Terkenal sebagai trendsetter kepada produk coklat dan bijirin di dalam balang serta telah mempelopori pasaran sejak tahun 2014, produk crispy chocojar viral, NIMS kini tampil dengan pembungkusan baharu iaitu di dalam tub plastik. NIMS The Best Crispy Choco Tub menjadi signature product kepada pasaran makanan snek tempatan.
Kredit Foto: IG @nims.hq
Sempena meraikan para usahawan yang berjaya mencatatkan jumlah jualan tertinggi sepanjang tahun 2021, NIMS ADELICIOUS SDN BHD menganjurkan majlis makan malam istimewa, NIMS Starpreneur bertemakan pesona malam dan kilauan bintang di Hotel EQ Kuala Lumpur. Majlis dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad.
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad.
60 usahawan NIMSpreneur yang diraikan menerima anugerah mengikut kategori masing-masing. Turut diraikan bersama ialah 200 usahawan NIMS. Tengku Nurhanira Tengku Othman dinobatkan sebagai Top 1 Millionaires Achiever dengan jumlah re-stock sebanyak RM6.6 juta. Para pemenang menerima sijil penghargaan, trofi, dan replika cek. 5 Master leader NIMS turut menerima replika kunci jenama idaman masing-masing sebagai bonus pencapaian mereka.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif NIMS Adeliciousz Sdn Bhd, YM Tengku Norhanim Tengku Othman berkongsi pengalaman membangunkan perniagaan sejak 8 tahun lalu. Hari ini NIMS mempunyai 2 buah kilang di Klang dan Bangi yang merupakan kilang memproses, mengeluar dan mengedarkan produk-produk makanan snek di bawah jenama NIMS.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif NIMS Adeliciousz Sdn Bhd, YM Tengku Norhanim Tengku Othman.Kredit Foto: IG @hanim.nims
Pertengahan Februari lalu, sebuah pusat pengedaran dibuka di Kota Kinabalu, Sabah bagi merapatkan jurang dan mengurangkan kos penghantaran dari Semenanjung seterusnya memberikan lebih nilai kepada reseller NIMS yang berada di Malaysia Timur. Sepanjang tahun 2021, NIMS merekodkan jumlah pengeluaran produk sebanyak 3 juta unit dengan purata 300 ribu unit sebulan. Tahun ini, NIMS bakal mengeluarkan rangkaian produk baharu bagi memenuhi permintaan pasaran.
Penampilan istimewa Juara Gegar Vaganza musim ke-8, Aliff Aziz pada majlis makan malam bagi menghiburkan para tetamu dengan 3 buah lagu.
Ads
Juara Gegar Vaganza musim ke-8, Aliff Aziz. (Kredit Foto: IG @nims.hq)
Kemuncak majlis ini adalah pengumuman duta produk NIMS, Iman Troye yang merupakan artis muda berbakat besar. Kemunculannya bermula dengan sketsa video mempromosikan produk raya edisi terhad NIMS. Iman turut menyumbangkan 3 buah lagu termasuk single terbarunya, Harum Sundal Malam.
Artis muda berbakat besar, Iman Troye. (Kredit Foto: IG @nims.hq)
Harapan NIMS, untuk menyemarakkan lagi pembangunan usahawan yang bernaung di bawah jenamanya. NIMS mensasarkan seramai 10 ribu bakal usahawan baharu yang akan menerima manfaat daripada produk serta pelan bisnes yang disediakan di NIMS.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak perlu perkenalkan lagi wanita serba boleh ini. Bakat Noor Neelofa Mohd Noor tak hanya bergemerlapan dalam bidang seni malah dia kini mencipta satu per satu kejayaan pula dalam dunia perniagaan. Istimewanya April ini, Neelofa menerusi Naelofar Hijab bakal melancarkan koleksi terbarunya, La Dolce Vita secara eksklusif dalam laman beli-belah online terkemuka, ZALORA!
Antara koleksi La Dolce VitaAntara koleksi Dolce La Vita
Khabarnya, koleksi ini akan mula di pasarkan di Zalora pada 11 April depan. Lebih menarik, idea menghasilkan rekaan hijab kali ini diinspirasikan daripada Itali yang menterjemahkan La Dolce Vita atau bermaksud ‘The Sweet Life’. Pilihan rona-rona indah berasaskan bunga mawar, buah beri dan garapan warna semula jadi diketengahkan untuk koleksi istimewa tersebut.
Diperincikan dengan elemen mewah dan ceria, La Dolce Vita hadir dengan tiga gaya hijab iaitu Instant (Claudia), Selendang (Louisa) dan Bawal (Marquesa). Rekaan Claudia dan Marquesa menggabungkan ciri seni bina Rome sementara Louisa pula sarat dengan pantulan kilauan kristal Swarovski.
Koleksi Naelofar for ZALORA dijual dengan harga RM99 dan RM105 mulai 11 April ini hanya di laman beli-belah online ZALORA!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat melawat dan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuantan.
Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Hadir sama Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Sabariah Saidan, Ketua Polis Pahang Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Dato’ Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Dato’ Zulkhairi Zainol Abidin.
Tiga PPS tersebut ialah di Sekolah Kebangsaan Beserah, Sekolah Menengah Kebangsaan Pelindung dan Sekolah Kebangsaan Pelindung, Kuantan.
Dalam lawatan itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa banjir. Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mereka bagi meringankan beban yang ditanggung.
Seramai 226 orang daripada 50 keluarga telah dipindahkan di PPS SK Beserah, 201 orang daripada 50 keluarga di PPS SMK Pelindung dan 65 orang daripada 15 keluarga di PPS SK Pelindung.
Seri Paduka Baginda turut berkenan bertitah kepada semua rakyat khususnya penduduk Pantai Timur supaya berwaspada dan sentiasa memastikan keselamatan anak-anak terutamanya ketika musim tengkujuh.
Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar mangsa banjir yang ditempatkan di semua PPS bersabar dan menasihati mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan di PPS.
Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan.
Sumber: Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tunku Puan Mahkota Kedah, Che Puan Nur Julie Ariff mendahului senarai penerima darjah dan bintang kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ke-81 di Istana Anak Bukit, semalam.
Foto: Instagram @kedah.royal.family
Che Puan Nur Julie dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (SSSK) yang membawa gelaran Dato’ Seri Diraja.
Untuk rekod, Che Puan Nur Julie Ariff atau nama asalnya Julie Gwee Chai Hong mendirikan rumah tangga dengan Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin pada 26 November 2022 dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Darul Aman Jalan Kedah, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.
Foto: Instagram @kedah.royal.family
Pada hari perkahwinan tersebut November lalu, KDYMM Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan Pangkat Kemuliaan dengan gelaran Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah kepada menantu baginda Che Puan Nur Julie Ariff.
Foto: Instagram @kedah.royal.family
Sejak mendirikan rumah tangga November lalu, Che Puan Nur Julie Ariff dilihat sering menemani Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff ke majlis-majlis rasmi kerajaan negeri. Malah kelibat pasangan diraja ini turut kelihatan di mana DYAM Tunku Mahkota Kedah dan DYAM Tunku Puan Mahkota Kedah berangkat ke Pameran Aerospace dan Maritim di Langkawi baru-baru ini.
Sultan Sallehuddin turut berkenaan menganugerahkan Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK) yang membawa gelaran Dato’ Seri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali diikuti Dato’ Pengelola Bijaya Diraja Datuk Bakar Din yang dianugerahkan Orang Besar Lapan yang membawa gelaran Dato’ Seri Setia Diraja.
Foto: Instagram @kedah.royal.family
Berangkat sama ke istiadat hari ini Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff; Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan isteri Tok Puan Jusmalailani Jusoh.– BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!