Bukan calang-calang! Dr Jezamine Lim sememangnya lambang wanita berjaya dan menjadi inspirasi ramai. Mana tidaknya, walau sudah berkahwin dan ada tiga anak namun dia komited menggapai kejayaan saban tahun serta berusaha menjadi insan lebih baik.
Dalam kesibukan sebagai isteri dan ibu, Dr Jezamine juga membuktikan wanita berkeluarga sepertinya mampu menggenggam PhD asalkan bijak membahagikan masa. Lebih membanggakan, dia turut mengurus kerjaya suami, bisnes dan terlibat secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
Ketika bencana banjir melanda Selangor dan Kuala Lumpur pada hujung tahun lalu, Dr Jezamine dan suami tercinta, Harith Iskander tidak melepaskan peluang turun padang membantu mangsa banjir.
Pasangan ini juga tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan sewaktu pandemik Covid-19, musim perayaan dan bencana alam lain menerusi badan amal The Hope Branch.
Bersandarkan kejayaan dan jiwa prihatin Dr Jezamine, baru-baru ini dia menerima pengiktirafan di World Women Economic and Business Summit. Satu penganugerahan berprestij yang menghargai sumbangan dan pencapaian membanggakan bagi kaum wanita. Tahniah!
Ads
Kongsi Dr Jezamine di Instagram miliknya, “Grateful. Honored. And feeling blessed to be acknowledged and received a Distinguished Women Entrepreneur Lifetime Achievement Award at the World Women Economic and Business Summit.
Looking back over the years – on my medical school journey in India, then Melaka, embarked my PhD journey and having my three children along the way – that alone took me 14 years.
Apart from my career in the Science industry, my accidental (through marriage) involvement in the arts industry has given me vast exposure and experience most scientists might never get.”
Tambahnya lagi, “Running multiple businesses including managing my husband’s career, pulling of a live stand up comedy concert of 9000paxs at Bukit Jalil – all of it seems almost a blur.
And the craziest thing is – I feel like I’m only just beginning! I took the path that no one else dared to.
Ads
At times it feels good to feel lost but knowing that I’m heading in the right direction. Today, I hope to inspire the youth especially young girls out there – to venture into the science entrepreneurship world because science is a ever expanding field, provides possibilities, resilient and problem solving – characteristics that you need to have to survive in today’s era.”
Kagum dengan semangat Dr Jezamine. Satu usaha yang patut dijadikan pencetus inspirasi kepada masyarakat.
Dr Jezamine mendirikan rumah tangga dengan Harith Iskander pada 12 Jun 2010. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne Iskander, Alessandrea Jayne Iskander dan Zydane Xayne Iskander.
Dr Jezamine juga pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Stem Cell and Tissue Engineering dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalunya kalau kita menaiki pesawat penerbangan di Asia, pasti wajah-wajah pramugari yang menyambut kehadiran di dalam kapal terbang semuanya masih muda dan bertenaga. Namun pernahkah anda terfikir di sambut oleh seorang pramugari berusia 81 tahun? Pelik tetapi benar. Wanita bernama Bette Nash ini masih lagi berkhidmat sebagai pramugari di syarikat American Airlines.
Diraikan Meriah Ketika Sambutan Ulangtahun 60 Tahun Perkhidmatan
Walaupun syarikat ini telah mengalami banyak perubahan dari segi pengurusan dan juga gabungan, dia tetap kekal sebagai seorang pramugari yang berdedikasi. Kini sebagai seorang staf paling senior di syarikat penerbangan tersebut, dia boleh memilih jadual dan laluan mana yang dimahukan tanpa sebarang halangan dari pihak atasan. Namun, Bette hanya memilih untuk berkhidmat bagi penerbangan dari DCA (Washington DC) ke Boston sahaja kerana beliau mahu pulang ke rumah setiap malam dan bersama salah seorang anaknya yang kurang upaya. Jadi mungkin jika anda ke Amerika Syarikat, pilih penerbangan laluan ini untuk bertemu ‘The World Oldest Flight Attendant’ ini.
Bette Ketika Zaman Mudanya
Memulakan kerjaya pada tahun 1957 ketika berusia 21 tahun, Bette telah menyaksikan perubahan hebat dunia penerbangan dari tahun ke tahun. Menurut temubualnya kepada media, “Saya memulakan kerjaya dengan ketika itu pakaian kami cukup classy, semuanya dijahit kemas dan sangat elegan, kemudian ia bertukar kepada gaya pemakaian yang gila gila ketika era 70an dan 80an sehinggalah apa yang anda lihat hari ini. Oh! ketika itu juga kalau datang ke lapangan terbang, tiada papan tanda digital. semuanya ditulis di atas papan hitam menggunakan pensel kapur. Kalau nak tahu harga tiket penerbangan hanya $12 dollar sahaja”
Bercerita tentang bagaimana dia boleh menceburi bidang ini, menurutnya, “Ketika berusia 16 tahun, saya menaiki kapal terbang buat pertama kalinya bersama ibu dari New Jersey ke Dayton,Ohio. Menerusi pengalaman itu melihat bagaimana pramugari bekerja dan juga pengalaman mengembara ke tempat orang menjadi titik tolak keinginan saya untuk bergelar pramugari.”
Mesra Dan Tidak Jemu Melayan Penumpang
Satu perkara yang mengangumkan tentang Bette bukanlah diukur dari jumlah tahun perkhidmatannya, menjadikan dia disenangi ramai adalah sikap dan juga pembawaan diri yang selalu positif. Setiap kali menuju ke pesawat dia akan tersenyum lebar dan menyambut tetamu dengan penuh rasa kasih-sayang. Bayangkanlah selama 60 tahun bergelar pramugari, ramai penumpang telah menjadi sahabatnya dan boleh berkongsi cerita kerana mereka selesa dengan Bette.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak ada seorang ibu pun sanggup melihat anaknya ‘pergi meninggalkan’ dirinya buat selama-lamanya dan tidak ada seorang ibu pun sanggup menziarahi pusara anaknya sendiri. Namun siapa kita sebagai manusia untuk menidakkan ujian daripada Allah SWT. Raja Nadia Sabrina sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi juga tidak terkecuali diuji dengan kehilangan anak sulungnya beberapa jam selepas kelahirannya.
Menyelami perasaan ibu muda ini tentang kecintaan terhadap anak-anak dan keluarga tercinta mampu menjentik hati semua wanita yang bergelar seorang ibu. Kekuatan dan kesabaran yang dimiliki oleh pengasas jenama Aere ini ketika menempuh ujian bukan calang-calang wanita boleh menghadapi sepertinya.
Menyelinap seribu satu rasa keinsafan saat figura wanita anggun ini menelusuri setiap pelosok kehidupan yang begitu daif. Raja Nadia Sabrina sebuah nama yang begitu indah selaras dengan jiwa nurani dibasahkan dengan memperjuangkan hak kemanusiaan yang dinafikan. Walau tampil moden namun keluhuran budi yang terpamer memperlihatkan prinsip hidup yang bukan mainan.
“Pengalaman mendekati dan memahami isu-isu dan masalah sebuah masyarakat yang teramat daif dan amat memerlukan bantuan telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada diri saya,” tutur wanita yang berusia 34 tahun ini lembut memulakan bicara.
“Sukar diungkap dengan kata-kata apabila pandangan mata kasar bersatu dengan mata hati saat melihat sendiri sebuah kehidupan yang telah dinafikan haknya. Baru-baru ini saya terlibat sebagai seorang ikon yang terpilih untuk menyertai misi kemanusiaan pertama saya, iaitu misi membina sebuah sekolah perempuan di Godda, Jharkhand, India anjuran Islamic Relief Malaysia dan Ukhwwah4Ummah.
I had an amazing eye-opening, humbling, life-changing experience going there for humanitarian works and connecting, bonding with the kids that we aim to help over there. Saya benar-benar bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk menyaksikan sendiri sisi kedaifan manusia yang tidak didendangkan ini.
Justeru semangat terus berkobar-kobar untuk melihat mereka menikmati kehidupan yang lebih baik melalui pendidikan yang lebih formal. Hanya melalui pendidikan, sesebuah masyarakat boleh berubah ke peringkat yang lebih tinggi dan membasmi kemiskinan demi masa depan generasi akan datang. Lantas saya memainkan peranan untuk menyebarkan kesedaran dan mengutip dana yang diperlukan untuk masa depan kanak-kanak yang miskin dan daif di sana. Saya menyeru orang ramai untuk menyokong misi kami untuk mengubah kehidupan mereka,” tutur wanita yang dilahirkan di Kota London ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ternyata tidak sukar untuk mengatur pertemuan dengan YM Tengku Puan Bendahara Perlis Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry kerana sifat ramah-tamah yang dimiliki oleh wanita tinggi lampai ini. Hanya melalui protokol yang ringkas pertemuan kami berlangsung di kediamannya yang terletak di pinggir ibu kota.
Naluri keibuan terbit secara semula jadi saat berbicara tentang permata hatinya. Memiliki anak kembar tiga melalui kaedah IVF merupakan cabaran luar biasa buat ibu muda ini. “Biasanya jika ada masa yang terluang saya untuk bermain dan berborak dengan anak-anak saya. Saya selalu ambil tahu apa sahaja aktiviti yang mereka jalankan sepanjang hari di sekolah. Anak-anak zaman sekarang begitu berbeza dengan anak-anak zaman dahulu.
Apabila mereka melihat kita ambil tahu tentang aktiviti yang lakukan secara tidak langsung mereka menghargai dan tahu bahawa kita sayangkan mereka. Ini lebih baik daripada membenarkan mereka bermain gajet setiap hari selepas pulang dari sekolah, makan dan tidur. Anak-anak saya tidak boleh menonton televisyen dan hanya boleh menontonnya pada hujung minggu sahaja. Komunikasi dua hala sangat penting dalam membesarkan anak-anak zaman era teknologi ini,” ungkap Tengku Puan yang melalui proses IVF.
Mencungkil cara pendidikan yang diterapkan oleh pemilik bersama Najwa Aesthetic Sdn. Bhd ini, ternyata menyuntik inspirasi kepada wanita lain. “Saya juga seperti ibu lain yang ada masanya akan marah jika mereka melakukan kesilapan. Jika tidak menegur, mereka tidak akan tahu apa kesilapan yang telah dilakukan. Namun, setiap hari saya masih belajar dengan ilmu keibubapaan dan menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak.
Tidak lengkap rasanya perbualan bersama Tengku Puan andai tidak bertanya tentang rejim penjagaan kecantikannya. “Amalan penjagaan kecantikan saya sama seperti wanita lain juga. Saya banyak mengamalkan minum air putih dan tidak mengambil minuman yang bergula. Saya suka makan nasi dan fanatik dengan masakan Melayu. Masakan Melayu kaya dengan khasiat ulam-ulaman dan saya suka segala jenis ulam-ulaman yang terdapat di negara kita.
Kunci kepada kecantikan saya adalah dengan mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Kalau saya tidak mendapat tidur yang cukup pasti esok paginya akan sakit kepala dan tak ada mood. Paling lewat saya akan tidur pada pukul 11.00 malam. Rutin penjagaan wajah saya seperti biasa seperti menggunakan cecair pembersih wajah, menyapu penyegar dan memakai pelembap. Tetapi sejak mempunyai spa, saya memanjakan diri di spa sambil merawat kulit.
Bagi saya kecantikan sebenar seorang wanita adalah bermula daripada dalam. Apabila kita sentiasa ikhlas dalam pergaulan, hati bersih dan tingkah laku baik secara tidak langsung kecantikan luaran akan jelas terpancar. Kalau peribadi kita dibuat-buat orang nak datang dekat pun jadi takut-takut. Keperibadian yang baik adalah cermin sebenar setiap insan,” tutur wanita yang berusia 34 tahun ini yang gemar dengan penampilan smart casual.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!