TUN DR MAHATHIR & TUN DR SITI HASMAH

Terpesona dengan kisah cinta dan kemesraan pasangan pemimpin ternama tanah air ini. Meskipun kedua-duanya kini meniti usia 90an namun masih kelihatan seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. Tetap bergurau senda, keluar berdua dan berpimpin tangan sehingga ke hari ini. Walau hakikatnya usia perkahwinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tahun ini bakal memasuki 65 tahun!

Tidak seperti pasangan muda hari ini yang terang-terangan menzahirkan rasa kasih dengan jambangan bunga yang besar atau pemberian hadiah serba mewah, Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah meluah perasaan sayang di antara satu sama lain dengan cara tersendiri.

IKLAN

Yang pasti, Tun Dr Mahathir bukan hanya dikagumi rakyat kerana kebijaksanaannya mentadbir negara malah turut dijadikan contoh suami terbaik yang menyenangkan hati seorang isteri. Biarpun tugas sebagai Perdana Menteri membuatkan Tun Dr Mahathir tidak punya cukup masa untuk sentiasa berdampingan dengan Tun Dr Siti Hasmah tetapi negarawan ini tetap berusaha melayan isteri tercinta sebaiknya. Seolah-olah mereka baru mendirikan rumah tangga semalam!

65 Tahun Kahwin Tetap Romantis Pimpin Tangan Isteri, Cinta TUN M & TUN SITI Buat Ramai Terpesona! 65 Tahun Kahwin Tetap Romantis Pimpin Tangan Isteri, Cinta TUN M & TUN SITI Buat Ramai Terpesona! 65 Tahun Kahwin Tetap Romantis Pimpin Tangan Isteri, Cinta TUN M & TUN SITI Buat Ramai Terpesona! 65 Tahun Kahwin Tetap Romantis Pimpin Tangan Isteri, Cinta TUN M & TUN SITI Buat Ramai Terpesona!

65 Tahun Kahwin Tetap Romantis Pimpin Tangan Isteri, Cinta TUN M & TUN SITI Buat Ramai Terpesona!

Keakraban mereka bukan hanya diakui anak-anak malah rakyat juga menganggap Tun M dan Tun Siti Hasmah sebagai pasangan paling romantis.

Mengintai laman sosial Tun M, pemimpin terulung kelahiran Kedah yang sudah dua kali menyandang jawatan Perdana Menteri ini tanpa segan memuat naik gambar mesranya di samping isteri. Sama ada ketika menghadiri majlis rasmi di dalam mahupun luar negara, Tun M tetap setia memimpin erat jemari Tun Siti Hasmah di khalayak ramai.

Lebih istimewa, mereka turut saling bergurau senda, keluar ‘dating’ dan ‘selfie’ bersama! Satu senario yang jarang dilihat dalam kalangan pasangan yang kedua-duanya meniti usia 95 tahun dan 94 tahun.

65 Tahun Kahwin Tetap Romantis Pimpin Tangan Isteri, Cinta TUN M & TUN SITI Buat Ramai Terpesona! 65 Tahun Kahwin Tetap Romantis Pimpin Tangan Isteri, Cinta TUN M & TUN SITI Buat Ramai Terpesona! 65 Tahun Kahwin Tetap Romantis Pimpin Tangan Isteri, Cinta TUN M & TUN SITI Buat Ramai Terpesona! 65 Tahun Kahwin Tetap Romantis Pimpin Tangan Isteri, Cinta TUN M & TUN SITI Buat Ramai Terpesona! 65 Tahun Kahwin Tetap Romantis Pimpin Tangan Isteri, Cinta TUN M & TUN SITI Buat Ramai Terpesona!

Melihat dari riak wajah Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti sahaja jelas terserlah kasih sayang di antara mereka masih subur sampai sekarang. Disifatkan seorang pemimpin yang tegas, namun apabila berada di samping isteri… Tun Dr Mahathir menjadi romantik, mesra dan memandang Tun Siti Hasmah dengan penuh rasa hormat. Lebih-lebih lagi dikurniakan tujuh cahaya mata, 18 cucu dan moyang kepada seorang cicit.

Mengimbas kembali memori Tun Mahathir bersama Nona ketika menjadi wajah penghias Jun 2016 di samping Tun Siti Hasmah dan anakanda mereka, Datin Marina… beliau mengakui seorang yang komited melaksanakan tanggungjawab yang masih belum selesai. “Saya tidak boleh duduk diam, perlu membuat sesuatu dan bergerak aktif. Jika tidak membaca, saya akan menghabiskan masa bersama-sama rakan berbual tentang masalah semasa. Paling penting, setiap apa yang saya lakukan dan laksanakan jauh sekali, tidak akan memburukkan nama negara.

IKLAN

65 Tahun Kahwin Tetap Romantis Pimpin Tangan Isteri, Cinta TUN M & TUN SITI Buat Ramai Terpesona! 65 Tahun Kahwin Tetap Romantis Pimpin Tangan Isteri, Cinta TUN M & TUN SITI Buat Ramai Terpesona! 65 Tahun Kahwin Tetap Romantis Pimpin Tangan Isteri, Cinta TUN M & TUN SITI Buat Ramai Terpesona!

Alhamdulillah saya amat hargai mereka yang masih mengambil berat terhadap apa yang saya lakukan. Saya berasa cukup senang dan lega kalau tiada terpahat rasa benci dalam
setiap hati manusia. Cuma andai suatu hari nanti saya telah tiada, cubalah untuk lupakan saya kerana saya sedar, saya tidak mampu membuat semua orang suka kepada kita, ada juga yang membenci,” telus Tun Dr Mahathir.

Mengulas peribadi Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti mendedahkan, “Sampai sekarang, Tun suka keluar hari minggu pada waktu pagi atau petang, memandu sendiri menuju ke kawasan projek yang beliau laksanakan atau telah dilaksanakan. Ingat lagi saya sewaktu Menara Berkembar KLCC sedang dibina, setiap minggu Tun akan ke sana melawat tapak projek.

IKLAN

Kadang-kadang saya ikut serta bersama Tun, dia memandu saya duduk di bahagian sebelah penumpang. Rasanya kaki ini seperti sekejap-kejap ingin menekan brek kereta, risau juga!” ketawa kecil Tun Dr Siti sambil bercerita.

Semoga Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah diberi kesihatan yang baik, terus bahagia sebagai suami isteri dan diberkati Allah SWT hingga ke syurga.

65 Tahun Kahwin Tetap Romantis Pimpin Tangan Isteri, Cinta TUN M & TUN SITI Buat Ramai Terpesona!

 

 

Kredit foto: Instagram Chedet

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI