
Pelakon dan juruhebah Sinar FM, Siti Elizad baru-baru ini menyatakan rasa kesyukuran dan terharunya apabila berkesempatan untuk bertentang mata dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di acara Golf Amal Tengku Azizah Fertility Foundation (TAFF) 2023 anjuran Kuala Lumpur Section Society Petroleum Engineer (KLSSPE) di Impian Golf & Country Club, Kajang.
Apa yang menariknya tindakan Raja Permaisuri Agong mengusap perut Elizad sambil mendoakan dirinya bakal dikurniakan cahaya mata kelak.
Menurut Siti Elizad, Tunku Permaisuri yang baru sahaja kembali ke tanah air setelah menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci Mekah itu telah mengusap perutnya dan mendoakan agar dia dan suami bakal menjadi ibu dan bapa tidak lama lagi.
“Tunku Permaisuri Elizad, saya baru balik dari Haji ni (sambil usap perut kita). InsyaAllah ada rezekinya nanti, ikhtiar lagi. Terima Kasih Raja Permairusi Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas keprihatinan dan doa indah dari Tuanku yang tak henti-henti dari dulu lagi.”- tulis Elizad di Instagramnya.
Perkongsian Elizad tersebut turut dibanjiri dan mendapat respon oleh netizen serta rakan selebriti seperti Bella Astillah, Shima Anuar, Radin ERA, dan ramai lagi yang menitipkan doa buat Elizad agar dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.
Kami di NONA juta turut mendoakan agar Elizad dan suami bakal dikurniakan cahaya mata kelak. Aaminn.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
CADULA Perkenalkan Kabinet Dapur Modular Yang Bergaya, Selamat dan Mudah Dipasang

Jenama kabinet modular, Cadula telah mengeluarkan set kabinet dapur gaya shaker modular terbarunya yang direka dengan sempurna untuk ruang yang padat. Tersedia dalam tiga warna pastel yang lembut dan menenangkan, koleksi ini meraikan gabungan alam semula jadi dalam rumah bandar — menggabungkan bahan kayu bukan toksik dengan konsep modular yang membolehkan pemilik rumah memiliki fleksibiliti penuh untuk menyesuaikan ruang kediaman mereka dan menghidupkan rumah impian mereka.
Rumah yang lebih kecil menjadi kegemaran golongan milenium dan Gen Z yang memilih untuk hidup berdikari di kawasan bandar. Mereka memilih untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil, seperti unit pangsapuri studio, untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang gangguan serta proses penemuan diri.
Dengan peningkatan minat untuk rumah yang lebih kecil dan lebih mudah diurus, kabinet tetap tradisional (yang kebiasaannya bersaiz besar dan tidak praktikal) semakin ketinggalan zaman untuk rumah moden dengan keluasan ruang yang lebih kecil. Dengan mengambil kira perkara ini, kabinet dapur modular Cadula direka khas untuk memenuhi jangkaan pemilik rumah muda: ianya moden, bergaya, ringkas dan yang paling penting – mudah serta menjimatkan kos!
Mengulas mengenai populariti rumah bersaiz kecil yang semakin meningkat ini, Samantha Lau, Pengasas Bersama Kabinet Cadula, berkongsi, “Generasi penduduk bandar sekarang menginginkan ruang kecil yang mudah diurus dan selesa untuk didiami. Kami percaya bahawa ruang yang kecil turut berhak mendapat perhatian yang sewajarnya! Melalui barisan kabinet modular mampu milik Cadula yang semakin berkembang, kami berharap dapat memberi pemilik rumah ini pengalaman interaktif yang menyeronokkan dan kebebasan kreatif untuk menghidupkan suasana kediaman mereka dengan ruang simpanan yang bukan sahaja bergaya dan moden, tetapi juga bersifat praktikal. Kami juga ingin mengurangkan manual arahan yang rumit dan menjadikannya mudah untuk dipasang.”
Kabinet modular mula mendapat perhatian semasa ledakan perumahan pada awal 1970-an. Dengan fungsi serba boleh, kabinet modular direka khas untuk melengkapi dan mengadaptasi dengan perubahan gaya hidup di bandar. Diinspirasikan oleh konsep set blok bangunan, kabinet modular terdiri daripada unit prabuatan berasingan yang setiap satunya boleh dipasang dengan mudah, ditanggalkan dan disusun semula agar sesuai dengan kawasan yang sempit. Sifatnya yang fleksibel bukan sahaja menjadikan gaya kabinet ini sesuai untuk isi rumah yang lebih kecil, tetapi juga sesuai untuk penyewa yang mungkin perlu membawa perabot bersama-sama mereka apabila berpindah.
Selain penyelenggaraan yang rendah dan mudah dibersihkan, sistem kabinet modular yang boleh dilipat membolehkannya digunakan dalam pelbagai ruang di luar dapur. Sebagai contoh, kaunter dapur daripada set kabinet modular Cadula juga boleh ditukar kepada meja sisi katil di bilik tidur atau table top — ia sekaligus menambah nilai fungsian pada pembelian tunggal dan membawa unsur keseronokan ke dalam perancangan perabot.
Mesra alam dan serba boleh: Memperkenalkan koleksi terbaru Cadula
Koleksi baharu Cadula terdiri daripada siri gaya pintu shaker yang pastinya membawa aura tenang semasa di dapur, dengan pilihan tiga warna pastel tona sejuk: Green Moss, Pebble Grey dan Blanche White. Warna-warna neutral ini menjadikannya mudah untuk dipadankan dengan pelbagai warna dinding, menambahkan ciri serba boleh untuk idea reka bentuk dalaman.
Koleksi ini juga terdapat dalam dua pilihan reka bentuk. Yang pertama adalah konsep selesa dan kedesaan (rustic), menampilkan panel tengah rata gaya minimalis dengan bentuk segi empat sama di bahagian tepi dan pintu jenis shaker. Sementara itu, pilihan kedua ialah gabungan moden pintu shaker dan panel kaca yang lut sinar. Kedua-dua reka bentuk ini datang dengan pilihan laci yang dipasang di bahagian bawah kabinet. Semua pintu kabinet dilengkapi dengan tombol pintu logam bercirikan kedesaan yang memberikan cengkaman selesa.
Untuk mencapai kemasan sempurna bagi semua kabinet pintu shakernya, Cadula menggunakan papan kayu melamin khusus bersama-sama dengan teknologi ketepatan berpaten bagi membolehkan pembuatan yang lebih konsisten dengan menekankan kualiti kayu.
Sebagai jenama yang menekankan kehidupan yang lebih sihat, kabinet modular Cadula dihasilkan sepenuhnya daripada kayu khusus yang tidak toksik dan kandungan formaldehid yang rendah, satu bentuk alergen yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang dengan pendedahan dalam jangka panjang. Pemilihan kayu sebegini adalah untuk memastikan udara di rumah kekal bebas daripada toksin, sekaligus melambangkan etos jenama Cadula: mengharmonikan rumah impian dengan persekitaran mesra alam.
“Kami telah menerima beberapa pelanggan yang bertanyakan tentang penyebab alahan kepada kulit dan hidung yang mereka alami di rumah. Ramai yang menganggap perkara ini disebabkan oleh barangan perabot lama, tetapi yang sebenarnya ialah ia mungkin datang daripada kabinet komersial, yang kebanyakannya mengandungi kandungan formaldehid yang tinggi. Bagi kami, rumah sepatutnya menjadi satu ruang untuk seseorang individu berehat dengan rasa selamat, walaupun daripada segala toksin yang tidak kelihatan. Inilah sebab mengapa Cadula komited untuk memperjuangkan rumah yang lebih hijau dan sihat dengan 100% bahan kayu mesra alam,” tambah Samantha.
Untuk maklumat lanjut mengenai Cadula, sila layari: https://mkacabinet.com/cadula/
5 Tip #MoveOn Setelah Berpisah, Cukup-Cukuplah Menangis Kat Bucu Katil Tu!

Apabila berpisah dan si dia memperlakukan anda dengan buruk atau menyakitkan, ia adalah tindak balas semula jadi untuk marah. Namun sampai bila mahu menyalahkan, bersedih atau terbawa-bawa perasaan? Tiba masanya untuk move on dengan tip ini.
(1) Sekadar berkawan
Cuba lakukan seketika bahawa anda boleh hidup sendiri tanpa perlu berteman. Mengekalkan bekas teman lelaki sebagai kawan mungkin bukan satu kematangan pada diri sendiri jika anda tidak bijak mengawal emosi dan menjaga diri.
Mungkin ada yang berpendapat, mengekalkan persahabatan itu adalah satu jalan pendamaian yang baik kepada kedua-dua pihak. Benar, tetapi untuk berlakunya secara tulen amat sukar, keadaan ini memerlukan satu jangka waktu untuk yang panjang agar tidak ada pihak merasakan sakit. Jangan mudah terdedahkan diri anda yang sudah terluka dengan sesuatu yang lebih menyakitkan.
Boleh berkawan tetapi mungkin selepas satu waktu tempoh yang panjang setelah hati masing-masing terubat dan sekadar berkawan untuk elak bermusuhan tetapi sebaiknya tidak terlalu rapat sepertinya seorang sahabat untuk berkongsi kisah hati dan perasaan.
Jika hati anda tidak boleh menerima keadaan ini, sebaiknya jangan terus berhubung sebagai kawan dan masing-masing meneruskan kehidupan peribadi sendiri tanpa mengambil tahu perihal antara satu sama lain lagi.
(2) Bukan sebuah impian
Dalam satu perhubungan, biasanya perpisahan itu berlaku dengan bersebab. Ia jarang sekali berlaku jika hanya perkara tersebut isu kecil ditimbulkan sehingga berlakunya pergaduhan dan perpisahan. Cuba tulis atau senaraikan sebab-sebab perpisahan itu dan impian yang pernah dijanjikan dalam perhubungan tetapi sayangnya tidak kesampaian. Ia pasti menyakitkan apabila segala-galanya itu telah dikhianati.
Dengan menulis segala setiap perkara yang menyakitkan hati anda, baca untuk diri sendiri berusaha untuk melupakan segala kenangan itu sehingga perasaan yang menyakitkan itu hilang dan anda dapat menerima bahawa semuanya ini telah terjadi dan tidak mampu diperbaiki. Mungkin dia bukan insan yang diimpikan untuk memenuhi segala impian anda.
Keadaan ini pada awalnya mungkin membuat anda marah tetapi ia sebenarnya melibatkan proses penyembuhan untuk memaafkan dan melupakan, tetapi untuk melepaskan sesuatu anda harus terlebih dahulu mengakui dan menerima bahawa perkara ini pernah terjadi dalam hidup anda.
(3) Berdamai dengan masa lalu
Kemarahan membantu anda menyedari keadaan yang tidak baik itu untuk berada dalam hidup anda dan ke arah proses perpisahan daripada hubungan yang tidak sihat. Tetapi apabila kita berpegang kepada kemarahan dan kebencian dari pengalaman masa lalu, sukar untuk membawa kita meneruskan kehidupan lebih baik di masa hadapan.
Apabila seseorang mengkhianati kepercayaan yang anda berikan, ia menyakitkan. Keadaan ini sukar untuk anda bergerak maju menguasai hidup yang lebih baik. Belajar untuk memaafkan dan membuat perdamaian dengan perkara-perkara yang berlaku pada masa lalu dan lebih mudah apabila anda mengambil fokus anda dari peristiwa-peristiwa yang berlaku pada perspektif orang yang terlibat. Mungkin benar memaafkan orang lain nampak mudah, tetapi sejauh mana memaafkan disertakan dengan keikhlasan itu dapat diberikan kerana setakat maaf sahaja tidak mencukupi untuk anda lebih tenang dan bahagia.
Sekiranya anda mendapati diri anda masih bersembunyi dengan kemarahan atas sesuatu yang dilakukan oleh orang lain, cuba tarik semula sifat-sifat baik yang anda lihat di dalamnya dan mengakui bahawa kita semua mempunyai kelemahan dan kita semua membuat kesilapan. Maafkanlah dengan keikhlasan… Ketahuilah baik untuk tetap mencintai mereka.
(4) Cinta tidak pernah salah
Apabila seseorang datang ke dalam hidup anda yang membolehkan anda berpeluang untuk mengalami cinta, itu selalu menjadi hadiah sejati. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada kematangan mengiktiraf bahawa cinta dengan sendirinya tidak selalu cukup untuk membuat kerja dalam perhubungan. Banyak faktor dan keadaan lain, seperti masa, keserasian, atau pilihan yang kita buat, memainkan peranan penting dalam sama ada hubungan boleh berkembang dan terus dipertahankan.
Hubungan yang tidak berfungsi tidak selalu tentang mengakhiri cinta yang anda rasa. Kadang-kadang satu-satunya cara untuk melepaskan adalah mencintai seseorang yang cukup untuk menginginkan yang hanya terbaik untuknya walaupun itu bermakna pentingkan diri sendiri.
Terdapat banyak bentuk cinta, dan ia mempunyai keupayaan untuk beralih, berkembang, dan berubah dari semasa ke semasa. Biarkan cinta romantis yang anda rasakan berevolusi menjadi sejenis cinta yang merangkumi kepedulian dan belas kasihan bagi seseorang yang mempunyai tempat yang penting dalam hidup anda. Ini akan membantu memudahkan proses penyembuhan.
Kesakitan yang hebat yang kita rasakan apabila perhubungan berakhir mempunyai kaitan dengan kehilangan yang kita inginkan. Menyedapkan keadaan dengan dasar kasihan itu sebagai peralihan dan bukannya kerugian boleh mengurangkan beberapa kecederaan. Kebenaran adalah hubungan yang ada dalam hidup kita selama-lamanya. Mereka berada di dalam kenangan kita, dalam perasaan yang kita miliki ketika kita memikirkannya, tentang siapa kita setelah tidak bersama mereka dan pengajaran yang kita ambil dari mereka untuk kita meneruskan kehidupan lebih baik.
(5) Lebih suka diri anda
Akhirnya, cintailah diri sendiri. Bagi sesetengah pihak, ini adalah bahagian paling sukar. Percaya bahawa anda berhak berada dalam hubungan yang penuh kasih dengan seseorang yang berkongsi nilai-nilai anda dan memperlakukan anda dengan baik, memerlukan anda melihat diri anda dalam cahaya yang positif. Tetapi sewajarnya, anda tidak boleh mengharapkan orang lain untuk memperlakukan anda lebih baik daripada anda merawat diri anda.
Anda mungkin merasakan bahawa ada perkara yang anda boleh lakukan secara berbeza, tetapi tidak mungkin untuk mengetahui apa hasil yang berbeza. Menyalahkan diri sendiri dengan hanya membawa emosi negatif, hanya akan menangguhkan proses penyembuhan. Sebaliknya, pilih untuk menjadikan kesakitan menjadi keuntungan. Setiap hubungan, jika kita membiarkannya, dapat mengajar kita sesuatu tentang diri kita sendiri dan memberi kita kejelasan yang lebih jelas mengenai apa yang kita perlukan untuk menjadi bahagia. Mengakui peranan anda dalam apa yang salah dengan hubungan boleh menjadi bahagian penting dalam proses pembelajaran.
Apabila dua orang berada dalam hubungan, mereka mewujudkan dinamik dan apa saja yang berlaku, kedua-duanya menyumbangkannya dalam beberapa cara. Apabila anda mempunyai wawasan untuk memahami peranan anda, anda akan berada dalam kedudukan untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Sekiranya anda percaya bahawa ini mungkin berguna untuk membuat perubahan tertentu dalam tingkah laku anda sendiri, seperti belajar menetapkan sempadan yang lebih baik atau meningkatkan kemahiran komunikasi anda, kemudian merangkul peluang anda untuk melakukan ini supaya hubungan seterusnya dapat menjadi lebih menakjubkan.
Setiap Kali Gosok Gigi Mesti BERDARAH! Apa Yang Patut Anda Lakukan?

Masalah gusi merupakan masalah oral yang lazim di Malaysia. Ia dikenali sebagai the silent tooth killer. Puncanya diketahui dan boleh dicegah dengan mudah.
Masalah gusi adalah perkara yang perlu diberi perhatian serius. Bagi mengatasi masalah gusi, kita perlu berjumpa dengan doktor gigi agar dapat mengenal pasti punca yang menyebabkan gusi berdarah.
Dalam mulut kita terdapat berbilion bakteria yang jika tidak dikawal, boleh menyebabkan keradangan gusi iaitu gusi menjadi warna merah, bengkak dan mudah berdarah.
Penyakit gusi yang berlarutan ini pula akan menyebabkan pinggir gusi mudah terhakis dan seterusnya boleh mengakibatkan kemusnahan tulang sekeliling leher dan akar gigi. Sebab itu akan mula perasan ada gigi yang sudah mula bergoyang.
Pada peringkat gusi begini, perlu segera rawat gusi supaya gigi dapat diselamatkan daripada terpaksa dicabut kerana sudah terlalu bergoyang dan tidak boleh digunakan untuk mengunyah.
Plak (selaput likat) pada permukaan gigi perlu dibersihkan dengan berkesan dengan mempelajari dan mempraktikkan cara yang betul:
- Gunakan berus gigi yang lembut, mempunyai kepala pendek dan lakukan gerakan berus ke atas ke bawah atau gerakan bulatan kecil.
- Pastikan kesemua permukaan gigi diberus.
- Guna ubat gigi yang sesuai untuk masalah gusi berdarah.
- Berus gigi perlu ditukar setiap 3 hingga 6 bulan.
- Seterusnya pelajari cara yang betul untuk flos, bersihkan lidah dan berkumur dengan betul.
Formula asas penjagaan gigi dan gusi secara amnya sudah diketahui ramai. Apa yang berkurangan adalah tata cara melakukannya secara berkesan.
Adalah dinasihatkan:
- Berus gigi dua kali sehari selama 2 minit menggunakan berus gigi manual atau jenis berus gigi elektrik. Guna ubat gigi fluorida untuk menguatkan struktur gigi.
- Jangan abaikan flos gigi anda. Cara yang betul flos gigi dapat mengeluarkan sisa makanan di celah gigi supaya masalah radang gusi dan karies gigi dapat dielakkan.
- Jika permukaan lidah kelihatan berselaput keputihan, sebaiknya gunakan alat pencuci lidah (tongue scraper) untuk menanggalkan lapisan kotoran tersebut dengan lebih berkesan.
- Langkah terakhir dalam penjagaan gigi adalah berkumur dengan ubat kumur yang boleh juga memberi bau nafas yang segar.
- Jika anda kurang pasti bagaimana melakukan langkah penjagaan gigi dan gusi jangan malu untuk minta penerangan dari doktor pergigian anda yang sedia membantu.
Harapnya gigi kita dapat dikekalkan sepanjang hayat. Hamizatul Maizan Mohamed