Cantiknya tema bunga-bungaan ni. Nampak elegan dan mewah! Menghadirkan tema bunga-bungaan atau floral pada interior rumah dapat mencetuskan suasana sejuk, segar dan feminin. Untuk menerapkannya tak semestinya perlu memasukkan tumbuhan hidup mahupun palsu tetapi juga boleh diadunkan dengan motif mahupun aksen bunga-bungaan segar.
Berikut bagaimana untuk mengaplikasikan tema bunga-bungaan dalam beberapa trik mudah. Ia pasti menyenangkan jiwa saat anda berada di rumah.
WARNA NEUTRAL
Sebaiknya pilih warna-warna neutral sama ada yang gelap atau terang. Tak semestinya perlu memilih warna-warna bunga yang cerah. Anda boleh menerapkan pola bunga dengan warna monokrom yang lebih memberi kesan santai serta tidak terlalu feminin.
PILIH WARNA SENADA
Ads
Pilih warna senada dengan perabot sedia ada. Atau, boleh juga memadankan dengan tema warna yang sudah diterapkan pada ruang tersebut. Ia akan membuatkan dekorasi rumah akan lebih seimbang.
UKURAN POLA
Pola bunga bungaan mempunyai banyak pilihan dari segi ukuran bermula dari yang kecil sehinggalah yang besar. Pola bunga berukuran kecil memberi kesan lebih feminin berbanding pola bunga berukuran besar.
Ads
MEMBERI KESAN SENI
Tak salah untuk memberi kesan atau sentuhan seni pada interior bertemakan bunga bungaan. Dengan sentuhan seni itu, interior ruang akan lebih kelihatan artistik. Contohnya, pola floral dalam bentuk lukisan atau aksen dekorasi tertentu.
KESAN MASKULIN
Ads
Agar tak terlalu kelihatan feminin, pola bunga bungaan boleh dipadankan dengan perabot yang mempunyai rekaan yang lebih maskulin. Contohnya dengan meja kopi yang berwarna neutral atau berunsurkan kayu.
RUANGAN PENUH BUNGA
Hadirkan seluruh ruangan dengan pola bunga bungaan melalui pemasangan wallpaper di sekeliling dinding. Ruangan akan menjadi semakin segar dan sejuk. Tema bunga bungaan yang diterapkan pada sekeliling ruangan juga dapat memberi efek yang menenangkan jiwa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Teringat tentang perkongsian bekas personaliti televisyen ini berkongsi kembaranya ke bumi Jurusalem pada tahun 2018 yang lalu. Pelbagai kisah menarik yang dikongsikan oleh Azrinaz Mazhar Hakim terutamanya masjid yang menjadi kebanggaan umat Islam iaitu Masjid Aqsa.
Kini sekali lagi jiwa wanita ini bergetar apabila masjid yang pernah dikunjunginya dan menyimpan memori indah ini telah ‘disentuh’. Azrinaz melalui postingnya di Instagram merayu agar kita membantu saudara seislam kita agar kembali tersenyum.
“Teruskan salurkan bantuan dan doa tanpa henti untuk saudara kita di Palestin diikuti niat yang betul melalui ijtihad kepada siapa yang harus diberi. Maka selepas itu tawakkal dan berserah. Dengan bantuan kita, InsyaAllah sinar senyuman mereka akan kembali seperti dahulu kala.
“Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu.” (HR. At Tirmizi) Dalam berbagai hadis, disebutkan senyum adalah bentuk kebaikan paling sederhana. Ini adalah sekecil-kecil nikmat yang seharusnya setiap insan ada.
Akan tetapi bagaimana kita hendak melihat senyuman ini di Bumi Syam yang saban hari ada sahaja musibah ke atas mereka. Berat sungguh ujian namun hati mereka kental kerana yakin dengan kalimah Hasbunallah WaNikmal Wakil (Cukuplah Allah sebaik Pelindung),” tulisnya.
Dalam pada itu isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid ini turut berkongsi pengalaman indah menjejakkan kaki ke Masjid Aqsa. “Dengan izin Allah peluang menjejakkan kaki ke Masjid Aqsa adalah satu nikmat yang tidak dapat digambarkan kerana kami dapat belajar 1001 kisah yang disebutkan di dalam Al-Quran dan hadis serta catitan ulama terdahulu tentang Bumi yang disebut sebagai Ardul Mahsyar Wal Mansyar (Bumi bermulanya Akhir Zaman dan Hari Kebangkitan).
Mengenali sejarah Masjid Aqsa bermula zaman Nabi Ibrahim a.s. sehinggalah kerajaan Khalifah Utmaniyyah yang terakhir membina Aqsa. Kerajaan yang bersilih ganti menjadikan Aqsa satu-satunya seluruh kesenian dan tinggalan kerajaan Islam berkumpul
Aqsa dicemburui oleh bangsa yang kononnya milik mereka tetapi hakikatnya sejarah melalui ekskavasi yang mereka sendiri lakukan tiada apa pun yang dapat dibuktikan,” coretnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Azrinaz turut berkongsi sudah tamat tempoh berpantang dua hari sebelum Syawal. Azrinaz telah melahirkan permata hati perempuan seberat 3kg pada 26 March 2021 pada jam 1:15 tengahari yang diberi nama Atheera Medinah. Kakak kepada Atheera, Areesya Malaykha kini sudah memasuki usia 2 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan suami isteri, Dr Kathreena Kadir dan Dr Muhammad Lee Weng Ho berjaya membuktikan mereka mampu bahagia walau berlainan bangsa dan budaya. Kini, usia perkahwinan mereka menjangkau 12 tahun dengan kehadiran dua puteri yang comel serta bijak berusia 9 dan 4 tahun.
Sejujurnya, penulis begitu kagum dengan Dr Kathreena. Dalam usia 40 tahun Dr Kathreena punya kehidupan ‘sempurna’ sebagai seorang isteri dan ibu. Dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah Dr Kathreena merupakan pensyarah kanan di Jabatan Sains Klinikal Mulut & Maksilofasial, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya. Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), beliau merupakan pakar perunding bagi pesakit yang mengalami kanser. Menariknya, Dr Kath adalah anak jati Sabah pertama memiliki kepakaran dalam bidang diceburi. Manakala suaminya, Dr Muhammad Lee Weng Hong merupakan seorang doktor gigi berusia 41 tahun.
DETIK BERKENALAN DENGAN SUAMI
“Saya mengenali suami ketika sama-sama menuntut di Dental School, Universiti Malaya. Kami adalah rakan sekelas sewaktu belajar Dentistry selama 5 tahun. Saya merupakan ketua kelas manakala beliau adalah ‘mat photocopy’ dalam kelas kami. So setiap kali dapat nota kuliah dari pensyarah, sayalah orang pertama yang akan dapat. Saya akan serahkan nota itu kepadanya untuk dibuat salinan dan diedarkan kepada rakan-rakan sekelas. Kami tidak pernah ber’couple’ sewaktu di Dental School, hanya teman tapi mesra sebab berlainan agama dan bangsa.
Bagi saya, suami seorang pelajar yang pandai bergaul, sangat bertanggungjawab, rajin berusaha, independent, dan sangat bijak dalam kelas! Yes, he is one of the best students dalam kelas.
Selepas tamat dental school kami ditugaskan di tempat kerja berasingan. Saya dihantar kembali berkhidmat di Sabah manakala suami di Melaka. Kami hanya bertemu semula selepas 3 tahun di salah sebuah persidangan (National Dental Conference) di Kuala Lumpur. Sejak itu kami start dating jarak jauh (melalui telefon saja). Alhamdulillah, Allah SWT memudahkan hubungan kami. Selepas 3 bulan kami mengikat tali pertunangan. Suami memeluk Islam ketika kami sedang bertunang. Selepas 4 bulan bertunang kami bernikah.
BAIK DENGAN KELUARGA MENTUA
Setelah berkahwin dan berkeluarga, suami menjadi seorang yang sangat ringan tulang dalam membantu menguruskan hal-hal rumahtangga. Suami juga seorang bapa yang sangat rapat dengan anak-anak dan jenis family man. Selain itu, saya juga bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami kerjaya saya. Mungkin kerana bidang kami sama maka tidak timbul masalah. Malah, suami merestui dan mendorong saya untuk berjaya dalam bidang ini. Antara pengorbanan besar suami ialah pernah ‘melepaskan’ saya untuk pergi menjalani latihan sub kepakaran di Shanghai, China selama 12 bulan.
Bercakap tentang hubungan saya dan keluarga mentua, syukur mereka menerima saya dengan hati yang terbuka. Seperkara lagi, mungkin sebab saya berasal dari Sabah dan sudah biasa bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama menyebabkan saya tidak kekok untuk membiasakan diri dengan adat serta budaya keluarga suami selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam. Manakala bahasa ibunda yang digunakan mereka ialah Mandarin dan Kantonese.
Bagi saya, antara kelebihan kahwin campur ialah anak-anak mendapat manfaat daripada dua budaya yang berbeza. Mereka menjadi multilingual iaitu dapat menguasai 3 bahasa serentak. Bagi saya berkahwin sesama bangsa atau berlainan bangsa tak banyak bezanya yang penting personaliti, sikap toleransi serta memahami antara suami dan isteri menjadi tunggak kebahagiaan rumahtangga.
SYAWAL
Saya bercuti selama 2 hari sebelum Hari Raya. Untuk persiapan, sangat sederhana kerana saya sebenarnya amat sedih tidak dapat beraya di Sabah. Kalau bukan kerana anak-anak, saya tiada mood hendak beraya disebabkan kekangan kerja dan keadaan semasa yang amat merisaukan. Saya kuatkan juga semangat untuk menyediakan apa yang termampu agar anak-anak dapat merasai suasana Hari Raya Aidilfitri dan tidak hanya mengenali perayaan Tahun Baru Cina saja. Suami pula, setiap kali Hari Raya beliau sangat suka masakan Ayam Kurma. Saya akan cuba masak makanan kegemarannya itu jika berkesempatan.
NASIHAT BUAT RAKYAT MALAYSIA
Walau hanya duduk di rumah anda sebenarnya memainkan peranan sangat besar dalam membantu para petugas barisan hadapan yang setiap saat bertarung nyawa menguruskan pesakit-pesakit COVID-19. Hentikan sikap tidak endah atau ‘Tidak apa, sebab bukan aku yang kena.’ Hargai usaha kerajaan dan patuh setiap arahan.
Buat rakan-rakan seperjuangan, usah gentar. Have faith that it is His decision to choose heroes amongst us. Today we learn that not all heroes wear capes, yet the best heroes’ wears mask and face shields. Berjuanglah di medan perang ini bersama-sama, semoga kita tidak jatuh! Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan memberkati setiap amalan baik kita.
Buat mereka yang pasangannya doktor, lebih-lebih lagi jika isteri seorang doktor bersedialah untuk memahami selok belok kerjaya beliau. Termasuk ‘berkongsi’ masa isteri bersama para pesakitnya. Bantu isteri untuk menjadikannya seorang ibu dan isteri terbaik buat keluarga seterusnya menjadi doktor berdedikasi di hospital. Pengorbanan isteri adalah atas dasar kepentingan tugas yang menjadi fadhu kifayah.”
Sedar atau tidak, wanita bernama Nur Syuhaida Abdul Razak atau lebih mesra disapa sebagai Dottie sudah 8 tahun bergelar seorang anak wayang. Anak jati Perak ini mula dikenali peminat tempatan selepas membintangi drama sulungnya berjudul Dottie yang telah ditayangkan di Astro Ria pada tahun 2010 bergandingan dengan Sharnaaz Ahmad. Dalam perkembangan terkini, Dottie baru sahaja selesai penggambaran drama lakonannya yang akan disiarkan tidak lama lagi.
Menyentuh mengenai isu plus size, pasti Dottie mempunyai tanggapan tersendiri. Bila sebut mengenai badan besar, pasti dikaitkan dengan penyakit seperti obesiti, kencing manis dan sebagainya. Memang ada kebenarannya namun bagi Dottie, tidak semua yang berbadan besar memunyai penyakit dan yang kurus bebas dari penyakit. Apa yang penting, pengambilan makanan yang seimbang perlu dititikberat agar kesihatan lebih terjamin.
“Sebenarnya ada betulnya orang yang berbadan besar mudah mendapat penyakit. Sebab itulah, kita harus menjaga pemakanan dan selalu melakukan senaman. Namun tidak semestinya mereka yang kurus dan ramping tidak mempunyai penyakit. Maksudnya disini, terpulang pada cara kita menjaga diri dan gaya hidup yang kita amalkan. Tetapi streotaip masyarakat kita, bila bercakap mengenai badan besar pasti akan dikaitkan dengan penyakit,” bicara Dottie.
Sesetengah wanita menganggap isu badan besar adalah perkara yang cukup sensitif. Namun bagi Dottie sendiri, beliau tidak pernah menghiraukan kata-kata orang disekelilingnya malah tidak menjadikan ia alasan untuk terus maju ke hadapan. Perpegang teguh dengan pendiriannya itu, tidak hairanlah beliau masih bertahan hingga ke hari ini. Menurut Dottie lagi, sebagai wanita berbadan besar, kita harus bijak membawa diri.
“Saya tidak kisah apa orang cakap mengenai diri saya. Apa yang saya tahu, saya hanya menjadi diri sendiri “and I just be myself”. Saya percaya, apa pun yang orang sekeliling cakap pada kita, di kemudian hari kita jugalah yang menentukan masa depan kita samada mahu happy, Berjaya dan sebagainya. Kita tak pelu mendengar pendapat orang lain mengenai diri kita. Paling penting, kita harus bijak membawa imej sebagai seorang plus size.
“Saya bangga dengan diri dan keadaan fizikal saya. Ia menjadi motivasi diri sendiri dan memberi inspirasi kepada mereka yang juga mempunyai bentuk badan yang besar. Sebagai seorang selebriti, ada pengikut yang suka melihat cara saya berpakaian dan cara saya membawa diri. Dari situ saya rasa boleh memberi sedikit sebanyak semangat dan keyakinan pada mereka yang juga mempunyai bentuk badan yang besar. Mungkin sesetengah orang yang berbadan besar malu dengan bentuk fizikal mereka, yes! Malu perlu ada namun ia perlu bertempat. Tapi jangan sesekali malu untuk menjadi diri sendiri. Kita perlu sayang diri kita sebelum kita sayang orang lain,” ungkap Dottie yang memilih Adele dan Queen Latifah sebagai sumber inspirasi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.