Generasi 90-an pasti mengenali aktres filem ‘Main-Main Hantu’, Dato’ Nancie Foo, beliau kini minat main golf dan masih cergas usia 68 tahun!
Terpesona melihat kejelitaan wanita Cina yang dilahirkan pada 1957 dengan nama Foo Thye See ini. Dato’ Nancie Foo asal Sabak Bernam, Selangor itu segar membawa nostalgia indah layar perak zaman 80-an dan 90-an.
Dari pentas pertandingan ratu cantik Malaysia pada tahun 1979, jalan kariernya terbuka luas ke dunia lakonan. Bermula dengan siri ‘Drama Minggu Ini’ di RTM, lalu terus ke layar perak melalui filem sulung Bintang Pujaan (1981) yang melayakkan beliau bergelar Pelakon Harapan dalam Pesta Filem Malaysia ke-2.
Sejak mula berlakon pada akhir 1970-an hingga awal 1990-an, beliau pernah membintangi sejumlah filem popular seperti Pemburu (1982), Main-Main Hantu (1990) dan O.C.J. Operasi Cegah Jenayah (1992).
Setelah berkahwin dengan ahli perniagaan Wong Kang Yeow, Dato’ Nancie Foo dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Ai Dee, Ai Vee dan Ai Lee. Beliau pernah mengambil rehat panjang dari lakonan untuk menumpukan perhatian pada keluarga.
Hari ini, Nancie Foo bukan sekadar nama nostalgia, tetapi kekal relevan dengan peranan baharu. Beliau menubuhkan syarikat Produksi Seni 2020 bersama rakan kongsi Datin Dr. Wendy Wong pada tahun 1997.
Ads
Dato’ Nancie Foo lebih aktif di belakang tabir sebagai penerbit dan tokoh industri, menumpukan tenaga kepada produksi yang bernilai budaya dan berkualiti tinggi sambil terus menyumbang kepada perkembangan industri filem tempatan melalui peranan dalam persatuan dan festival.
Karier penerbitan beliau cukup cemerlang. Program dokudrama Kisah Benar pernah menjadi kegemaran ramai di TV3, manakala filem Red Haired Tumbler in Malaya merangkul Special Jury Award Festival Filem Malaysia 1995 dan dicalonkan ke Festival Filem New York.
Beliau juga aktif memegang jawatan dalam Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) selama lebih dari satu dekad serta pernah dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa penjurian Festival Filem Malaysia pada beberapa tahun, termasuk 2009 dan 2016. Usaha seni beliau turut diakui apabila menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2016.
Ads
Dato’ Nancie Foo membuktikan dirinya masih ligat dalam dunia seni dan budaya. Beliau turut diundang sebagai juri pratapis pertandingan Mrs Malaysia International Global 2024, selain hadir di konsert amal dan program televisyen bertema perayaan, tanda bahawa karier beliau kini tidak terikat hanya kepada satu ruang, tetapi meluas merangkumi penerbitan, seni persembahan dan acara amal.
Bahkan beliau masih aktif memegang beberapa jawatan penting dalam persatuan seni antaranya sebagai Bendahari Kehormat Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Artis Tanahair.
Pada usia 60-an, rahsia penjagaan dirinya terpancar daripada gaya hidup sihat yang kerap beliau kongsikan di media sosial. Beliau memulakan pagi dengan senaman ringan bersama rakan, kerana baginya tubuh yang sihat melahirkan minda yang segar. Aktiviti golf yang diminati menambah stamina, fokus dan kelincahan tubuh.
Ads
Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk kembali ke alam semula jadi sebagai terapi jiwa dan penguat semangat. Dalam pada masa sama, Dato’ Nancie Foo seorang foodie yang tahu meraikan diri dengan hidangan istimewa sesekali, namun sentiasa mengekalkan keseimbangan.
Di sebalik elegannya bergaya, inilah rahsia sebenar kesihatannya iaitu gabungan kecergasan, ketenangan, dan kemampuan menikmati hidup secara sederhana tetapi penuh makna.
Dato’ Nancie Foo ialah epitome seorang wanita yang berkembang mengikut zaman. Dari aktres jelita ke penerbit berwibawa, daripada bintang remaja ke ikon elegan, beliau mengekalkan relevansi tanpa kehilangan keanggunan. Dalam setiap langkah, terserlah jiwa seorang wanita yang tahu menghargai perjalanan, menghormati akar budaya dan paling penting, merai kehidupan dengan penuh kelas.
Mungkin bagi sesetengah orang berjaya menghabiskan menghabiskan 114 Surah dalam AlQuran adalah perkara biasa. Namun, tidak kurang juga yang berbangga dengan diri sendiri dapat khatam Al-Quran lebih-lebih lagi dengan bacaan dan tajwid yang betul. Ia merupakan suatu tanda aras pada diri mencapai sebuah kejayaan.
Kejayaan Erra Fazira khatam AlQuran baru-baru ini telah menyuntik inspirasi wanita lain untuk meneruskan bacaan walaupun dihambat dengan kesibukan tugas harian. “Alhamdulillah, happy moment! Setelah bertahun, akhirnya,” tulis wanita yang berusia 47 tahun ini di platform media sosialnya.
Foto: Instagram @errafaziraFoto: Koleksi Majalah Nona
Tergambar riak ceria di wajah pelakon utama Drama Gerak Khas ini sambil mengalunkan bacaan AlQuran. Tambahnya lagi, “Kali ni mencabar nak selesaikan (bacaan AlQuran) sebab cuti lebih banyak. Terima kasih ustaz di atas segala ilmu dan kesabaran mengajar kami. TAHNIAH!! Let’s do this again...!!” coretnya.
Teringat saat menemubual Erra Fazira ketika membuat sesi penggambaran bersama Majalah Nona tentang kerap dilihat menghadiri kelas mengaji atau cenderung ke arah program spiritual, jelasnya, “Sebenarnya aktiviti ini sudah lama saya aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Namun, kewujudan platform media sosial ini semakin memudahkan saya untuk berkongsi dengan peminat setiap aktiviti yang dilakukan. Seperti belajar mengaji Al-Quran saya lebih seronok mengajak teman-teman rapat untuk bersama-sama memperbaiki bacaan dan memperbetulkan tajwid.
Foto: Instagram @errafaziraFoto: Koleksi Majalah NonaFoto: Instagram @errafazira
Kadang-kadang timbul juga rasa malas untuk meneruskan pembelajaran tetapi kawan-kawan akan menjadi pemangkin menaikkan semangat untuk terus belajar. Namun, saya tetap menyimpan hasrat untuk mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna seperti yang tersemat dalam hati setiap insan yang bergelar Muslimat,” ucap pelakon filem Sembilu yang bergandingan dengan Dato Awie ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kembali tidur untuk melanjutkan mimpi, atau bangun tidur untuk mewujudkan mimpi.”
Haliza Maysuri.
Itu antara petikan kata-kata jutawan terkenal, Haliza Maysuri yang merupakan pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd. Maksudnya penuh tersirat, usah terus leka dengan apa yang kita ada sekarang.
Sebagai usahawan yang sudah banyak melalui pelbagai cabaran getir terutama ketika mula-mula berniaga, Haliza sentiasa tenang dan positif.
KONGSI TIP PERNIAGAAN
Selain gemar berkongsi hobi memasak di Instagram peribadinya, Haliza juga sering berkongsi nasihat dan tip-tip perniagaan khas buat para peniaga di Malaysia.
Haliza menitipkan 8 cara bagaimana untuk bangkit semula dalam perniagaan seterusnya kembali berada di landasan kejayaan.
Harus ada matlamat dan hala tuju syarikat. 5-10 tahun akan datang syarikat harus capai target contohnya dari menyewa kedai kecil, melangkah setapak lagi dengan menyewa butik yang lebih besar dan berterusan dengan membeli bangunan sendiri.
Jangan sesekali ‘merompak’ syarikat sendiri. Contohnya membeli barangan mewah dengan menggunakan duit syarikat. Sebaiknya, jadikan duit itu sebagai modal pusingan perniagaan bagi menjadikannya lebih besar lagi.
Bersama suami tersayang yang menjadi tulang belakang utama kepada Haliza.
Jangan ‘tidur’ terlalu lena dalam perniagaan. Walau sudah selesa sentiasalah tanamkan dalam diri yang perniagaan ini baru saja bermula. Jika terlalu leka dan tidur terlalu lena kita sendiri yang sebenarnya membuka peluang kepada pesaing untuk menguasai pasaran kita.
Sentiasa memahami kehendak pelanggan dan melayan sama rata setiap pelanggan dengan keikhlasan serta kejujuran. Kadang-kadang pelanggan kekal berpuluh tahun dengan kita adalah disebabkan layanan dan keikhlasan kita itu.
Dekorasi butik Bawal Exclusive. Mewahnya!
Selalu upgrade diri dalam mencari ilmu dan merangka strategi terkini.
Nawaitu kena betul. Niatkan “Saya berniaga demi anak-anak agar mereka hidup selesa, saya berniaga nak kaya supaya boleh bayar zakat yang banyak seterusnya boleh berkongsi manfaat bersama orang lain.”
Hati kena bersih. Jangan dengki dengan perniagaan orang yang lebih hebat. Itu rezeki dia. Rezeki kita Allah dah tetapkan.
Untuk berjaya dan kekal berjaya dalam tempoh yang lama, kita kena suka lihat orang lain bahagia dan berjaya. Kena suka setulus hati. Sokong sungguh-sungguh! Tidak bermuka-muka. Ketika kawan-kawan, adik beradik, kenalan lama, kenalan baru atau mereka yang baru kita kenal sedang meraikan kejayaan, kita support dengan cara kita. Raikan dengan jiwa telus dan tulus. InshaaAllah, kejayaan lebih mudah menghampiri kita.
Pengalaman berniaga di pasar malam serta pernah memiliki gerai kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur telah membina jati diri usahawan Bumiputera berusia 42 tahun ini.
Selama 22 tahun Bawal Exclusive kukuh di pasaran, bukan satu tempoh yang singkat. Pelbagai rintangan diharungi Haliza dan suami, Mohd Rosli Awang demi meletakkan label ekslusifnya itu di tahap gah bukan hanya di Malaysia bahkan luar negara.
Walaupun bergelar jutawan namun Haliza sentiasa menjadi seorang yang merendah diri. Ini kerana Haliza mengakui dirinya tidaklah terlalu hebat kerana berpendapat ramai lagi usahawan Malaysia yang lebih hebat darinya.
“Inilah saya seadanya, saya tidaklah hebat kerana ramai usahawan Malaysia yang lagi hebat dari saya, tapi saya dewasa dengan pengalaman.
“Moga pengalaman yang selalu saya kongsikan akan memberi manfaat kepada usahawan baru yang nak bermula, ataupun yang sedang jatuh nak bangkit semula.”
SAHABAT BAIK DATIN ANNE NGASRI
Haliza dan Datin Anne Ngasri sememangnya sudah saling bersahabat baik. Hubungan mereka umpama adik beradik. Kedua-duanya hebat dalam bidang karier masing-masing.
Memetik kata-kata Haliza yang pernah dikongsinya menerusi satu video pendek di Instagram:
“Sahabat yang cantik luar dalam. Bersahabat bukan sebab harta atau nama. Tidak pernah sekalipun cerita buruk orang, pendek kata cantik raut wajahnya secantik akhlak.
“Bukan memuji @annengasri_official eloklah dikongsi sebab ramai bertanya apa rahsia Datin @annengasri-official nampak muda remaja, cantik jelita.”
Semoga persahabatan dua wanita hebat ini berkekalan selamanya.
Kredit Foto: Instagram Haliza Maysuri
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bermula santai dan kelakar, telatah Izara Aishah serta Tya Arifin sebagai adik-beradik dalam drama pendek ‘Bagaikan Raya’ memang membuat penonton tak kering gusi. Lebih-lebih lagi berlakon sebagai Orang Utara! Pun begitu, jalan cerita semakin lama semakin menyedihkan. Emosi mula dibuai air mata.
Gandingan dua menantu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam drama pendek sempena kempen Aidilfitri Mutyara ini sememangnya tidak dijangka.
Jika selama ini sering melihat Izara Aishah dan Tya Arifin bersama sebagai satu keluarga, kali ini dua pelakon jelita itu ditemukan dalam satu produksi.
Tya dan Izara
Lakonan hebat Tya dan Izara layak dipuji
Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin merupakan pengasas Jamu Mutyara bersama suami, Asyraf Khalid serta pernah diiktiraf sebagai penyandang Nona Most Promising Entrepreneur Award di majlis Nona Superwoman Award 2020.
Berusia 27 tahun, Tya yang berasal dari Palembang, Indonesia juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa. Beliau sebelum ini pernah menempa nama sebagai pelakon dan penyanyi di Indonesia, malah sinetron Preman Pensiun antara yang paling melonjakkan nama Tya di sana.
Sementara itu, Izara atau nama penuhnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin pula merupakan seorang artis terkenal berusia 29 tahun. Isteri kepada Adib Khalid dan ibu kepada seorang puteri ini memulakan kerjaya awalnya selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 2009/2010.
“Kami dah biasa makan dan menghadiri acara bersama-sama. Bagi saya, Izara seorang pelakon yang hebat dan sangat senang bekerja dengannya.” Tya Arifin
Paling kelakar bila tengok Tya bawa watak Orang Utara, walaupun kedengaran agak kurang fasih tapi mampu dilindungi dari segi lakonannya yang mantap.
Memetik temu bual Majalah Nona bersama Tya tentang ibu-ibu mertua, rupanya banyak yang dapat dipelajari daripada karakter Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan YM Tengku Datin Sri Zawyah, umpamanya cara menjadi seorang ibu serta isteri yang baik.
“Saya ada tiga orang ibu (termasuk ibu sendiri) yang menjadi role model saya. Daripada mereka, saya belajar tentang erti kesabaran, kelembutan dan keikhlasan tanpa rasa iri hati.
Sifat Mama (YM Tengku Datin Sri Zawyah) contohnya, beliau selalu ada untuk anak-anak dan tak pernah bercakap ‘tidak’ demi kejayaan kami semua, tahu apa kesukaan setiap anak dan always over-deliver untuk gembirakan orang tersayang.
Manakala Mak Iti pula, saya belajar erti sabar, never give up dan sentiasa membalas perkara buruk dengan kebaikan. Itulah pelajaran berharga yang saya dapat daripada ibu-ibu saya.”
Drama pendek ‘Bagaikan Raya’ ini diinspirasikan daripada kisah duka pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan kehilangan orang tersayang. Ia boleh ditonton menerusi saluran YouTube.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.