Kerinduan paling mendalam adalah terhadap insan tersayang yang ‘pergi’ buat selama-lamanya. Ianya akan lebih dirasai apabila menjelangnya hari raya.
Segala kenangan manis pasti akan terimbau dan tanpa sedar air mata mengalir. Hanya doa mampu dititipkan dari jauh.
Begitulah yang dirasai oleh pelakon, pelawak dan hos terkenal Nabil Ahmad saat berkongsi tentang sambutan rayanya yang pertama kali diraikan tanpa bapa tersayang, Ahmad Ismail yang meninggal dunia pada Oktober 2022.
Luahnya, tahun ini adalah pertama kali dia beraya tanpa bapa.
Memetik perkongsian di Sinarplus, biarpun Nabil terasa dengan kehilangan itu namun anak kelahiran Negeri Sembilan ini tetap bersyukur kerana dapat meraikan lebaran bersama ibu, isteri serta anak-anak yang sentiasa memberikan kegembiraan buatnya.
Ads
“Setiap tahun kami adik-beradik akan beraya bersama dengan ibu dan ayah. Jadi bila pertama kali beraya tanpa ayah, tentulah sedih dan rindu dengan momen ketika arwah masih ada.
“Namun kami masih boleh bertahan dan mengawal perasaan itu, tetapi sebaliknya dengan ibu yang mungkin lebih sedih sebagai isteri yang telah lama hidup bersama arwah.
“Bagaimanapun, Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja selepas ini. Ibu ada anak-anak dan cucu yang ramai di sisi,” ujarnya.
Berkongsi kenangan raya bersama arwah bapanya, Nabil yang kini menumpang kasih dengan bapa mertuanya berkata, arwah seorang yang cukup penyayang dan suka melayan karenah cucu terutamanya ketika pulang beraya.
Ads
“Banyak sangat kenangan dengan arwah dan sukar untuk disebut satu-satu. Apa yang pasti arwah ayah seorang yang cukup penyayang dan suka melayan cucu-cucunya.
“Mungkin sebab anak-anak semua sudah besar, jadi perhatiannya beralih kepada cucu,” kongsi bapa kepada tiga anak ini.
Dalam pada itu, Aidilfitri Nabil pada tahun ini juga sedikit berbeza apabila tidak dapat bercuti raya lama berikutan terikat dengan tugasannya sebagai penyampai radio.
Ads
“Sebelum ini boleh cuti raya lama, tetapi sejak jadi penyampai radio di slot pagi kena rancang dan atur jadual betul-betul.
“Balik kerja, kena tidur dulu sekejap dan selepas itu barulah boleh bawa isteri dan anak-anak pergi beraya.
“Apa-apa pun, alhamdulillah sejak anak-anak dah besar semua urusan jadi lebih mudah sedikit berbanding sebelum ini,” katanya.
Kredit Foto: Instagram Nabil Ahmad
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak puas bergantung rezeki pada bidang nyanyian, penyanyi Dato’ Jamal Abdillah, 64 tahun, kini lincah sebagai penternak lembu komersial sejak sebulan lalu. Beliau juga memiliki ladang lembu seluas 2 hektar di Bukit Merah!
Menerusi Bernama, Raja Pop yang bernama Jamal Ubaidillah Mohd Ali ini juga berimpian mahu mempromosi bidang pertanian agar lebih ramai bumiputera terlibat dalam bidang tersebut.
“Sekarang saya mulakan dengan 20 ekor lembu, perancangan saya akan bawa masuk 80 ekor lagi induk lembu bagi menambah induk sedia ada pada tahun ini juga.” Dato’ Jamal Abdillah
Ladang seluas hampir dua hektar itu dilengkapi dengan kandang lembu yang boleh memuatkan 300 hingga 400 ekor haiwan itu dan kawasan untuk menternak kambing yang juga dalam perancangannya.
Pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir itu berkata berbanding ternakan ikan hiasan Arowana sejak 2009, menternak lembu lebih mudah.
Menurut Dato’ Jamal Abdillah, Jabatan Perkhidmatan Verterinar (JPV) juga sentiasa bersedia membantu beliau memberikan khidmat nasihat dalam membantu menguruskan penternakan lembu tersebut.
Menyentuh mengenai ladang ternakan ikan Arowananya yang juga terletak di Bukit Merah, beliau berkata minat terhadap ikan hiasan membuatkan dia mahu mengekalkan perniagaan tersebut.
Katanya sebelum ini perniagaan itu dijalankan secara sistem ‘pawah’ atau pajakan, tetapi kini ia dimulakan semula dan merancang mengeksport hasil tersebut ke luar negara.
“Bidang ternakan ikan hiasan dan lembu ini amat berpotensi memberi hasil lumayan jika dilakukan dengan konsisten.
Tidak terkecuali masih banyak ruang boleh diteroka oleh usahawan Melayu yang mahu menceburkan diri dalam bidang ini, apatah lagi untuk membantu usaha kerajaan memperkukuh keterjaminan makanan negara.” Dato’ Jamal Abdillah
NYANYIAN
Kerajaan melalui pelbagai agensi sentiasa membantu dari segi khidmat nasihat dan kursus bagi mereka yang berminat menjadi penternak dan peladang. Justeru, beliau mengambil keputusan untuk berulang-alik dari Kuala Lumpur menguruskan kerjaya nyanyian dan ladangnya di Perak.
Menyentuh kerjaya nyanyian, Jamal yang baru dikurniakan cahaya mata keempat hasil perkongsian bersama isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin, April lepas berkata dia akan terus menyanyi selagi diterima peminat.
“Selagi orang suka saya menyanyi, saya akan terus menyanyi. Saya melakukan senaman dan menjaga pemakanan bagi menjaga kualiti vokal.”
Sebelum ini dilaporkan ladang ternakan Dato’ Jamal Abdillah mendapat perhatian JPV dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Lokman Hakim Ali meluangkan masa melawat ladang berkenaan.
Inisiatif tersebut dipuji kerana penyanyi itu mengambi langkah bijak menyahut seruan kerajaan memastikan keterjaminan makanan negara.
Selebriti wanita Malaysia yang bertemu jodoh dengan golongan kenamaan atau VIP bukan perkara baharu. Ada yang menerima gelaran tersebut pada usia muda.
NONA kongsikan 8 selebriti wanita yang kini hidup bahagia bersama pasangan masing-masing. Biarpun mempunyai gelaran sebagai Che Puan, Datin Seri, Datin Paduka mahupun Datin mereka masih mengekalkan sikap merendah diri.
Malah kini ada yang berjaya sebagai seorang usahawan setelah tidak lagi aktif dalam bidang seni. Semoga mereka kekal bahagia dan sukses dalam apa jua yang mereka lakukan.
Kedua-dua anak perempuan kepada Tan Sri Zainul Azman ini menjadikan bapa mereka sebagai contoh terbaik untuk berjaya di dalam kehidupan. Biarpun bapa mereka merupakan seorang yang berpengaruh di dalam dunia perniagaan itu bukanlah faktor untuk duduk bersenang lenang. Sebaliknya mereka berdua memulakan perniagaan dari bawah dan mengharungi cabaran yang mendatang. Seorang menyerlah dengan dunia fesyen dan yang seorang lagi dengan dunia kecantikan.
Bagaimana and berdua boleh memulakan jenama UMMA & NITA COSMETICS?
Zairin: Ia bermula dengan pilihan saya untuk mula memakai tudung dua tahun yang lepas. Saya mendapati bahawa fesyen bertudung pada masa itu sangatlah terhad, jadi saya berinspirasi dan bernekad untuk memulakan sebuah bisnes atas talian yang menawarkan busana yang memberi fokus kepada mereka yang berhijab.
Nita: Nita tersangatlah sukakan apa-apa yang berkaitan dengan dunia solekan ataupun yang kreatif. Nita gemar pergi ke farmasi ataupun Sephora untuk mencuba produk terbaru. Akan tetapi, Nita melihat yang tidak banyak jenama solekan tempatan menawarkan produk yang mengetengahkan budaya dan tradisi Malaysia. Jadi, dari situlah mulanya NITA COSMETICS! Kualiti yang bertaraf antarabangsa dengan tema tempatan.
Apakah DNA jenama UMMA dan apakah jenis-jenis busana yang ditawarkan?
Zairin: Saya mengetengahkan unsur, “Modern, Modest” pada kesemua produk yang dikeluarkan dan cuba gabungkan dua aspek yang bercanggah di dalam dunia fesyen, iaitu modernisasi dan kesederhanaan. Di UMMA, produk-produk yang ditawarkan adalah Ready-To-Wear, pelbagai tudung, anak tudung, volumnizer, dan juga baju raya pelbagai design.
Apakah DNA jenama NITA COSMETICS pula dan apakah rangkaian alat kosmetik yang ditawarkan?
Nita: Nita fokuskan kepada produk-produk Nita Cosmetics untuk menjadi, “Fun and Quirky”. Setiap produk dibuat untuk menyenangkan proses memakai solekan setiap hari dan Nita percaya yang setiap perempuan punyai hak untuk bercantik dan kesemua mereka berupaya untuk menjadi lagi yakin dengan diri mereka sendiri. Nita Cosmetics menawarkan tiga jenis gincu (15 warna gincu) dari tiga koleksi dan juga satu koleksi palet pembayang mata.
Kempen Koleksi Turki Nita Cosmetics
Dalam Lambakan jenama fesyen dan juga kosmetik hari ini, apakah yang membuatkan jenama anda berdua lain dari yang lain? Dan apakah strategi anda dalam menjadikan ia berbeza berbanding jenama lain?
Zairin: Kami berdua cuba untuk mengetengahkan customer kami dalam memasarkan produk-produk kami. Tambahan pula, unsur moden dan modest di dalam dunia fesyen masih baru, jadi saya yakin ia boleh dijadikan sebagai satu penggerak bisnes.
Nita: Untuk NITA Cosmetics, segalanya dari kualiti tekstur, nama koleksi, tema koleksi, semuanya dipelan dengan teliti – bukan sekadar menjual gincu dan terus memasarkanya. Apa yang membezakan produk dari Nita Cosmetics adalah ia berlandaskan unsur tempatan, di mana customer kami akan rasa ceria dan bertenaga dengan produk kami dengan imej “Fun and Quirky” Nita. Produk Nita Cosmetics direka dan dipasarkan untuk menyenangkan pemakaian solekan setiap wanita.
Sebagai adik-beradik, anda berdua berada di bawah payung syarikat yang sama dalam membangunkan jenama masing-masing. Jadi bagaimana agaknya bekerja bersama, adakah masing saling memberikan idea?
Zairin: Ya, kami saling membantu. Akan tetapi, UMMA dan NITA COSMETICS merupakan dua jenama dan bidang yang berlainan. Kami beroperasi di platform yang berbeza, tetapi visi kami selari.
Nita: I love my siblings – walaupun ada pendapat yang berbeza, Nita percaya yang kadang kala intonasi bila bercakap lebih penting daripada mesejnya. It’s how you deliver your message and how you speak that’s more important. So far, it’s been great working with them and we share ideas constantly.
Sebelum memulakan kedua-dua jenama ini, boleh ceritakan sedikit tentang kerjaya anda sebelum ini? Dan apakah yang membuatkan anda teringin ke dunia fesyen dan kecantikan?
Zairin: Saya bermula melibatkan diri dalam industri bisnes dari ‘flea market’ ke kiosk dan selepas itu, Saya membuka sebuah kedai aksesori di Bangsar selama 10 tahun sebelum mendapat idea untuk memulakan UMMA. Saya mula menanam minat ke dunia fesyen apabila saya mula memakai tudung dua tahun lepas. Dari situ, saya mula berfikir tentang susahnya untuk saya mencari stail yang menepati citarasa saya dan juga memberi ruang untuk saya bertudung.
Nita: Sebelum Nita menceburi bisnes kosmetik, Nita berjinak dalam industri perfileman. Selepas itu, Nita berinspirasi untuk memulakan bisnes sendiri dan mengembangkan perniagaan keluarga.
UMMA Turut Menawarkan Rekaan Untuk Lelaki
Siapakah personaliti yang menjadi inspirasi anda berdua dalam dunia bisnes fesyen dan kecantikan?
Zairin: Bapa saya, Tan Sri Zainul Azman merupakan inspirasi yang paling saya sanjungi jika kita berbual tentang dunia bisnes. ‘He is the most hardworking businessman, pemurah hati dan sangat generous and also he cares about everyone in the family & also friends and takes care of their welfare & education too, he brings at least 20 people for family trips!’. Oprah Winfrey juga merupakan personaliti inspirasi saya kerana beliau merupakan usahawan Berjaya dan beliau tidak mudah berputus asa dalam apa jua cabaran dilalui.
Nita: Untuk personaliti, Nita sanjungi Neelofa kerana beliau tidak berputus asa untuk membina perniagaan sendiri, as Naelofar wasn’t the first business that she went into. It’s not easy to build one. Dan juga bapa saya sendiri, Tan Sri Zainul Azman, kerana beliaulah sebab saya menanam minat untuk menceburi dunia bisnes. He is the hardest working man I know, and so generous and kind to everyone.
Dalam masa lima tahun akan datang, dimanakah jenamai ini akan berada?
Zairin: Saya inginkan UMMA untuk menjadi jenama ternama di dalam dunia busana Muslimah dan Modest. Dengan kerjasama team saya, saya harapkan UMMA dapat menceburi ke platform antarabangsa kelak.
Nita: Melalui Nita Cosmetics, Nita inginkan jenama dan produk-produk ini membuka mata mereka di platform antarabangsa kepada kecantikan Malaysia. Nita punyai hasrat untuk jadikan Nita Cosmetics sebagai jenama kosmetik ternama di Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendapatan yang diraih pemain bola sepak ternama, Achraf Hakimi ini bukan calang-calang. Memetik laporan Capology, dia disenaraikan antara pemain bola sepak di Paris yang menerima bayaran paling mahal iaitu £247,053 atau lebih RM1.4 juta seminggu! ...