Nama Dato’ Alha bukan lagi asing dalam bidang kosmetik dan solekan. Bakat beliau bukan hanya jadi buruan golongan VIP dan raja sehari malah sering meniti di bibir selebriti cantik dan popular tanah air.

Sentuhan magis Dato’ Alha dalam menata rias wajah personaliti terbukti berjaya dan unik. Sekaligus mampu menaikkan seri wajah seseorang. Misalnya ketika dia menjadi pilihan penyanyi jelita, Ayda Jebat sewaktu majlis pernikahan yang menjadi bualan ramai sampai ke hari ini.

IKLAN

Pernah mendedahkan cabaran menyolek isteri Nabil Mahir itu selama 12 jam, Dato’ Alha juga menjadi pilihan aktres cantik Fasha Sandha untuk solekan hari bahagianya kira-kira
empat tahun lepas.

Tak dinafikan, bakat solekan Dato’ Alha dikagumi ramai dan mempunyai ‘signature’ sendiri.

24 Jun lepas, pengasas kosmetik Alha Alfa ini sekali lagi menjadi perhatian apabila dia menjadi makeup artist (MUA) Watie Hanifiah pada majlis resepsi bersama usahawan dan
pelawak popular, Shuib.

Dato’ Alha Berjaya Naik Seri Wajah Watie, Beri Jawapan Padu Dapat Komen Netizen Serba ‘Tak Kena’!
Kredit Instagram @alhaalfa
Dato’ Alha Berjaya Naik Seri Wajah Watie, Beri Jawapan Padu Dapat Komen Netizen Serba ‘Tak Kena’!
Kredit Instagram @shuibsepahtu
Dato’ Alha Berjaya Naik Seri Wajah Watie, Beri Jawapan Padu Dapat Komen Netizen Serba ‘Tak Kena’!
Kredit Instagram @shuibsepahtu
Dato’ Alha Berjaya Naik Seri Wajah Watie, Beri Jawapan Padu Dapat Komen Netizen Serba ‘Tak Kena’!
Kredit Instagram @shuibsepahtu

Berterima kasih kerana memilih khidmatnya sebagai MUA majlis itu, Dato’ Alha turut mendoakan agar pasangan mempelai bahagia hingga ke Jannah.

Bagaimana pun, dia turut tidak terlepas menerima pelbagai reaksi dan komen netizen yang mempersoal macam-macam perkara. Pendek kata, serba tak kena!

Bagi menjawab pertanyaan warga maya, ini jawapan padu Dato’ Alha apabila menerima feedback mereka.

VIDEO DATO’ ALHA MEKAP WATIE 

Netizen :Kenapa pakai bulu mata dari awal tak susah ke nak makeup?
Itu eyelash extention.

Ustazah celup : Extention kan tak boleh pakai kalau nak solat?
Watie baru pakai dan dia bulan mengambang. Pakai siap-siap sebab nak pergi honeymoon esoknya. Korang kiralah sendiri berapa lama bulan mengambang, korang kan perempuan. Macam mana saya tahu? Saya dengar dia cakap dia tak boleh solat.

IKLAN

Client : Boleh tak nak pakai eyelash extention siap-siap nanti time makeup takyah pakai bulu mata?
Saya tak berapa selesa sebab karya seorang MUA tu akan terhad, dan ia juga boleh ubah feature muka, kang terpakai tebal, nampak mata sayup layu. Kalau yang belakang panjang tu karang nampak mata “drop” muka kesian nak sendol. So, biar saya yang pakaikan eyelash yang sesuai untuk look tu nanti.

Dato’ Alha Berjaya Naik Seri Wajah Watie, Beri Jawapan Padu Dapat Komen Netizen Serba ‘Tak Kena’!
Kredit Instagram @shuibsepahtu
Dato’ Alha Berjaya Naik Seri Wajah Watie, Beri Jawapan Padu Dapat Komen Netizen Serba ‘Tak Kena’!
Kredit Instagram @shuibsepahtu

Terpaling netizen : Kenapa tak makeup natural?
Awak yang pengantin ke Watie yang pengantin? Dia yang request, dia bayar saya, saya ikut jela mana yang sesuai. Kalau awak bayar saya, saya ikut la apa permintaan makeup natural awak tu.

Terpaling mak andam : Kenapa tak berseri?
Atas mata masing-masing dan belajar-belajarlah maksud “backlight” di pelamin, kena pada lightingnya, terang la makeup tu, kalau belakang lagi cerah dari object, tenggelam la object tu, tak ada pula sokongan lampu yang cerah dari depan.

IKLAN

Baju tudung putih pula kedam la makeup tu, kene pula netizen pakai handphone tak ada flash pixel pula rendah, makeup kita pula disalahnya. Penatlah macam ni. Semua nak kena bagi perfect.

Terpaling tak tahu nak jawab : Kenapa tudung tak labuh?
Saya buat makeup je. Settle makeup saya serahkan pada pihak lain untuk siapkan pengantin pakai baju ke tudung ke rambut ke.

Dato’ Alha Berjaya Naik Seri Wajah Watie, Beri Jawapan Padu Dapat Komen Netizen Serba ‘Tak Kena’!
Kredit Instagram @alhaalfa
Dato’ Alha Berjaya Naik Seri Wajah Watie, Beri Jawapan Padu Dapat Komen Netizen Serba ‘Tak Kena’!
Kredit Instagram @alhaalfa

Diharap semua pertanyaan terjawab, penat nak jawab satu-satu nanti. Kalau ada juga bergaduh kat komen nanti siap!

Susah juga dibuatnya apabila tugas jurusolek diaju dengan pelbagai persoalan yang di luar bidang tugas. Apa-apa pun, ramai yang memuji solekan Dato’ Alha malam resepsi tersebut. Nampak cantik berseri dan manis dipandang.

Lagi artikel berkaitan https://www.nona.my/disolek-mua-popular-thailand-solekan-glass-skin-janna-nick-level-international-cantik/

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI