Wahai ibu, jika harta setinggi gunung mungkin tidak ada untuk ditinggalkan kepada waris zuriat, tinggalkanlah anak-anak anda dengan ilmu agama sebagai bekalan dunia dan akhirat kerana anak-anak inilah bakal meneruskan doa kebahagiaanmu di akhirat nanti.

Pendidikan awal kanak-kanak bermula dari rumah. Setiap tindak-tanduk anda di hadapan mereka menjadi model sanjungan yang pertama dipelajari.

IKLAN

Dalam sabda Rasulallah S.A.W, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).” (Hadis riwayat Abu Daud).

Sebagai insan yang paling akrab dengan anak-anak, ibu perlu merencanakan pelan bagi memastikan si kecil anda tidak liat untuk menunaikan solat.

(1) Jadi contoh terbaik

Ibu bapa menjadi contoh paling dekat untuk anak-anak. Bagaimana anda menjaga solat, begitulah yang akan disaksikan oleh si kecil. Perhatikan anak-anak anda yang berusia sekitar dua tahun.

Jika disuruh mereka solat, mereka sudah tahu pergerakannya walaupun tidak sempurna. Oleh itu, ibu bapa perlu menjaga solat, lima kali agar si kecil boleh memulakan langkah untuk mengerjakan amalan wajib ini. Ingat, anak ketam

Jangan gunakan kekerasan dan paksaan untuk mendidik anak bersolat. Tindakan anda ini hanya akan menyebabkan mereka lebih sukar untuk menunaikan solat.

(2) Sediakan keperluan si kecil

Sediakan sejadah kecil untuk mereka. bagi anak perempuan pula, sepasang telekung comel boleh menarik perhatian mereka bersolat. Setiap kali anda bersolat, bentangkan sejadah kecil di sebelah anda supaya mereka tahu ia disediakan untuk mereka dan sudah tiba masanya untuk menunaikan solat.

Lebih molek sekiranya anda solat sebaik masuk waktu. Biarkan televisyen terbuka untuk mendengarkan azan. Anda perlu ingat, anda adalah contoh terbaik kepada anak-anak!

(3) Solat berjemaah

Amalan solat berjemaah banyak kelebihannya. Ia juga menjadi kelebihan kepada si kecil untuk lebih mendalami mengenai solat. Sentiasa ingatkan mereka bahawa solat adalah perintah Allah, bukan perintah ibu bapa. Tegaskan kepada mereka akan azab meninggalkan solat. Di sini anda perlu bijak menggunakan bahasa dan cara penyampaian.

(4) Jangan culas

Jangan sekalipun membiarkan si kecil meninggalkan solat. Sekali mereka culas dan kita sebagai ibu membenarkannya, maka mereka akan fikir solat itu mudah ditinggal. Asal penat atau malas, boleh pejam mata sahaja. Biasakan mengguna perkataan-perkataan lembut untuk memujuk mereka agar perkara wajib itu tetap dilakukan. Manakala anda juga, perlulah beringat-ingat untuk tidak culas!

IKLAN

(5) Dalami ilmu solat

Sentiasa ingatkan mereka bahawa setiap tindak-tanduk kita di atas muka bumi ini diperhatikan Allah. Ceritakan kepada mereka akan ganjaran yang disediakan Allah sekiranya kita menurut perintah-Nya serta azab yang akan diberikan sekiranya kita melakukan apa yang dilarang-Nya.

Dalam soal ini, kita bukan hanya memberi peringatan kepada mereka sebaliknya ia juga mengingatkan kita kembali akan tanggungjawab kita kepada Allah.

Ajari Anak-Anak Bersolat Sebelum Terlewat, 10 Tip Ini Wajar Anda Praktikkan Sebagai Seorang Ibu

(6) Sediakan rotan

Kekerasan atau paksaan tidak pernah digalakkan di dalam Islam. Sekiranya ada ketika si kecil malas atau sengaja meninggalkan solat, ambil sebatang rotan dan pukul tangannya perlahan. Cukup sekadar peringatan dan ingatkan kembali nasihat-nasihat yang terbaik.

IKLAN

(7) Bermula usia dua tahun

Di usia ini, si kecil biasanya mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari semua perkara. Mereka juga mula menunjukkan minat untuk fokus kepada sesuatu perkara. Ajar mereka sedikit demi sedikit, mulakan dengan pergerakan dan di selang-seli dengan bacaan.

(8) Hanya 15 minit

Peruntukkan hanya 15 minit untuk setiap sesi pengajaran kerana pada usia ini kadar konsisten paling penting daripada kadar masa.

(9) Produk pembelajaran

Alat bantuan pengajaran untuk ibu penting untuk membolehkan si kecil lebih memahami apa yang diperlukan. Kanak-kanak biasanya gemar belajar dari aspek berbeza dengan material lebih menarik.

(10) Ringan memuji

Setiap kali selesai solat, kucup dahi anak dan ungkapkan doa ke atas mereka secara kuat agar mereka dapat dengari. Tambahkan pujian ke atas mereka agar mereka rasa dihargai. Sifat positif dari kedua ibu bapa akan merangsang minda kanak-kanak secara positif juga. KR

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI