Nampaknya pereka fesyen tersohor ini tidak akan pernah berhenti memberikan kejutan kepada peminat-peminatnya. Dato’ Rizalman Ibrahim yang sebelum ini sudah mengeluarkan dua koleksi beg tangan laku keras bersama Sometime By Asian Designers menutup hujung tahun 2018 dengan rekaan terkini yang digelar Riclutch. Rekaan beg tangan ini diinspirasikan daripada kecintaan pencinta beg yang selalu memerlukan rekaan yang trendy serta memiliki nilai versalitili yang tinggi.

IKLAN

Atas sebab versatiliti dan praktikaliti yang menjadi keutamaan oleh Sometime By Asian Designers, rekaan beg Riclutch ini tampil dengan sembilan poket menjadikan beg ini senang digunakan dan pemiliknya boleh menyusun barangan secara teratur. Selain itu rekaan ini hadir dengan tali panjang yang boleh dibuka sebagai satu alternatif untuk menggayakan dengan labih laidback dengan menyandangnya di bahu.

Rona emas yang cukup menawan untuk ke majlis-majlis glamor atau parti

Selain rekaan yang cukup moden dan chic. Beg ini hadir dengan bahagian dalam berlapik suede sintetik untuk memberikan rasa lebih mewah serta tekstur luar yang kasar seolah-olah kulit kerbau. Namun tidak usah khuatir, tiada haiwan yang dicederakan dalam penghasilan beg ini kerana di Sometime by Asian Designers mereka tidak menggunakan produk berasaskan haiwan. Semua jenis bahan yang digunakan diadun secara moden memberikan tekstur seolah-olah kulit asli.

Anda juga boleh mendapatkan khidmat menempa nama di hadapan beg ini untuk satu pengalaman yang bersifat lebih peribadi

Rekaan ini akan dilancarkan apda 18 Disember 2018 di laman sesawang Sometime by Asian Designers dan ia boleh di dapati dalam rona-rona lembut seperti rona emas, merah jambu lembut, biru lembut, hijau zaitun, coklat mocha dan bermacam lagi.

IKLAN

 

 

IKLAN