MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN MINDA Anak, Ibu Ibu Tolong Hentikan Sekarang

IKLAN

Daging merupakan salah satu sumber protein yang diperlukan tubuh. Namun pastikan ia didapati daripada daging asli, bukannya diproses.

Daging diproses seperti sosej dan nuget mengandungi protein tiruan yang dicampur dengan bahan kimia. Jika anak anda sering menikmati protein tersebut, bahan kimia itu boleh memudaratkan tubuh mereka.

Akibatnya sistem saraf terganggu. Mereka juga sulit untuk mengingati sesuatu serta mengolah informasi.

(e) Teh & kopi

6 Makanan Bahaya Yang MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN MINDA Anak, Ibu Ibu Tolong Hentikan Sekarang

Ibu bapa jarang memberikan dua jenis minuman ini jadi jangan terfikir untuk memberikannya.

Teh dan kopi mengandungi kafein yang boleh menyebabkan insomnia pada kanak-kanak. Ini akan menjejaskan rutin tidur mereka yang penting untuk perkembangan otak.

IKLAN

Kafein juga boleh menyerap zat besi yang diperlukan tubuh sebagai bekalan oksigen ke otak.

(f) Minuman bergas

6 Makanan Bahaya Yang MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN MINDA Anak, Ibu Ibu Tolong Hentikan Sekarang

Bukan hanya merosakkan gigi dan menggemukkan, malah minuman bergas juga mampu merosakkan otak si kecil. Dalam satu kajian oleh University Southern of California menemukan hubungan antara soda dan kemampuan fungsi otak.

Minuman bergas yang diminum oleh kanak-kanak juga akan mempengaruhi fungsi otak mereka ketika dewasa. Begitu juga jus buah dalam kotak. Minuman jus sebegini kebanyakannya bukan dibuat dengan buah-buahan asli tetapi perisa dan gula yang banyak.

Faktor Kecerdasan Otak

Kecerdasan otak kanak-kanak bukan hanya dipengaruhi oleh makanan semata-mata tapi faktor keturunan dan faktor lingkungan anak dibesarkan.

Namun kecerdasan ini boleh dibentuk sejak kecil kerana 80% bahagian otak manusia akan terbentuk dan berkembang pada tiga tahun pertama hidupnya.

Kanak-kanak yang cerdas juga didukung oleh kasih sayang ibu bapanya. Berikan perhatian dan cinta yang secukupnya agar mereka membesar sebagai anak yang pintar dan soleh. Norzalina Mohd Alias

Kredit: The Asian Parent Indonesia

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI