Zaman remaja berperang dengan jerawat yang tumbuh tenggelam timbul kemudian timbul pula noda hitam di usia 20-an. Wajah yang putih sempurna menjadi idaman semua wanita lebih-lebih lagi wanita yang suka selfie. Jom cuba 69 trik wajah yang segar sempurna ini.

IKLAN
IKLAN
IKLAN
  1. Bagi menghilangkan kesan parut jerawat cuba rawatan chemical peel untuk tona kulit lebih sekata.
  2. Jika setiap bulan berperang dengan perubahan hormon cuba kurangkan pengambilan bahan tenusu. Anda akan dapat lihat perubahan di kulit.
  3. Kesalahan besar yang anda lakukan adalah tidur dengan wajah yang bersolek. Bersih wajah terlebih dahulu sebelum tidur.
  4. Buah beri kaya dengan antioksida dan vitamin C. Selain itu buah beri mempunyai indeks glisemik yang rendah yang tidak menaikkan kadar gula dalam darah. Gula merangsang jerawat tumbuh dan buah beri dapat mengurang risiko jerawat.
  5. Senaman penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Bersenam selama 15 minit sehari boleh membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh dan kulit yang sihat.
  6. Guna krim pelindung suria untuk mengelakkan kedut dan noda hitam.
  7. Bersihkan sebelum dan selepas bersenam bagi mengelakkan pori-pori tersumbat.
  8. Hidrasi adalah kunci kepada kulit yang sihat dan segar. Dehidrasi menjadi punca kepada jerawat dan mengeluarkan minyak walaupun ia kering. Minum banyak air.
  9. Jika jerawat muncul cuba hilangkan dengan menggunakan krim penghapus jerawat.
  10. Buah grapefruit kaya dengan antioksida. Oleh itu produk penjagaan kulit yang berasaskan buah ini boleh membantu memiliki wajah yang putih berseri.
  11. Bagi mengelakkan jerawat tumbuh bersihkan wajah dengan pembersih yang mengandungi acid salisilik.
  12. Jika mahu memecahkan jerawat pastikan bersih tangan terlebih dahulu. Jika menggunakan jarum pastikan jarum tersebut telah disteril.
  13. Minyak daripada rambut akan melekat di sampul bantal setiap kali selepas tidur. Tukar sampul bantal setiap minggu.
  14. Rosewater boleh membantu kulit yang seimbang dan nyaman.
  15. Merokok bukan sahaja membuat kulit kusam malah akan mengakibatkan pori-pori tersumbat dan kedut.
  16. Jika mempunyai kulit bermasalah cuba jangan memegang dengan tangan. Kotoran dan minyak pada tangan akan memburukkan lagi keadaan.
  17. Lebih baik menggunakan pelembap yang di dalam tiub berbanding dalam bekas. Pelembap yang di dalam bekas terdedah kepada bakteria melalui sentuhan.
  18. Benzoyl peroxide boleh tahan tiga bulan selepas dibuka. Selepas tempoh tersebut bahan ini tidak aktif.
  19. Stres akan terpancar di kulit atau wajah. Cuba sapu krim anti penuaan untuk mengelak kulit yang tidak bermaya.
  20. Jika membuat temu janji untuk rawatan wajah pastikan tidak terdedah kepada cahaya matahari dua atau tiga hari sebelum tarikh tersebut.
  21. Krim malam sangat berfaedah untuk kulit wajah yang segar selepas bangun tidur.
  22. Jika jerawat yang serius menyerang terus berjumpa dermatologi untuk mendapatkan nasihat.
  23. Jika kulit kering pilih rangkaian penjagaan wajah yang berasaskan minyak.
  24. Sekurang-kurangnya dua minggu sekali sental kulit dengan scrub dan bukan setiap hari. Bagi kulit sensitif guna scrub yang lembut.
  25. Jika mempunyai kulit yang bermasalah cuba guna rangkaian penjagaan kulit yang berasaskan susu kambing.
  26. Dikatakan meletak Vaseline di wajah sepanjang malam dapat mengelakkan kedut. Namun, dengan lapisan yang nipis Vaseline boleh melembutkan kulit setiap pagi bangun daripada tidur.
  27. Makan coklat menjadi punca tumbuh jerawat? Sebenarnya jerawat tumbuh adalah akibat gula di dalam coklat.
  28. Botox memang telah terbukti boleh membantu masalah kulit berjerawat. Ia membantu pengeluaran sebum dan mengecilkan pori.
  29. Bersenam boleh mengurangkan stres dan jerawat. Wajib memasukkan senaman dalam rutin harian.
  30. Elak sebarang produk penjagaan kulit yang mengandungi alkohol. Alkohol membuat kulit lebih kering.
  31. Jika boleh elak produk penjagaan kulit yang ditambah pewangi. Pewangi akan membuat kulit merah dan reaksi alergi.
  32. Alasan krim pelindung suria membuat kulit berminyak patut dibuang jauh. Dalam apa juga keadaan pakai krim ini.
  33. Jika anda suka membuat DIY cuba lembapkan wajah dengan susu. Biarkan seketika kemudian bersihkan. Wajah lebih lembap dan bersih sempurna.
  34. Krim pelindung suria bukan hanya dipakai ketika ke pantai. Ke pejabat juga perlu memakai krim tabir suria.
  35. Cara moden untuk meminimumkan dan mengetatkan pori adalah rawatan micro dermabrassion di spa.
  36. Wanita yang mempunyai kulit wajah yang pucat boleh menggunakan krim illuminator untuk wajah yang segar.
  37. Ketika bersiap untuk keluar adalah lebih baik merapi rambut sebelum bersolek. Kepanasan daripada alat pengering rambut boleh mencairkan solekan dan membesarkan pori wajah.
  38. Jika mempunyai rambut yang tidak dikehendaki di bahagian wajah cuba lembutkan dahulu dengan wap panas baru dicabut dengan tweezer.
  39. Jangan memegang wajah dengan tangan. Bakteria daripada tangan akan melekat di wajah.
  40. Masukkan minyak kelapa dalam diet kerana boleh membantu lembutkan kulit.
  41. Campur minyak kelapa dengan baking soda untuk dijadikan scrub.
  42. Teh hijau kaya dengan antioksida dan menentang bakteria serta radikal bebas. Minum teh hijau sehari sekali.
  43. Jika banyak terdedah kepada cahaya matahari guna pelembap wajah dengan SPF.
  44. Vitamin E boleh membantu menutup kesan luka di wajah.
  45. Penggunaan produk penjagaan wajah perlu mengikut perubahan cuaca. Jika anda melancong ke negara beriklim sejuk cuba guna krim yang sesuai.
  46. Wajib bersih wajah sebaik selepas bangun tidur dan sebelum tidur.
  47. Krim malam boleh membantu memelihara kulit dari dalam. Ini kerana ketika tidur berlaku proses detoksifikasi.
  48. Cuba melakukan senaman yang boleh merehatkan tubuh seperti yoga untuk mengelak stres.
  49. Penjagaan wajah yang menggunakan minyak tea tree sangat bagus untuk rawatan jerawat.
  50. Bersihkan kaca mata dengan pembersih untuk mengelak bakteria melekat di kulit wajah.
  51. Fringe rambut boleh menggalakkan minyak terperangkap di bahagian dahi. Oleh itu bersih rambut setiap hari jika anda mempunyai fringe.
  52. Pastikan anda tahu apakah jenis kulit dan cara merawat jenis kulit yang bersesuaian.
  53. Bersihkan berus solekan setiap dua minggu. Bakteria yang melekat di berus boleh menjadi punca kepada jerawat.
  54. Jangan berlebih-lebih membersihkan wajah. Cukup dua kali sehari sahaja cuci wajah.
  55. Elak menggunakan bedak asas yang berasaskan minyak. Minyak akan menyekat pori kulit yang menjadi punca jerawat.
  56. Rutin penjagaan wajah adalah membersihkan, menyegar dan melembap.
  57. Cuba elak makanan bergoreng. Lebihan minyak boleh menyuburkan jerawat.
  58. Elak juga minuman berkarbonat dan lebihkan air dan jus buah.
  59. Jika terlupa bersyampu pastikan akan mengikat rambut ketika tidur bagi mengelak rambut berminyak terkena wajah.
  60. Letak ais bagi membantu kulit yang bermasalah seketika.
  61. Jangan menjaga kulit wajah semata-mata. Kulit yang sihat dan segar merangkumi semua bahagian tubuh.
  62. Jerawat juga boleh tubuh di bahagian belakang badan. Jadi pastikan baju dan bra dalam keadaan bersih sebelum dipakai.
  63. Produk yang mengandungi kacang badan boleh membantu melembutkan kulit dan mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata.
  64. Jika mempunyai kulit wajah yang sensitif cuba beli produk hypoallergenic untuk mengurangkan reaksi alergi.
  65. Sekali-sekala adalah baik untuk membelai wajah di spa.
  66. Sebaik-baiknya dapat tidur tujuh jam sehari untuk mendapat kulit yang sihat.
  67. Telefon bimbit mempunyai lebih bakteria berbanding mangkuk tandas. Oleh itu bersih telefon bimbit atau mungkin lebih baik menggunakan pembesar suara telefon tersebut.
  68. Gunakan solekan mineral yang mengandungi zinc-oxide untuk menentang jerawat.
  69. Jika anda seorang yang susah untuk minum air, apa kata letak segelas air di atas meja. Anda pasti dapat menghabiskan air tersebut. Hamizatul Maizan Mohamed