Stoking merupakan item fesyen yang pasti ada buat lelaki atau wanita. Selain memberi perlindungan kepada kaki, stoking juga mampu memberi gaya trendy dan stailo buat si pemakai. Namun adakah anda tahu memakai stoking ketika tidur mempunyai banyak manfaat? Jom Nona kongsikan 7 sebab anda harus memakai stoking ketika tidur!

IKLAN

7 Manfaat Memakai Stoking Ketika Tidur, No. 6  Mesti Ramai Yang Tidak Menyangka!

1. Pemakaian stoking ketika tidur diakui dapat mengelakkan tumit dan tapak kaki menjadi rekah, dan jika diamalkan, InsyaAllah anda akan mendapati rekahan-rekahan tapak kaki anda akan mula pulih sedikit demi sedikit.

2. Pemakaian stoking ketika tidur juga dapat mengatasi masalah tilam dan cadar berbau akibat hiperhidrosis tapak kaki.

3.Dimana, segala peluh tapak kaki akan diserap oleh stoking anda, dan ini dapat megelakkan tilam dan cadar anda dari berbau.

IKLAN

4. Selain itu, tapak kaki anda terpelihara dari gigitan nyamuk dan anda dapat merasakan keselesaan dan rasa selamat ketika tidur serta mengelakkan angin masuk dari tapak kaki.

5. Kerana itulah, umpama kemestian, bayi yang baru lahir akan dibekalkan stoking dan kita dapat melihat penggunaan stokin oleh bayi dan juga ibu ibu dalam pantang.

IKLAN

6. Dari segi yang lain pula, pengamal perubatan alternatif mengatakan bahawa orang lelaki yang mengamalkan pemakaian stoking ketika tidur, akan dapat menjaga suhu tapak kaki daripada kedinginan dan menghalang bisa dingin tapak kaki dari menjalar kebahagian urat saraf vital (anggota sulit) lelaki, yang mana ini akan dapat memelihara kekuatan tenaga batin lelaki itu dalam konteks perhubungan badan antara suami isteri.

7. Bahagian tapak kaki adalah bahagian yang paling awal mengesan dan menangkap kesejukan yang mana dingin tapak kaki yang berlebihan akan membawa kepada perkara-perkara seperti lenguh-lenguh, bisa-bisa dibetis dan lain-lain. Maka dengan memakai stoking ketika tidur, dapat dijadikan ikhtiar bagi mengelakkan perkara ini berlaku.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI