Siapa yang tidak pernah menonton filem The Princess Diaries lakonan Anne Hatheway yang ditayangkan pada tahun 2001, dan kesinambungannya The Princess Diaries: Royal Engagement pada tahun 2004. Filem rom-com yang mengisahkan bagaimana seorang remaja perempuan biasa, Mia Thermopolis yang tidak mengetahui bahawa dirinya berdarah raja, terpaksa menyesuaikan diri pelbagai cabaran menjadi seorang puteri raja.

IKLAN

Julie Andrews Kekal Anggun & Menawan Di Usia 86 Tahun. Ini Rahsianya!

Mujurlah Mia mendapat sokongan, dorongan dan tunjuk ajar dari neneknya, Clarisse, permaisuri dari Kerajaan Genovia, yang dilakonkan penuh magis oleh pelakon veteran dan berbakat besar, Julie Andrews. Julie Andrews atau nama sebenanrnya Julia Elizabeth Wells yang lahir pada 1 Oktober 1935) ialah seorang pelakon, penyanyi, dan pengarang yang lahir di Walton-on-Thames, England. Beliau terkenal dengan lakonannya dalam filem-filam lagenda seperti Mary Poppins(1964) dan The Sound of Music (1955).

Julie Andrews Kekal Anggun & Menawan Di Usia 86 Tahun. Ini Rahsianya!

Lakonannnya juga turut mendapat pengiktirafan pihak Academy apabila menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik selama 3 kali pada tahun 1965, 1983 dan 1966. Julie juga tampil sebagai penyumbang suara untuk filem Minions: Rise of The Guru baru-baru ini.

Julie Andrews Kekal Anggun & Menawan Di Usia 86 Tahun. Ini Rahsianya!

IKLAN

Bersempena dengan ulang tahun filem The Princess Diaries yang ke-20 tahun ini, NONA tertarik dengan penampilan serta personaliti Julie Andrews yang sehingga kini masih kelihatan anggun, aktif dan sihat walaupun usianya sudah mencecah 86 tahun. Apa agaknya rahsianya?

IKLAN
Julie Andrews Kekal Anggun & Menawan Di Usia 86 Tahun. Ini Rahsianya!
(Kredit foto oleh Axelle/Bauer-Griffin/FilmMagic)

Walaupun Julie Andrews sering menegaskan bahawa dia mewarisi kecantikan daripada ibunya, namun Julie cukup memegang erat nasihat ibunya. Menerusi temubualnya bersama majalah Elle baru-baru ini Julie berkata “Demi tuhan, sentiasa bersihkan kulit wajah anda dengan betul”. Ibunya juga pernah menasihatinya untuk membersihkan wajahnya setiap hari bukan sekali, tetapi berkali-kali dengan krim selain mencuci dengan pencuci muka.

Julie Andrews Kekal Anggun & Menawan Di Usia 86 Tahun. Ini Rahsianya!

Julie terus berkongsi selain rutin penjagaan wajahnya, Julie turut menegaskan rahsianya adalah banyakkan meminum air masak agar wajah kekal hidrat dan segar. “Pastikan anda minum air masak, walau di mana saja anda berada”, jelas Julie.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI