Mengubah gaya hidup kepada yang lebih baik dan menyihatkan dapat membantu menurunkan tekanan darah. Dengan mengamalkan rutin-rutin harian yang menyihatkan mampu mencegah berlakunya tekanan darah tinggi.
Di samping itu, kebiasaan melakukan perkara-perkara yang menyihatkan juga membantu menurunkan risiko serangan jantung akibat hipertensi yang serius sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada ubat.
Lakukan 5 rutin sihat ini agar tekanan darah anda sentiasa berada di tahap normal.
AKTIF BERGERAK
Bersenam merupakan salah satu cara paling efektif bagi menurunkan tekanan darah. Jangan beri alasan tiada masa kerana bersenam sangat mudah dilakukan. Berjalan kaki di taman atau naik turun tangga sudah cukup untuk mengaktifkan diri anda.
2. KAWAL STRES
Stres berlebihan boleh mengakibatkan pembuluh darah menjadi sempit seterusnya meningkatkan tekanan darah walaupun sekejap. Justeru, kawal stres anda sebaik mungkin. Contohnya dengan bersenam, beriadah dengan rakan-rakan, pergi bercuti atau mengamalkan teknik pernafasan dalam bagi menenangkan fikiran.
Ads
3. KURANGKAN BERAT BADAN
Mengurangkan berat badan juga efektif untuk menurunkan tekanan darah. Jika senaman ringan masih tidak cukup untuk mengurangkan berat badan, anda boleh mencuba latihan di gim, berjoging, berbasikal, berenang atau yoga. Bagi anda yang bukan perokok pula, jauhi asap rokok bagi mengelakkan kesan buruknya terhadap kesihatan kerana menjadi perokok pasif.
4. MASAK SENDIRI DI RUMAH
Ads
Kebiasaan memasak sendiri di rumah sangat penting jika anda mahu menurunkan tekanan darah. Secara tidak langsung anda dapat memastikan makanan yang dimasak diolah dengan bahan-bahan yang berzat dan berkualiti. Bermula hari ini biasakan memasak di rumah berbanding beli di luar. Anda boleh mencuba resipi-resipi yang mudah dan cepat.
5. BANYAK MAKAN SAYUR & BUAH
Buah dan sayur-sayuran sememangnya kaya dengan serat, vitamin, kalium, antioksidan dan magnesium. Pola makan yang kaya dengan buah dan sayuran dapat membantu menurunkan tekanan darah.
Ads
6. BERHENTI MEROKOK
Berhentilah merokok demi mengekalkan tekanan darah normal. Jika anda seorang perokok tegar mulakan langkah untuk berhenti dengan mengurangkan jumlah rokok setiap hari sehinggalah anda berjaya sepenuhnya.
7. LIHAT LABEL MAKANAN
Kurangkan pengambilan makanan bergaram setiap hari. Pastikan anda membaca info pada setiap label makanan sebelum membelinya.
Kredit Foto: www.freepik.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahai, comelnya puteri kesayangan SM Faliq dan Chryseis Tan ini! 16 Julai lalu Arianna Kyla genap usia empat tahun. Berpakaian ala mermaid, seronok tengok telatah manja dan comel kanak-kanak perempuan ini.
Menatap kecomelan Arianna yang juga cucu billionaire ternama negara, Tan Sri Vincent Tan ini jelas terserlah wajahnya yang mirip bapa tersayang iaitu SM Faliq SM Nasimuddin yang juga pewaris empayar Naza Group of Companies.
Chryseis yang merupakan usahawan produk kecantikan Lumi menerusi media sosial berkongsi kemeriahan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang bertemakan Under The Sea.
Teruja dan syukur melihat Arianna membesar sihat dan menginjak usia, dedah Chryseis, “Happy 4th Birthday to my baby girl Arianna Faliq. May all your dreams and wishes come true and we hope you grow up to be a generous, beautiful and strong girl!
Good health and good luck always to you baby girl! We love you so much! You and Arman are the loves of our lives!”
Paling mencuri perhatian, gelagat Arianna Kyla menerima hadiah beg tangan mewah Hermes berwarna oren.
Chryseis Tan anak kepada billionaire terkenal Tan Sri Vincent Tan dan Puan Sri Esther Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq pada Februari 2018.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas nama Chong Wei, terbaharu nama ‘Menteri Kewangan’ pula dijadikan modal love scam untuk memperdayakan mangsa. Kes yang tular sejak beberapa hari ini melibatkan seorang guru tadika di Pahang turut mendapat perhatian Menteri Kewangan sebenar, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz.
Terkenal dengan perwatakan family man, suami kepada YM Raja Datin Sri Johanna Adrina berusia 48 tahun itu jelas terkesan dengan isu yang melibatkan namanya.
Dalam satu hantaran beliau, reaksi Tengku Zafrul sempat mencuit hati netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan nasihat yang disampaikan.
Tengku Zafrul dan isteri
Pasangan romantis ini suka mengamalkan gaya hidup sihat
“Saya terkejut bila baca ada wanita terpedaya dengan janji-janji manis scammer yang mengaku Menteri Kewangan sehingga menyerahkan wang sebanyak RM4,200.⠀ ⠀ Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana. Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan. Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali.⠀
Kes love scam yang menggunakan nama Menteri Kewangan
⠀ Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2. ⠀ ⠀ Pesanan ini juga khas untuk isteri saya.” Tengku Zafrul
Merupakan menantu kepada tokoh korporat YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Tengku Zafrul amat terkenal sebagai seorang Menteri yang menyenangkan, penggemar sukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Beliau memiliki empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.
Biarpun sebelum ini Tengku Zafrul sibuk dengan kerjaya di sektor perbankan dan kini menggalas tanggungjawab terbesar negara iaitu mentadbir kewangan Malaysia, pasangan hebat ini masih gemar menghabiskan masa lapang mereka dengan keluarga dan anak-anak.
Sumber: Instagram @tzafrul_aziz
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang tidak gembira apabila anak kesayangan bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Kegembiraan tersebut dikongsi oleh penyanyi popular era 80-an, Datin Suliza Salam apabila anak keduanya, Fala Zainal bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.
Fala Zainal
Fala Zainal mengikat tali pertunangan dengan Muhammad Wafi Abdul Shakor pada 1 Januari 2021 yang lalu. Muhammad Wafi merupakan anak lelaki kepada bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Dr Mashitah Ibrahim. Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 28 September 2020 hingga 27 September 2022.
Dato Dr Mashitah Ibrahim menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Fala Zainal
Majlis pertunangan telah berlangsung pada tanggal 1 Januari 2021 yang lalu disaksikan oleh kaum keluarga terdekat di mana majlis dilangsungkan dalam keadaan meriah namun sederhana serta mematuhi SOP yang di sarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Lebih istimewa, dekorasi majlis pertunangan anak kedua Datin Suliza Salam dan Datuk Zainal Nazeri Zainuddin ini telah mendapat sentuhan Datin Suliza dan Fala Zainal sendiri sambil dibantu oleh kaum keluarga. Siapa sangka, hasil dekorasi sentuhan Datin Suliza Salam begitu indah dan melatari segenap ruang sepanjang majlis pertunangan berlangsung.
Konsep hantaran rainforest jadi pilihan
Selain pelaminan indah yang dihias mengikut citarasa keluarga ini, gubahan hantaran untuk bakal menantunya turut mendapat sentuhan Datin Suliza Salam dan keluarga sekaligus memberikan gambaran hasil kerja tangan keluarga ini penuh berseni!
“Untuk dekorasi majlis pertunangan, kami sekeluarga sepakat untuk melakukannya secara bergotong royong. Memandangkan kami sudah tidak dapat berkumpul dengan keluarga besar dek kerana kekangan PKP dan PKPB, jadi kami gunakan peluang ini untuk berkumpul (saudara rapat) dan melakukan kerja-kerja dekorasi bersama-sama,” ujar Fala yang bangga dapat merealisasikan majlis impiannya dalam keadaan sederhana namun meriah.
Tambah Fala lagi, ibunya sememangnya gemar menggubah bunga dan hasil kerja tangan ibunya amat menepati citarasa dekorasi majlis pertunangan impiannya.
Menurut Fala lagi, dia dan Muhammad Wafi bakal disatukan selepas enam bulan bertunang. Pada majlis pertunangan tersebut, pihak keluarga Muhammad Wafi menyerahkan 5 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang hantaran dari pihak keluarga Fala.
Untuk rekod, Datin Suliza merupakan kawan rapat Dato Mashitah Ibrahim dan keluarga kedua belah pihak sudah saling mengenali antara satu sama lain sejak sekian lamanya.
Ditanya mengenai perkahwinan impiannya, Fala berharap majlis perkahwinannya nanti dapat disaksikan oleh kaum keluarga dan sahabat handai.
Gadis ini mengimpikan majlis perkahwinan bertemakan sparkle dan enchanted yang pastinya diserikan dengan kehadiran para tetamu yang memberikan restu dan doa untuk perkahwinan yang bakal dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.