Anak bongsu kepada penyanyi Lan Solo atau Mohd Razlan Mohamed Yusof iaitu Nur Amna Quxandra telah selamat menjalani pembedahan mencantum sumbing atau cleft di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Mei lalu. NONA berkesempatan untuk menemubual isterinya, Nur Sheila Hassim tentang keadaan terbaharu Baby Xandra yang kini sudah mencecah usia 6 bulan.
“Tidak dinafikan, penjagaan selepas pembedahan untuk Xandra amat rumit kerana dia mempunyai kesan parut daripada jahitan bahagian luar dan dalam mulut. Lagipun, ketika itu dia baru berusia empat bulan dan mempunyai anti body yang lemah. Bukan kedekut, tapi kami terpaksa ‘simpan’ Xandra di rumah makcik saya untuk mengelakkan dia daripada jangkitan kuman dan mempercepatkan proses penyembuhan”, jelas Sheila yang kini dikurniakan 4 orang anak hasil perkahwinan bersama Lan pada 6 Disember 2009.
“Selepas pembedahan, doktor turut berpesan untuk mengurut kawasan bibir Xandra sebanyak 100 kali sehari mengikut waktu tertentu, tapi atas sebab tuntutan kerja dan jadual Lan yang padat kami melakukannya sebanyak 20 kali mengikut lima waktu solat dan perlu konsisten”, tambahnya lagi yang murah dengan senyuman.
Ads
Menyingkap kembali saat kali pertama doktor mengesahkan bakal melahirkan anak sumbing, Sheila dan Lan menerima ketentuan ini sebagai rezeki yang Allah mahu berikan kepada mereka.
“Secara jujurnya, kami tidak terkejut dan tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila doktor dapat mengesan Xandra bakal dilahirkan sumbing ketika kandungan mencecah 27 minggu lagi dan pada ketika itu pula saya mengalami air ketuban pecah. Semenjak daripada itu, saya terpaksa ditahan di wad sehingga lah Xandra dilahirkan.
Quxandra
Kami juga tidak menyangka kisah Xandra ini mendapat perhatian ramai dan ada yang bermurah hati membiayai sepenuhnya bil rawatan dan pembedahan Xandra secara rahsia, walaupun saya dan suami telah berusaha sedaya upaya untuk mengumpul duit sendiri bagi membiayai pembedahan tersebut demi anak tercinta. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan ini satu rezeki yang amat bermakna dan keluarga juga menerima dengan fikiran yang positif”, tambahnya lagi.
Ads
“Kami dinasihatkan untuk menjalankan pembedahan tersebut ke atas Xandra dengan secepat mungkin supaya dia boleh mejalani kehidupan yang sempurna. Di awal kelahiran, Xandra menyusu badan namun bermula daripada umur Xandra 3 bulan selepas pembedahan, saya mengajar Xandra untuk minum menggunakan sudu khas untuk bayi sumbing.
Quxandra selepas pembedahan
Tidak semua ibu bapa dapat menerima kelahiran anak sumbing ini sebagai satu rezeki apa entah lagi apabila menerima pelbagai tanggapan negatif daripada orang ramai. Sebagai seorang ibu yang tidak mempunyai pengalaman melahirkan anak sumbing, Sheila juga turut menjelaskan bahawa dia berusaha mencari segala maklumat tentang anak sumbing semasa hamil lagi sehingga lah Xandra dilahirkan.
“Saya percaya, sehingga ke hari ini pun masih ada lagi ibu bapa yang tidak boleh menerima keadaan fizikal anak mereka yang dilahirkan sumbing. Sebenarnya mereka juga manusia biasa.
Ads
Saya sudah bersedia daripada awal apabila tahu bakal melahirkan seorang anak yang sumbing. Nasihat saya untuk ibu bapa yang dikurniakan anak istimewa seperti ini, banyakkan membaca untuk mencari maklumat tambahan yang berguna seperti cara penjagaan anak sumbing. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza dan daripada situ kita akan memperoleh pelbagai maklumat untuk menjawab setiap persoalan yang diajukan tidak kira positif atau negatif”, katanya yang kini sibuk menguruskan kerjaya nyanyian suaminya selepas selesa bergerak solo.
Kagum dengan semangat Shiela dan Lan yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan rezeki daripada Allah SWT dan tidak pernah malu untuk berkongsi foto bayinya itu untuk tatapan umum. Semoga Xandra membesar dengan sihat dan dikurniakan dengan kecantikan sempurna daripada luaran dan dalaman.
sumber gambar: Nur Shiela Hassim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Cuba laki (suami) pakai kereta Wira buruk dah lama bini (isteri) lari.” Itu komen netizen yang ditujukan kepada usahawan yang juga penaja Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Eriyca Baiduri di aplikasi TikTok hingga tular. Eriyca, 33, atau mesra disapa Madammu berkata, ketika berkahwin pada 2015, suaminya, Azri, 44, hanya lelaki biasa dan bukan kaya raya.
“Sebenarnya saya taklah marah dan geram. Saya faham, tak semua orang kenal kita, tak semua orang tahu kisah kita dan tak semua orang tahu cerita kita. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya dengan suami ini kami berkahwin daripada tak ada apa apa dan bermula daripada sederhana.
“Saya berkahwin dengan suami bukan sebab duit semata-mata. Tak semua perempuan berkahwin sebab duit. Saya berkahwin dengan suami sebab dia baik. Dia akan membahagiakan dan menjaga saya dengan baik. Jadi, itu yang sebenarnya saya nak dalam rumah tangga. Masa saya kahwin dengan dia, walaupun waktu itu dia biasa-biasa tapi saya percaya dengan budi bicara, karakter dia yang sangat melindungi, saya tahu dia boleh jaga saya.
“Saya tahu rezeki boleh dicari kemudian dan boleh cari bersama-sama. Alhamdulillah, hari ini daripada kami biasa-biasa kami dapat mencapai apa yang kami nak. Sebab itu dalam rumah tangga ini niatnya kena betul. Jadi, saya okay saja dengan netizen itu,” katanya.
Menurut Eriyca, dia dan suami bermula dari tinggal di rumah sewa hingga dapat membeli rumah sendiri selain dapat membina empayar perniagaan jenama Noir Health & Beauty (Noir).
“Kehidupan dulu tidaklah semewah hari ini. Dari kami duduk rumah sewa kami beli rumah. Perlahan-lahan perniagaan makin berkembang dan maju. Jadi jika ada yang kata saya kahwin sebab duit itu salah. Sata faham, netizen ni mereka suka buat andaian dan mereka suka bercakap apa yang mereka fikir.
“Kalau nak tahu, jenama Noir adalah saya punya sendiri. Begitu juga suami yang mempunyai perniagaan sendiri, tapi lebih banyak bantu saya di Noir,” katanya.
Terdahulu, Eriyca membalas pertanyaan pengguna itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan dirinya bersama suami di dalam kereta.
Hantaran video itu mencecah lebih 1.1 juta tontonan, mendapat lebih 51,000 tanda suka, lebih 1200 komen dan lebih 600 perkongsian semula.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan yang berkahwin tentunya mengimpikan kehadiran cahaya mata. Tetapi apa yang kita rancang, hanya Tuhan yang menentukan. Ada yang bunting pelamin, ada yang hamil selepas beberapa bulan, beberapa tahun malah ada yang menunggu lebih 10 tahun untuk mendapat cahaya mata.
Bila dah lama menunggu, ada yang membuat keputusan untuk tanya Mr. Google rawatan-rawatan yang boleh membantu untuk merealisasikan hajat untuk memiliki anak. Mulalah keluar rawatan-rawatan tradisional seperti mengurut, berbekam malah ada yang sibuk menjual produk yang tidak diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia!
Melalui perkongsian Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat di laman FBnya, Dr Hamid dengan paparan infografik ‘Pak Bidan’ berkongsi pelbagai tips untuk menjaga kesihatan terutamanya melibatkan tumor dan cyst.
Punca terjadi adenomyosis dan fibroid?
Genetik dan keturunan – Jika ada di antara ahli keluarga yang ditimpa penyakit tersebut, 10% kemungkinan akan berlaku kepada ahli keluarga lain.
Lemah imuniti – Stress, obesiti, makan makanan tidak berkhasiat, kurang zat dan vitamin khususnya vitamin C dan logam menyebabkan badan mudah ditimpa penyakit.
Tidak cukup rehat dan tidur – Pernah dengar orang kata tidur lapan jam sehari? Inilah sebabnya!
Tidak bersenam – Amalan bersenam 30 minit sehari boleh membantu kita mendapat tubuh yang lebih sihat.
Terdedah kepada radiasi, elektrik, pencemaran, kimia dan bunyi bising – Sebaiknya, kurangkan aktiviti melibatkan perkara-perkara di atas. Cuma sikit-sikit, lama-lama nanti akan terbiasa!
Tidak cukup minum air – Lapan gelas sehari sudah mencukupi. Air kosong ya, bukan air manis!
Kurang makan sayur dan buah-buahan – Vitamin yang terkandung di dalam sayur-sayuran hijau khususnya serta buah-buahan boleh menjadi hidangan yang bagus untuk anda dan seisi keluarga
Suka makan junk food dan makanan segera – A big NO! Terlalu banyak makanan yang boleh dipilih, cuma perlu memilih dengan bijak.
APA NASIHAT PAK BIDAN?
Pengambilan multivitamin, Obimin, Prenavit dan Proviton
Vitamin C satu gram
Vitamin E pada kadar 400 IU
Extra virgin olive oil
Cuka epal satu sudu besar bercampur madu
Makan ubi rebus dan sayur pucuk daun ubi
Minum teh durian belanda
Amalkan minum daun serai
PALING PENTING, DIET!
Sumber: FB Dr Hamid Arshat
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi popular Anuar Zain yang juga adik kepada penyanyi legenda Ziana Zain mengakui dia berasa seronok dan tenang ketika menyertai aktiviti bersama jemaah tabligh sejak 2021 lalu. Anuar, 52 tahun berkata, dia masih menyertai aktiviti bersama mereka jika ada kelapangan masa. Kali terakhir dia menyertai aktiviti keagamaan itu ialah beberapa bulan lalu.
“Saya masih lagi mengikut jemaah (tabligh), tapi sekiranya ada kelapangan masa. Seronok dan tenang kalau dapat sertai aktiviti keagamaan yang dilakukan bersama-sama,” katanya menerusi sumber Harian Metro.
Anuar yang juga cukup aktif dalam misi kemanusiaan itu berkata, sekiranya tidak terikat dengan kerja seni, dia berhasrat untuk menyertai aktiviti mereka lagi. “Saya tak boleh ikut selalu sebab kerja hakiki sebagai artis, cari makan dalam karier seni sebagai penyanyi. Jadi, saya kena tengok masa yang terluang juga,” katanya.
Anuar mula aktif mengikuti aktiviti bersama jemaah tabligh sejak 2021 lalu. Malah, pernah tular video dia dan pelawak, Nabil Ahmad bersarapan bersama jemaah tabligh di sebuah masjid di Selangor. Sementara itu, Anuar juga berhasrat mahu mengerjakan solat terawih di beberapa masjid berasingan sepanjang Ramadan ini.
Anuar berkata, dia juga mahu mengajak rakan rapatnya yang berminat untuk turut serta. Katanya, ia aktiviti menyeronokkan untuk mengimarahkan bulan Ramadan yang menjelma tidak lama lagi.
“Seronok sebenarnya kalau dapat menunaikan solat terawih di masjid-masjid berasingan. Tidaklah hanya berterawih di masjid yang sama saja. Sayanglah kalau kita tak buat solat terawih penuh. Jadi, saya tak mahu lepaskan peluang ini macam tu saja. Malah, satu pengalaman baru juga kalau dapat berterawih di masjid-masjid berbeza,” katanya.
Anuar berkata, dia juga akan mengerjakan solat terawih di rumah bersendirian sekiranya tidak berkesempatan melakukannya secara berjemaah di masjid kerana urusan kerja.
Sumber: Harian Metro
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.