Menarik perkongsian Datin Belina Abdul Hamid yang mesra disapa sebagai Datin Belina ini. Maka tak hairanlah anak-anak sangat akrab dengannya walaupun beliau menyifatkan dirinya seorang ibu yang tegas.
Berusia 34 tahun, Datin Belina merupakan ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Shahputra Nasri berusia 10 tahun, dan sepasang anak kembar perempuan iaitu Shahirah Safiyya dan Shahirah Silfiyya, masing-masing kini berusia enam tahun.
“Saya mengamalkan menyuap anak-anak ketika makan seperti mana yang diajar oleh ibu saya sendiri. Amalan ini dapat mengeratkan ikatan kasih sayang dan ikatan adik beradik.
Alhamdulillah berkat amalan itu hubungan saya dan adik beradik akrab sampai ke hari ini. Itulah yang cuba saya terapkan terhadap anak-anak agar keakraban itu kekal sampailah mereka dewasa nanti.
Saya percaya air tangan ibu sangat berkat dalam kehidupan seorang anak. Walaupun ada pembantu rumah tetapi memasak tetap menjadi tugas utama saya. Ini juga antara pesanan ibu saya sejak kecil.
Ads
Selain memasak, jangan kedekut dengan jiran tetangga. Selalunya saya akan masak lebih untuk sedekah kepada jiran-jiran. Sama-sama kongsi rezeki.”
Datin Belina turut mengamalkan solat berjemaah setiap hari bersama suami dan anak-anak.
DIDIK ANAK HIDUP BERSEDERHANA
Saya dan suami menerapkan cara hidup Islam dalam mendidik anak-anak. Kami banyak membaca dan merujuk buku-buku berkaitan cara-cara didikan Islam termasuk amalan Rasulullah SAW.
Ads
Manakala dari segi pendidikan pula kami sangat tegas. Kalau waktu bermain mereka bebas bermain tapi kalau waktu belajar mereka perlu fokus betul-betul. Saya seorang ibu yang sangat tegas maka anak-anak mudah mendengar kata.
Satu lagi didikan kami ialah mengajar anak-anak agar tidak bermewah-mewahan. Kami ajar anak-anak bagaimana susahnya untuk mendapatkan sesuatu. Kena usaha sendiri dan hidup bersederhana.
Ads
INSPIRASI WANITA LAIN
Untuk masa depan anak-anak, saya dan suami mendoakan agar mereka berjaya dalam apa jua bidang yang diminati.
Sebagai ibu bapa kami tak boleh memaksa asalkan mereka menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.”
Walaupun bergelar suri rumahtangga sepenuh masa, Datin Belina menjadikan wanita lain sebagai inspirasi terutama wanita yang bekerja.
Apa yang membuatkan Datin Belina kagum ialah kebolehan mereka dalam menguruskan hal kerjaya, keluarga dan diri sendiri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kata orang, seseorang wanita itu tampak lebih manis bila mengenakan tudung bawal. Betul ke? Hehe, terpulanglah pada citarasa masing-masing, yang penting apa jua fesyen yang digayakan haruslah menutup aurat selari dengan kehendak agama.
Bagi penyanyi terkenal, Wany Hasrita, dia juga lebih senang mengenakan tudung bawal berbanding selendang.
Cara Wany ‘Maintain Awning’ Sepanjang Hari!
Sempat bertanya caranya mengekalkan ‘awning’ tudung sepanjang hari, pelantun lagu Pedas itu ternyata ada jawapannya yang tersendiri.
“Berdoa je. Itu je boleh! (ketawa) Dan selain daripada itu, of course boleh spray (hijab starch) tapi saya tak berapa suka menggunakannya kerana ia akan membuatkan tudung menjadi terlalu keras.”
“Kita harus pandailah menggunakannya. Tapi yang paling normal adalah dengan berserah. Hari ini kalau tudung okay, okay. Kalau tidak reda sahajalah. ”
Teringat dulu waktu zaman sekolah ada yang siap masukkan plastik ke dalam tudung supaya terletak cantik.
Boleh ’emo’ seharian tau kalau tudung tak menjadi! Jadi yang mana sailihan anda? Bawal atau selendang?
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau dulu-dulu orang selalu cakap wanita tak payah belajar tinggi-tinggi akhirnya akan ke ceruk dapur. Tapi bila sekarang wanita berjaya menempatkan diri ke menara gading kemudian memilih untuk berniaga dikatakan mensia-siakan masa dan ijazah yang diperoleh pula. Itu yang dirasakan oleh pemilik Flashmoon Jewellery ini.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Antropologi Alam Sekitar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), kejayaan Siti Nur Afifah Nazula memperoleh pendapatan 5 angka dalam tempoh 2 tahun berniaga sememangnya wajar dijadikan inspirasi. “Memang, ramai yang cakap saya belajar tinggi tapi jual emas tiruan atau emas Korea ni.
Foto: Koleksi Peribadi Fifah Nazula
Walaupun saya tidak bekerja dalam bidang mengikut kelulusan tapi, setiap ilmu yang diperoleh ada manfaatnya. Sehingga kini saya tak pernah berhenti belajar terutama untuk menaikkan jualan dengan mengikut kelas di atas talian dan membaca buku-buku untuk menjadi usahawan berjaya. Usahawan yang berjaya pun selalu menuntut ilmu walaupun jualan mereka sudah capai juta-juta nilainya,” tutur anak kelahiran Kelantan ini membuka bicara.
Kagum dengan anak muda ini mengemudi hala tujunya dalam perniagaan. Lebih istimewa apabila anak ketiga daripada tiga orang adik-beradik ini mampu menyempurnakan perbelanjaan membawa ibunya menunaikan umrah hanya setelah lima bulan mengusahakan perniagaannya.
“Saya daripada keluarga yang sederhana. Mak buka kedai makan dan ayah pula kerja kerajaan. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dapat menokok-tambah keperluan perbelanjaan bawa mak pergi menunaikan umrah.
Walaupun tiada perkataan yang keluar dari mulut mak ketika saya nyatakan nak bawa pergi umrah namun daripada air mukanya saya tahu mak terharu dan bangga. Kemudian mak tak habis-habis cakap nak pergi lagi bawa ayah dan semua adik-beradik yang lain.
Memang itu azam saya nak bawa mak dan abah menunaikan umrah bersama-sama dengan hasil titik-peluh sendiri di masa akan datang,” ujar wanita yang mesra disapa Fifah ini.
JATUH BANGUN
Kejayaan milik wanita yang berusia 29 tahun ini bukan datang bergolek dan semudah yang disangka. “Saya mula berniaga sejak bergelar siswa lagi. Masa tu saya memberanikan diri buat produk sendiri hasilkan scrub madu kunyit tapi kerana kurang ilmu dalam perniagaan saya gagal cuma dapat pulang modal saja.
Walaupun gagal, saya tak putus asa cuba jual baju pula. Saya laburkan duit scrub madu kunyit untuk buat baju. Sekali lagi saya gagal kerana tukang jahit salah buat baju-baju tersebut dan saya terpaksa menanggung kerugian lebih RM7000. Sampai sekarang baju-baju tu ada lagi dan setengahnya dah disedekahkan kepada orang.
Saya juga pernah jual baju bundle namun akhirnya, saya dipertemukan dengan emas tiruan atau nama gelarannya emas Korea ketika berkunjung ke Perlis. Melihat permintaan yang tinggi saya cuba menjualnya dengan bermodalkan RM1000. Saya ingat lagi pendapatan pertama saya jual emas tiruan ini RM200 saja dan berjaya pulang modal hanya dalam masa sebulan.
Sudah menjadi rezeki saya tiba-tiba emas menjadi viral dan orang ramai mula mencari alternatif memakai emas. Bukan semua orang mampu nak beli emas tulen dan ada juga yang mampu beli emas tulen tapi mahu mempelbagaikan koleksi mereka. Saya memang tak sangka dapat sambutan luar biasa dan tak menang tangan.
Koleksi emas tiruan ini sama seperti emas tulen cuma memang tidak tahan lama, paling awal dua tahun mengikut kelasakan pemakai. Emas tiruan mudah pudar dengan penggunaan sabun dan peluh. Reka bentuk tetap sama, ada lipan, koko, daun ketum dan sebagainya.
Tahun pertama saya berniaga hanya melalui online dan kini sudah mempunyai sebuah kedai di Kota Bharu. Sepatutnya kedai ni dah mula beroperasi 1 Jun lalu tapi tertangguh kerana PKP 3.0. Saya menghabiskan lebih RM10 ribu untuk buat ubah-suai kedai tersebut,” tutur Fifah turut mempunyai agen menjual barangan kemasnya.
PENGURUSAN KEWANGAN
Tertarik mendengar Fifah berkongsi tentang pengurusan kewangannya. “Saya memang tak akan campur duit peribadi dan perniagaan. Saya mempunyai sebuah akaun khas untuk bisnes emas ini. Setiap bulan, saya akan asingkan kepada dua iaitu duit modal dan juga untung.
Duit modal saya akan ambil untuk rolling dan duit untung saya akan simpan. 10 peratus daripada duit untung saya akan ambil untuk simpanan syarikat. Saya juga mengambil gaji daripada keuntungan syarikat. Biasanya saya akan ambil RM3000 gaji sebulan dan mungkin lebih mengikut keuntungan setiap bulan,” katanya sambil tersenyum.
Setelah penat lelah mencari rezeki Fifah rewards diri dengan melancong. “Saya memang suka melancong dan kalau boleh nak pusing satu dunia. Sebelum dunia dilanda pandemik COVID-19 saya sempat melancong ke Guangzhou, China dan juga menjalani ibadah umrah hasil daripada pendapatan berniaga emas tiruan,” tutur Fifah yang merancang mempunyai runner sendiri untuk penghantaran barangan kemasnya tak lama lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bill Gates, lelaki terkaya di dunia pun masih ‘setia’ bantu isteri cuci pinggan di dapur walau hartanya mencecah USD110 bilion! Sudahlah kaya, berjaya, terkenal dan disanjung ramai… pengasas Microsoft yang juga bapa tiga anak ini tetap melakukan rutin sama sepanjang 25 tahun bergelar suami kepada Melinda Gates. Alahai, bertuahnya Melinda dapat lelaki budiman seperti Bill. Melinda Ann French dikatakan berjaya menambat hati Bill Gates ketika berkhidmat di Microsoft sebagai Pengurus Produk pada tahun 1987 sebelum kedua-duanya mengikat tali perkahwinan sekitar tahun 1994.
Mampu memiliki segala-galanya, pasangan berjiwa penyayang ini bagaimana pun tidak hanya mendiami rumah mewah bernilai USD124 juta malah sanggup membelanjakan USD45 bilion semata-mata bagi menjayakan pertubuhan amal mereka iaitu Bill & Melinda Gates Foundation. Sehingga kini, Bill & Melinda Gates Foundation mempunyai pembiayaan sehingga USD50.7 bilion.
Dalam sebuah wawancara bersama Editor Business Insider US, Alyson Shontell mengenai perkahwinan dan pelancaran buku terbarunya, The Moment of Life… wanita berusia 55 tahun ini mengakui dia dan Bill tetap mencari masa untuk melakukan kerja rumah bersama-sama termasuk urusan mencuci pinggan.
Bukan dia dan suami sahaja, bahkan rutin sama turut diterapkan kepada ketiga-tiga anak mereka setiap kali selesai menikmati makan malam. Ia sebagai satu bentuk pengajaran bahawa menguruskan rumah bukan tanggungjawab wanita sahaja sebaliknya perlu dilakukan semua ahli keluarga.
Jelasnya, “Kunci kepada utuhnya perkahwinan itu ialah apabila pasangan turut melakukan kerja rumah bersama-sama. Tidak kira membasuh baju atau menyediakan makan tengah hari. Rumah tangga akan jadi lebih ‘seimbang’ apabila masing-masing melaksanakan tanggungjawab berkenaan.”
Melinda ketika mudaKetika di High SchoolDi samping pengasas Alibaba, Jack Ma
Menjalin cinta selama tujuh tahun, Melinda mengakui tertarik dengan kepintaran Bill selain tidak menyangka CEO ini turut mempunyai sisi lucu yang tidak diketahui ramai. Selepas bertunang pada 1993, kedua-duanya pergi melawat negara Afrika dan sepakat mahu membantu golongan kurang bernasib baik keluar dari kepompong kemiskinan.
Dari situlah, idea menubuhkan Bill & Melinda Gates Foundation tercetus dan mahu menggunakan kekayaan yang dimiliki untuk kesejahteraan semua. “Adalah tidak adil apabila kami memiliki banyak kekayaan tetapi orang lain berada dalam keadaan serba kekurangan.”
Potret keluarga Bill & Melinda Gates
Bill dan Melinda memiliki sebuah rumah mewah yang dinamakan sebagai Xanadu 2.0 di Medina, Washington dianggarkan bernilai USD124 juta pada tahun 2016. Memetik kenyataan mereka dari The Mirror, pasangan suami isteri ini membesarkan ketiga-tiga anak mereka tanpa pengaruh gajet sehinggalah usia 14 tahun baru mereka dibenarkan memiliki telefon bimbit sendiri.
Setiap anak Bill dan Melinda dikhabarkan bakal mewarisi USD10 juta daripada USD98.1 bilion nilai kekayaan ibu bapa mereka. Sementara harta selebihnya diberikan untuk tujuan kebajikan.
Sumber: Reddit
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak pasti menjadikan ibu mereka sebagai sosok inspirasi dalam kehidupan. Tidak terkecuali, Lisdawati Nazaruddin yang mengagumi dan menghargai jasa ratu hati kesayangan hingga ke saat ini ...