
Sejak dahulu lagi, wanita telah memanfaatkan khasiat lemon yang kaya vitamin C untuk kecantikan dan kesihatan kulit.
Tapi selain aromanya yang segar dan sering dijadikan perisa minuman atau makanan, lemon juga mempunyai kegunaan lain yang jarang diketahui orang.
Terkenal sebagai sejenis buah serbaguna, semak 6 petua menggunakan lemon ini yang boleh anda praktikkan di rumah.
(1) Menghilangkan bau kasut
Adakah kasut sukan atau kasut kerja suami anda berbau busuk? Atasinya dengan kulit lemon. Simpan kulit lemon di dalam kasut selama semalaman dan esok pasti bau menyengat itu hilang.
(2) Mengharumkan rumah
Jimatkan duit dengan membuat sendiri pewangi lemon ini di rumah. Caranya, kupas kulit lemon dan campurkan dengan cuka. Simpan campuran ini dalam botol penyembur kosong dan semburlah ke ruangan kesukaan anda. Segarnya aroma!
(3) Mengatasi cela dan mencerahkan muka
Tak sempat buat facial? Gunakan lemon kerana ia bersifat antibakteria dan boleh merawat akne. Cuma hiris lemon dan perahkan jusnya. Ratakan jus tersebut atau gosok buah lemon terus ke serata kulit muka, lalu bilas dengan air. Cela akan pudar dan kulit akan nampak lebih cerah.
(4) Memutihkan ketiak
Masalah ketiak hitam memang memalukan wanita. Cuba petua ini, gosok lemon sebelum atau ketika mandi selama beberapa minit. Kemudian selepas dibilas, oles losen bagi mengelakkan kekeringan kulit. Amalkan 7 hari berturut-turut untuk melihat hasilnya. Awas, jangan lakukan jika ada luka cukuran ya, pedih!
(5) Memutihkan pakaian
Selain menggunakan peluntur pakaian, anda juga boleh mengekalkan keputihan baju sekolah anak-anak dengan lemon. Rendam cucian dalam baking soda yang dicampur dengan jus lemon selama 30 minit. Kemudian bilas seperti biasa dan cuci baju-baju putih itu seperti biasa.
(6) Mengusir serangga dan nyamuk
Untuk mencegah semut berkerumun di rumah, sembur jus lemon di celah-celah pintu atau lubang semut keluar masuk. Sementara untuk mengusir nyamuk pula, belah lemon kepada dua, lalu cucukkan cengkih di atasnya. Letakkan di sekitar atau penjuru bilik yang bernyamuk. Gabungan aroma lemon dan cengkih boleh menghalau nyamuk secara semula jadi. Norzalina Mohd Alias
#stayathomechallenge HIAS Rumah Bak HOTEL LIMA BINTANG, Doktor WANITA Ini Kongsi Idea Susun Atur Perabot

Cantiknya rumah Doktor Fara Izzati! Sungguh eksklusif dan mewah. Pilihan perabot sangat ‘kena’ dengan tema. Dr Fara share yang tak semua barangan rumah dibeli sekaligus. Ada tips yang beliau kongsi supaya rumah idaman ini boleh anda realisasikan sendiri.
Menurut Doktor Fara Izzati Yusoff, rumah mewah jenis kluster di sebuah kawasan elit di Johor Bahru ini dimiliki dan disusun atur bukan sekaligus.
“Saya dan suami beli rumah ni kerana kami ditawarkan harga yang begitu baik dari pemaju. Zero down payment, free legal fees, diskaun untuk Bumiputera, rebat tunai, free 1 year maintenance fee dan baucar IKEA yang membolehkan saya mendekorasi rumah!” katanya.
Bila melihat dekorasi rumah mewah ini juga, Dr. Fara banyak berkongsi tips untuk berbelanja dengan lebih bijak.
“Saya tak banyak menabung, tapi we had a really good deals. Dengan rebat tunai, kami belanjakan untuk renovasi rumah. Duit simpanan lama dan hasil dari locum di klinik saya gunakan untuk membeli barangan dekorasi dan perabot.” katanya.
Dalam perkongsian di Instagramnya juga beliau tidak lokek dengan tips membeli barangan perabot mewah tetapi pada harga berpatutan.
Begitu juga beliau berkongsi tips untuk dekorasi rumah. Walaupun beliau seorang doktor, tetapi taste dalam dekorasi ada class tersendiri!
View this post on InstagramA post shared by Dr Fara Izzati, MBBCh (UK) (@drfaraizzati) on
View this post on InstagramA post shared by Dr Fara Izzati, MBBCh (UK) (@drfaraizzati) on
View this post on InstagramA post shared by Dr Fara Izzati, MBBCh (UK) (@drfaraizzati) on
Memang tak puas tatap foto-foto kediaman milik Dr. Fara. Mungkin ada tips dan idea ini boleh anda gunakan untuk kediaman anda!
Tip untuk dekorasi rumah dengan anak kecil
“Paling susah nak maintain dekorasi rumah bila anak-anak masih kecil. Untuk anak saya yang berusia 5 tahun, memang tak ada masalah tetapi adiknya baru setahun lebih. Jadi, saya akan bawa si kecil ke tingkat 2 di mana tiada dekorasi barangan mudah pecah.
Walau apa pun, kids will be kids. Jika kita ajar mereka sedikit demi sedikit apa yang boleh dan apa yang tidak, mereka pasti akan tahu apa yang boleh di bawa bermain dan apa yang tidak!”ujar Dr Fara.
Kredit foto: IG Dr Farah Izzati
Gara-Gara Persekitaran Negatif Di Pejabat, Semangat Tiba-Tiba Merudum! Cuba 5 Cara Ini Untuk BANGKITKAN MOTIVASI DIRI

Adakah semangat kerja anda mulai menurun? Banyak faktornya mengapa motivasi kerja seseorang itu semakin menurun. Antaranya ialah persekitaran yang kurang menyenangkan, tidak serasi dengan rakan sekerja atau tiada kenaikan gaji.
Usah dibiarkan semangat kian merudum kerana ia boleh menjejaskan prestasi kerja anda. Bahkan, anda juga akan semakin tertekan kerana dipengaruhi oleh emosi lantas mengganggu kesihatan pula.
Oleh itu, bangkitlah semula demi mencari semangat anda yang hilang. 5 cara berikut dapat membantu anda untuk membangkitkan kembali semangat kerja.
(1) INGAT TUJUAN, CITA-CITA DAN HARAPAN
Selain sebagai ibadah, bekerja juga sebagai jalan untuk anda meraih tujuan, cita-cita dan harapan. Bohonglah jika anda tidak pernah mengimpikan untuk mendapatkan gaji serta kedudukan yang lebih baik berbanding sekarang, bukan? Maka, tunjukkan semangat yang tinggi sebagai motivasi.
(2) UNTUK SIAPA
Ingatlah untuk siapa anda bekerja. Adakah untuk keluarga atau ibu bapa yang anda sayangi? Jangan kecewakan mereka dengan mempamerkan semangat yang rendah dalam kerjaya anda. Jadilah contoh terbaik buat anak-anak mahupun adik-beradik anda.
(3) PILIH MANA LEBIH PENTING
Fikirkan mana yang harus diutamakan. Ibadah jauh lebih penting daripada ketua yang cerewet. Impian untuk kehidupan yang baik jauh lebih penting daripada rakan-rakan sekerja yang iri hati dan dengki dengan anda.
Insan-insan tersayang jauh lebih penting daripada apa jua masalah. Jangan biarkan hal-hal yang tidak penting mengganggu semangat kerja anda.
(4) YAKIN BAHAWA ANDA MAMPU
Yakinlah bahawa anda mampu untuk mengatasi, bertahan dan menghadapi semua perosak motivasi kerja. Tuhan tidak akan membebani seseorang di luar kemampuan dirinya.
Bulatkan tekad di jiwa bahawa anda tidak akan mudah mengalah untuk mengejar impian serta demi insan-insan yang tersayang.
(5) RESAPKAN KE JIWA
Buat catatan berunsurkan renungan bermula dari langkah pertama hingga langkah keempat. Jika anda ikut secara konsisten anda akan lebih bersemangat. Agar semangat itu lebih bertahan lama, serapkan ke dalam jiwa anda.
Dengan catatan ini juga akan lebih menguatkan semangat anda untuk terus bekerja. Bacalah secara rutin dan praktikkan ke dalam tindakan anda. Amy Mohd
Gaya Percutian VIVY YUSOF Di Seoul Curi Tumpuan, Cantik From Head To Toe!

Aura Datin Vivy Yusof sememangnya luar biasa. Beliau bukan hanya menjadi inspirasi kerana kebijaksanaan dan kejayaan yang diraih bahkan pengasas FashionValet ini juga dikagumi kerana keperibadian, wajah cantik dan cita rasa fesyennya. Pendek kata, apa sahaja yang dilakukan usahawan ternama ini pasti menjadi ikutan. Tidak hairanlah, ramai generasi muda hari ini menjadikan beliau sebagai ikon dan sumber inspirasi!
Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 pada 11 Disember lalu, Vivy sekali lagi menarik perhatian netizen. Mana tidaknya dalam usia yang masih muda, beliau sudah pun memiliki segala-galanya yang diidamkan kebanyakan wanita. Diberkati dengan rupa paras cantik, kerjaya membanggakan, terkenal, suami penyayang dan anak-anak yang comel.
Sempena hari lahir Vivy tahun ini, beliau tidak hanya diraikan staf FashionValet dan The Duck Group serta kenalan rapat malah turut menerima hadiah istimewa iaitu dua buah suitcase berjenama mewah daripada suami dan anak-anak. Alahai, bertuahnya wanita bernama Datin Vivy Sofinas Yusof… disayangi ramai orang!
View this post on InstagramA post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on
Lebih istimewa, suami tercinta iaitu Datuk Fadza Anuar turut menghadiahkan tiket percutian ke Seoul, Korea Selatan. Tiba di bumi Kpop tersebut tiga hari lalu, akui Vivy ia adalah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke sana. Menerusi foto-foto percutian yang dikongsikan Vivy di Instagram miliknya, jelas terserlah kejelitaan ikon wanita negara ini. Walau berstatus ibu kepada tiga anak, pujian harus diberikan kepada Vivy kerana pandai menjaga penampilan diri. Cantik je from head to toe!
Percutian romantis di samping suami tersayang berjaya menggamit dan menghangatkan kembali hubungan cinta mereka. Kata Vivy, “On our first date, he didn’t pay for my movie ticket. He joked later we weren’t a sure thing yet, he didn’t want to invest wrongly. But since then on, he’s been doing nothing but spoil me rotten with love, care and all the things a wife could ask for. For my birthday, he bought me a suitcase, a pulley and let the kids get all the credit.
Then, he presented me with tickets to a holiday in Seoul and said he will buy me whatever I want the entire trip. Where did you come from, Fadza Anuar? Which planet? Thank you for being the best husband ever, I thank God everyday for you. I pray as we go through life’s journey, we’ll always be complete because we have each other.”
Hari pertama di Seoul, gaya fesyen Vivy sudah menarik perhatian peminat. Mengenakan trench coat Burberry dan gaya hijab turban… beg tangan Christian Dior yang dibimbit Vivy melengkapkan lagi penampilan mewah dan elegan. Sebagai individu yang berkecimpung dengan dunia fesyen setiap hari, Vivy tahu gaya terbaik yang sesuai dengan peribadinya. Namun, yang paling mencuri tumpuan ialah beg tangan yang digayakan Vivy sepanjang percutian tersebut. Kalau dihitung, lebih dari tiga jenis dan berjenama mewah.
Salah satu tempat yang dilawati Vivy di Seoul termasuklah lokasi popular, Starfield Library yang menghimpunkan pelbagai bahan bacaan. Ketika mengunjungi perpustakaan popular tersebut, Ahli Lembaga Pengarah UiTM ini turut memberitahu, “Dah lama teringin hendak datang ke sini dan hari ini my bucket list is checked, alhamdulillah.
Berada di dalam perpustakaan ini memang mengujakan. Sejak kecil, mak ayah saya sudah tanamkan minat membaca dalam diri dan menurut guru saya ketika masih kecil, saya tak mahu balik ke rumah selagi tak habis membaca sesebuah buku.”
Selain Starfield Library, Vivy juga berpeluang mengunjungi Myeongdong dan Bukchon Hanok Village. Tidak ketinggalan, butik jenama mewah seperti Louis Vuitton dan Dior.
Sumber: Instagram Vivy Yusof