Rezeki Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustamam! Masih bergelar pelajar dan baru berusia 14 tahun, kejayaan gadis ini membayar zakat perniagaan RM10,000 nyata menjadi bualan. Putri Mumtaz atau mesra disapa Piya yang merupakan pengasas produk makanan menarik perhatian ramai selepas berita tersebut tersebar di media sosial.

IKLAN

Khabarnya Pija juga menjadi individu termuda membayar zakat perniagaan tahun 2022 berjumlah RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Pengasas BebyCurve ini dilaporkan hadir menyerah zakat perniagaan kepada Ketua Pegawai Zakat MAIK, Ameer Azeezy Tuan Abdullah baru-baru ini.

Ada Kereta Porsche & Beli Hermes RM300 Ribu, Baru 14 Tahun Bayar Zakat Perniagaan RM10 Ribu! Ada Kereta Porsche & Beli Hermes RM300 Ribu, Baru 14 Tahun Bayar Zakat Perniagaan RM10 Ribu! Ada Kereta Porsche & Beli Hermes RM300 Ribu, Baru 14 Tahun Bayar Zakat Perniagaan RM10 Ribu! Ada Kereta Porsche & Beli Hermes RM300 Ribu, Baru 14 Tahun Bayar Zakat Perniagaan RM10 Ribu!

Jelas usahawan muda tersebut, dia tampil menunaikan tanggungjawab selepas produk BebyCurve yang diusahakan mencecah jualan RM400,000 dalam tempoh empat bulan sejak September tahun lalu.

“Saya mula berniaga menerusi aplikasi TikTok dan agak terkejut apabila mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan. Saya mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi penjualan produk saya.

IKLAN

Susulan sambutan yang menggalakkan, ibu Bibi Hasnalinda Zainal Abidin dan ayah, Mustamam Che Yusof menasihati saya supaya mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.”

Ada Kereta Porsche & Beli Hermes RM300 Ribu, Baru 14 Tahun Bayar Zakat Perniagaan RM10 Ribu!
Kredit Instagram @putriluthfiya_
Ada Kereta Porsche & Beli Hermes RM300 Ribu, Baru 14 Tahun Bayar Zakat Perniagaan RM10 Ribu!
Kredit Instagram @putriluthfiya_
Ada Kereta Porsche & Beli Hermes RM300 Ribu, Baru 14 Tahun Bayar Zakat Perniagaan RM10 Ribu!
Kredit Instagram @putriluthfiya_
Ada Kereta Porsche & Beli Hermes RM300 Ribu, Baru 14 Tahun Bayar Zakat Perniagaan RM10 Ribu!
Kredit Instagram @putriluthfiya_

IKLAN

Tambahnya, dia lega dapat menjadi salah seorang pembayar zakat dan berharap sumbangan itu membantu golongan yang memerlukan.

Kejayaan dan gaya hidup Piya sering mendapat perhatian followersnya di media sosial kerana mewah dan berjenama antarabangsa. Sebelum ini, dia turut menjadi tumpuan selepas membeli tumbler Starbucks bernilai RM1,800.

Malah Januari lalu, Piya ada berkongsi momen dirinya membeli beg tangan berjenama mewah Hermes mencecah harga RM300,000!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI