Sejak kita terpaksa ‘berkurung’ dalam rumah dan Work From Home aktiviti memasak sudah semakin sebati. Ramai juga yang sedar penyediaan makanan yang sihat sangat penting untuk menjaga kesihatan dan memaksimumkan imun badan.

IKLAN

Mungkin sebab ini, alat penggoreng tanpa minyak atau air fyer menjadi ‘pujaan’. Tak hairanlah, resipi menggunakan air fryer ini menjadi antara carian tertinggi di Google. Terfikir juga ya, bagaimana cara air fyer ini bekerja.

Air Fyer Kini BINTANG Di Dapur, Ini Cara Bersihkannya Dengan Mudah & Berkesan
Foto Kredit: Shutterstock

Umumnya, air fryer mengedarkan udara panas selama proses memasak seperti ketuhar gelombang mikro atau microwave. Secara dasarnya, ia tidak menggoreng tetapi memanggang makanan.

Setiap hari masak guna air fryer sudah tentu ianya perlu dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak dibersihkan, ditakuti lebihan makanan yang mungkin tertinggal di dalamnya boleh menyebabkan air fyer cepat rosak.

Air Fyer Kini BINTANG Di Dapur, Ini Cara Bersihkannya Dengan Mudah & Berkesan
Foto Kredit: Shutterstock

Lebih bahaya apabila lebihan makanan yang tertinggal akan menyebabkan makanan yang dimasak tercemar sehingga boleh menjadi keracunan makanan.

Air fyer yang kotor juga boleh menyebabkan haba kurang panas sehingga menyebabkan lebihan tenaga elektrik diperlukan untuk memasak.

Air Fyer Kini BINTANG Di Dapur, Ini Cara Bersihkannya Dengan Mudah & Berkesan
Foto Kredit: Shutterstock

Cara Membersihkan Air Fryer

Langkah 1
Kumpulkan bahan-bahan yang diperlukan.

IKLAN
  • Span lembut
  • Microfiber cloth
  • Berus pencuci lembut
  • Kertas tisu
  • Sabun pencuci
  • Baking soda

Langkah 2
Pastikan air fryer sejuk. Jika baru sahaja lepas memasak biarkan ianya sejuk sekurang-kurang 30 minit. Bila dah sejuk keluarkan bahagian seperti bakul, tray dan pemanggang.

Langkah 3
Basuh bakul, tray dan pemanggang dengan air suam bersabun. Jika ada kesan lebihan makanan yang dibakar, rendam seketika. Kemudian bersihkan macam biasa. Jika masih berdegil, gunakan baking soda yang dicampur dengan air. Gosok pada bahagian tersebut sehingga kesan hilang.

IKLAN
Air Fyer Kini BINTANG Di Dapur, Ini Cara Bersihkannya Dengan Mudah & Berkesan
Foto Kredit: Shutterstock

Langkah 4
Bersihkan bahagian dalam air fryer dengan microfiber cloth atau span lembut yang diletakkan cecair atau sabun pembersih. Kemudian lap sehingga kering dengan kain bersih atau kertas tisu.

Langkah 5
Terbalikkan air fryer dan guna kain bersih atau span lembut untuk mengelap elemen pemanasan.

Air Fyer Kini BINTANG Di Dapur, Ini Cara Bersihkannya Dengan Mudah & Berkesan
Foto Kredit: Shutterstock

Langkah 6
Guna kain bersih atau span lembut untuk membersihkan bahagian luar air fryer tersebut. Kemudian gilap dengan kertas tisu.

Langkah 7
Masukkan kembali bahagian yang telah dikeluarkan tadi. Pastikan semua bahagian telah kering dengan sempurna. Air fryer sudah boleh digunakan semula.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI