
Alana Hadid kini bergelar isteri selepas melangsungkan perkahwinan dengan Ross Williams dalam satu majlis perkahwinan intim yang penuh gaya di Los Angeles.
Kakak tiri kepada supermodel Bella Hadid dan Gigi Hadid ini menambah seorang lagi ahli baharu dalam keluarga Hadid selepas majlis berlangsung pada 18 Oktober lalu.

Majlis Perkahwinan Di Kediaman Keluarga Hadid
Majlis perkahwinan Alana Hadid diadakan di halaman belakang rumah ayahnya, Mohamed Hadid. Usahawan terkenal itu mempunyai lima orang anak hasil daripada dua perkahwinan


“Kami mahu berkahwin di tempat yang mempunyai makna istimewa buat kami, jadi rumah ayah paling sesuai. Kemudian kami memikirkan masa terbaik untuk berkahwin ialah pada musim luruh di Los Angeles,” kata Alana Hadid dalam temu bual.
Pemilihan lokasi yang sentimental menjadikan majlis ini lebih bermakna dan peribadi buat pasangan tersebut.
View this post on Instagram
Persiapan & Busana Perkahwinan
Walaupun memilih konsep perkahwinan di rumah, Alana Hadid tetap memberikan sepenuh perhatian terhadap busana, hidangan pencuci mulut, serta perincian penting lain.
“Saya kini berusia 42 tahun dan telah lama menantikan hari perkahwinan ini!” ujar Alana penuh emosi.

Suaminya merupakan seorang penerbit televisyen yang pernah memenangi anugerah Emmy.
Pasangan ini pertama kali bertemu melalui aplikasi janji temu, dan hubungan mereka berkembang ke arah yang lebih serius sebelum akhirnya melangkah ke alam perkahwinan.
BACA JUGA: 15 Tahun ‘Berjuang’ Melawan Penyakit Lyme, BELLA HADID Semakin Jarang Muncul Di Pentas Fesyen Dunia
Penampilan Elegan Dengan Gaun Vivienne Westwood
Alana Hadid tampil anggun dalam gaun putih potongan off-shoulder dengan perincian drapery dan lengan tiga suku. Gaun vintaj Vivienne Westwood itu merupakan hadiah istimewa daripada butik koleksi selebriti, Tab Vintage.

Gaya ini menyerlahkan keanggunan serta sentuhan klasik yang menjadi identiti Alana.
Wanita berusia 42 tahun ini menata rambutnya dengan gaya berombak semula jadi dan melengkapkan penampilan dengan anting-anting besar serta choker berlian.

Veil panjang daripada kain tulle dengan sulaman bunga menambahkan aura romantis. Dikenali dengan gaya santai namun chic, penampilan perkahwinan Alana Hadid benar-benar mencerminkan keperibadiannya yang elegan dan effortless.
Perkahwinan Alana Hadid bukan sekadar penyatuan dua hati tetapi juga perayaan gaya hidup, cinta serta hubungan kekeluargaan yang erat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





