Kerinduan paling mendalam adalah terhadap insan tersayang yang ‘pergi’ buat selama-lamanya. Ianya akan lebih dirasai apabila menjelangnya hari raya.

Segala kenangan manis pasti akan terimbau dan tanpa sedar air mata mengalir. Hanya doa mampu dititipkan dari jauh.

“Aidilfitri Yang Berbeza” Pertama Kali Sambut Raya Tanpa Bapa NABIL AHMAD Luah Rasa Rindu

Begitulah yang dirasai oleh pelakon, pelawak dan hos terkenal Nabil Ahmad saat berkongsi tentang sambutan rayanya yang pertama kali diraikan tanpa bapa tersayang, Ahmad Ismail yang meninggal dunia pada Oktober 2022.

Luahnya, tahun ini adalah pertama kali dia beraya tanpa bapa.

“Aidilfitri Yang Berbeza” Pertama Kali Sambut Raya Tanpa Bapa NABIL AHMAD Luah Rasa Rindu

Memetik perkongsian di Sinarplus, biarpun Nabil terasa dengan kehilangan itu namun anak kelahiran Negeri Sembilan ini tetap bersyukur kerana dapat meraikan lebaran bersama ibu, isteri serta anak-anak yang sentiasa memberikan kegembiraan buatnya.

“Aidilfitri Yang Berbeza” Pertama Kali Sambut Raya Tanpa Bapa NABIL AHMAD Luah Rasa Rindu

“Setiap tahun kami adik-beradik akan beraya bersama dengan ibu dan ayah. Jadi bila pertama kali beraya tanpa ayah, tentulah sedih dan rindu dengan momen ketika arwah masih ada.

“Namun kami masih boleh bertahan dan mengawal perasaan itu, tetapi sebaliknya dengan ibu yang mungkin lebih sedih sebagai isteri yang telah lama hidup bersama arwah.

“Bagaimanapun, Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja selepas ini. Ibu ada anak-anak dan cucu yang ramai di sisi,” ujarnya.

“Aidilfitri Yang Berbeza” Pertama Kali Sambut Raya Tanpa Bapa NABIL AHMAD Luah Rasa Rindu

Berkongsi kenangan raya bersama arwah bapanya, Nabil yang kini menumpang kasih dengan bapa mertuanya berkata, arwah seorang yang cukup penyayang dan suka melayan karenah cucu terutamanya ketika pulang beraya.

“Aidilfitri Yang Berbeza” Pertama Kali Sambut Raya Tanpa Bapa NABIL AHMAD Luah Rasa Rindu

“Banyak sangat kenangan dengan arwah dan sukar untuk disebut satu-satu. Apa yang pasti arwah ayah seorang yang cukup penyayang dan suka melayan cucu-cucunya.

“Mungkin sebab anak-anak semua sudah besar, jadi perhatiannya beralih kepada cucu,” kongsi bapa kepada tiga anak ini.

Dalam pada itu, Aidilfitri Nabil pada tahun ini juga sedikit berbeza apabila tidak dapat bercuti raya lama berikutan terikat dengan tugasannya sebagai penyampai radio.

“Aidilfitri Yang Berbeza” Pertama Kali Sambut Raya Tanpa Bapa NABIL AHMAD Luah Rasa Rindu

“Sebelum ini boleh cuti raya lama, tetapi sejak jadi penyampai radio di slot pagi kena rancang dan atur jadual betul-betul.

“Balik kerja, kena tidur dulu sekejap dan selepas itu barulah boleh bawa isteri dan anak-anak pergi beraya.

“Apa-apa pun, alhamdulillah sejak anak-anak dah besar semua urusan jadi lebih mudah sedikit berbanding sebelum ini,” katanya.

Kredit Foto: Instagram Nabil Ahmad

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI