Kes buli memang sudah menjadi satu perkara yang kita selalu dengar di media sosial. kalau di luar negara gejala buli menjadi satu epidemik yang melarat sehinggakan mangsa buli mengambil tindakan membunuh diri kerana tidak tahan diganggu. Jika perkara ini boleh berlaku kepada orang lain, tidak mustahil ia boleh berlaku kepada anak anda juga.

IKLAN

Buli bukan hanya berlaku secara fizikal namun ia berlaku secara verbal/percakapan juga. Jelas perkara ini mampu menjadikan mangsa buli berasa lemah dan rendah diri.

Ini adalah tujuh karakteristik pembuli yang perlu pembaca tahu dan awasi anak-anak anda. Jangan biarkan mereka menjadi pembuli ataupun dibuli.

  1. Selalu melihat perlakuan kasar di rumah sehingga menganggap perkara ini biasa jika dilakukan kepada rakan sebaya.
  2. Menggunakan kekerasan untuk mendapatkan sesuatu.
  3. Pembuli selalunya mempunyai fizikal yang lebih besar dari orang yang dibuli. 
  4. Pembuli boleh datang dari pelajar yang memiliki lebuh ‘kuasa’ di sekolah mejadikan mereka berasa ok untuk bertindak kasar terhadap orang lain.
  5. Mereka selalunya mempunyai masalah untuk mengikut peraturan.
  6. Mereka juga selalunya memiliki kumpulan yang menjadikan mereka lebih berani untuk sama-sama membuli.
  7. Mempunyai kurang sikap simpati terhadap orang lain.
Buli Bukan Hanya Terjadi Secara Fizikal Tetapi Secara Verbal Juga.

Penulis berbicara dengan seorang mangsa buli ketika di sekolah yang kini sudah pun berada di alam kerjaya dan paling malangnya, pembuli yang selalu membulinya di alam persekolahan merupakan rakan sekerja kini.

“Sewaktu di sekolah saya selalu di buli oleh A dan kini dia merupakan rakan sekerja saya. Pada mulanya terasa janggal, namun si A bersikap biasa-biasa sahaja dan menegur saya seperti tiada apa yang pernah berlaku di antawa kami ketika di bangku sekolah. Saya cuba bersikap biasa namun tidak terlalu rapat dengannya.” ujar Azrul (Bukan nama Sebenar)

IKLAN

Ini adalah karakteristik biasa seorang pembuli di bangku sekolah, mereka merasakan bahawa tiada apa kesan terhadap perlakukan mereka tanpa menyedari ia memberikan kesan sepanjang hayat kepada mangsa buli. Mereka menjadikan sikap mereka sebagai satu perkara normal yang dilalui oleh semua orang di alam persekolahan.

Sebagai ibu bapa, perhatikan sikap anak-anak anda. Elakkan dari mereka menjadi seorang pembuli dan juga mangsa buli. Sentiasa bertangan khabar tentang aktiviti harian mereka dan dengar masalah yang mereka hadapi di sekolah. Jangan anggap mereka masih kecil dan kejadian buli (fizikal atau verbal) adalah perkara biasa kerana di sebalik kejadian buli, ada jiwa yang terseksa.

IKLAN