Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mengenang kembali saat pertama kali hatinya terdetik untuk mengenakan hijab lebih kurang sembilan tahun yang lalu.
Menurut Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, pada peringkat awal, niatnya untuk berhijab hanyalah sekadar untuk menutup rambutnya yang rosak.
Mila Tak Sangka, Niat Tutup Rambut Rosak Bertukar Jadi ‘Hidayah’
Namun, dia sendiri tidak menyangka alasan tersebut juga yang menjadi asbab dia ingin berhijrah ke arah yang lebih baik.
“Pada 2014, saya ingat lagi waktu itu yang rambut saya rosak teruk kerana kerakusan saya sendiri. Nak buat macam-macam jenis gaya. Sekejap kerinting, lurus balik dan macam-macam lagilah. Padan muka.
“Selepas itu, terdetik di hati saya untuk bertudung. Walaupun pada mulanya bertudung itu hanya kerana nak menutup rambut yang rosak tapi saya bersyukur kerana itu menjadi asbab saya bertudung.
Ads
“Alhamdulillah, Allah tidak membolakbalikkan hati saya. Walaupun pada awalnya niat itu tidak betul, alhamdulillah Allah betulkan juga niat tu dan saya dapat bertudung serta menutup aurat.
“Nak cakap fasal tak tahu, sebenarnya memang dah tahu dah pun. Cuma buat-buat tak tahu pada waktu itu,” katanya.
Ads
Kisah tersebut dikongsikan oleh juara program Akademi Fantasia musim ke-5 itu menerusi sebuah hataran video di laman Instagram miliknya.
Kita Semua Tak Sempurna, Moga Mereka Kembali Istiqamah
Video tersebut dikongsikan sebagai respon ekoran ramai rakan selebriti yang kini sedang diuji hingga memutuskan untuk tidak lagi mengenakan hijab. Mila turut menitipkan doa agar hati rakan-rakanya dijentik Allah untuk kembali istiqomah.
Ads
“Moga Allah tidak membolakbalikkan hatinya, memberikan hidayah dan bimbingnya ke arah kebaikkan. Kita semua ini tidak sempurna dan banyak dosa.
“Cuma tanggungjawab kita untuk menegur, kita sudah laksanakan. Tinggal doakan yang baik-baik je InsyaAllah,” kongsinya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Kehadiran Dato’ Sri Eizlan Yusof dalam dunia seni tidak datang dengan ‘tangan kosong’. Sudah pun merencana impian dan visi untuk membawa industri tanah air ke tahap lebih tinggi sejak awal pembabitannya pada tahun 1994, pemilik nama Idris Md Yusof ini berjaya membuktikan hasrat tersebut bukan satu omong kosong.
27 tahun berkecimpung dalam karier seni, beliau kini tidak hanya bergelar pelakon malah mendapat kepercayaan sebagai pengarah dan penerbit serta ahli perniagaan berjiwa besar.
Dilahirkan pada 14 Julai 1971, Dato’ Sri Eizlan bukan calang-calang selebriti. Beliau merupakan graduan Diploma Perniagaan dan Pengurusan dari Swansea Institute of Higher Education selain bakal menamatkan pengajian di peringkat Master of Science (Management) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Tidak cukup itu, beliau juga pernah menimba pengalaman dalam sektor korporat sebelum melangkah masuk ke arena hiburan dan masih menerajui syarikat korporat Midas Surplus Management Sdn Bhd sejak tahun 2012.
Bersandarkan kredibiliti yang ada pada dirinya, Dato’ Sri Eizlan turut diberi jawatan tinggi dalam organisasi seni negara. Antaranya selaku Ahli Perbadanan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Pengerusi Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS dan Pengerusi Skim Wajib Tayang FINAS. Beliau menjawat kesemua tugas itu hingga ke hari ini.
Terus melakar pencapaian membanggakan, nama Dato’ Sri Eizlan menjadi bualan ramai pada 1 November 2021 apabila dilantik sebagai Perunding Kreatif kepada Menteri Luar Negeri Malaysia, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah.
Menyentuh resipi kejayaan dan kemampuannya bertahan dalam industri selama hampir tiga dekad, Dato’ Sri Eizlan yang berpangkat Kolonel Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) lantas melontar bicara.
“Syukur ke hadrat ilahi atas kurniaan rezeki yang diberikan kepada saya dan keluarga. Atas kapasti individu, saya sentiasa mahu mengekalkan disiplin diri dan juga disiplin kerja yang diterapkan dalam diri daripada mula bergiat dalam seni sehingga ke hari ini.
Bantu-membantu, saling menghormati dan komunikasi yang baik sesama masyarakat juga amat penting apabila anda memasuki bidang kreatif. Saya sentiasa cuba untuk mengelak daripada terpalit dengan kontroversi atau situasi yang tidak baik sebab ia salah satu tanggungjawab selebriti.
Apabila menjadi public figure, secara tidak langsung kita perlu jaga tingkah laku. Setiap langkah yang diambil, kita kena fikir akibat yang bakal berlaku daripada perbuatan tersebut,” tegas bintang filem Lurah Dendam ini.
Ditanya kekuatan yang ada dalam diri dan patut dijadikan suri teladan kepada generasi baru, jawab suami Datin Sri Natasha Rosa Boudville ini, “Saya suka membantu orang yang memerlukan. Bantuan itu tidak semestinya wang ringgit tapi dalam banyak cara.
Selain itu, I’m a good listener dalam mendengar luahan orang dan cuba untuk menjadi seorang penasihat yang baik. Dalam masa sama, saya juga memerlukan pendengar dan penasihat yang baik juga supaya mereka boleh beri aura positif untuk kita terus mengorak langkah.”
Menjadikan bapa tersayang iaitu Allahyarham Md Yusof Abdullah sebagai idola dalam kehidupan, Dato’ Sri Eizlan pernah menjadi penyanyi kumpulan Impression dianggotai Dato’ Sani Salleh dan Norman Hakim. Bagaimana pun beliau terpaksa meninggalkan karier berkenaan kerana minatnya lebih menjurus dalam bidang lakonan.
Bagaikan tidak puas dengan kejayaan yang diraih, Dato’ Sri Eizlan semakin rancak melibatkan diri dalam medan keusahawanan. Beliau yang sebelum ini lebih selesa untuk tidak menggembar-gemburkan pembabitan dalam perniagaan kerana bimbang dikatakan riak, tampil berkongsi sisi peribadi dengan niat mahu menyuntik inspirasi.
Dalam diam, Dato’ Sri Eizlan merupakan Pengarah Kewangan bagi syarikat PT Barracuda Topcoal Almughni. Ia adalah sebuah syarikat perdagangan dan perlombongan arang batu yang beroperasi di Kalimantan Timur, Indonesia.
Difahamkan perniagaan tersebut membekalkan arang batu ke pasaran China dan sudah diusahakan sejak tahun 2008. Bermakna sudah 13 tahun Datuk Sri Eizlan bergelar tauke arang batu!
Semoga dengan perkongsian Dato’ Sri Eizlan ini memberi kekuatan semangat dan cetusan inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengejar impian. Nona percaya dengan pengaruh dan status selebriti yang dibawanya selama 27 tahun ini, Dato’ Sri Eizlan mampu meninggalkan impak besar kepada khalayak di samping menghasilkan pembaharuan dalam industri seni hiburan untuk kesejahteraan semua.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi mereka yang meminati dan menonton film ‘Syurga yang tidak dirindukan atau di bawah lindungan ka’bah’ pasti mengenali pelakon utamanya iaitu, Laudya Cynthia Bella.
Wanita cantik dari Indonesia ini bukan sahaja terkenal di Indonesia malah Bella terkenal juga di Malaysia dan mempunyai ramai peminat disini.
Menjadi pilihan hati ramai wanita muslimah diluar sana apabila Laudya Cynthia Bella mula berhijrah memakai hijab pada tahun 2015, Laudya Cynthia Bella juga terus berkarya di dalam industri dengan lebih semangat dan lebih menjadi diri sendiri.
Selepas perpisahan bersama Engku Emran pada Julai 2020, Laudya Cynthia Bella kini didakwa sudah berkahwin bersama kerabat diraja? Bagaimanapun tiada sebarang kenyataan tentang kesahihan isu ini dan dikhabarkan Bella ingin bersara dari industri seni.
Melalui kenyataan yang dihantar Laudya Cynthia Bella kepada pihak media Indonesia, Bella menyatakan bahawa beliau mahu bersara dari dunia seni.
Meski ia bukanlah perkara yang mudah buat Laudya Cynthia Bella, tetapi niatnya ingin bersara dari bidang seni sudah lama timbul dan kini sudah tiba masanya!
Menurut Laudya Cynthia Bella “Memang saya sudah pasang niat, tetapi manusia itu lemah. Semoga Allah membantu.” sumber Liputan6.
“Doakan saya. Insya-Allah, tiada filem lagi selepas ini. Semoga saya terus beristiqomah dan filem terakhir saya adalah ‘Buya Hamka”
Laudya Cynthia Bella juga turut memohon peminatnya akan terus mendoakannya. Dia juga mengatakan hasratnya ingin berjaya dunia akhirat dan banyak yang dia perlu belajar dengan statusnya sekarang.
Mungkin di sebalik pengakhiran mempunyai permulaan yang lebih baik. Dengan persaraan Laudya Cynthia Bella di dalam industri filem dapat membantu dirinya fokus sepenuhnya dalam bidang perniagaan.
Antaranya adalah, perniagaan tudung dan produk muslimah “L’ by Laudya Cynthia Bella yang terinspirasi dan mengikuti jejak bapanya yang berada di dalam bidang pembuatan tekstil.
Apa sahaja yang dipromosikan oleh wanita ini, pasti ramai yang beli dan menyokongnya. Selain dari hasil jualan kasut harian “Daily Darling” oleh Laudya Cynthia Bella, kita juga tahu bahawa Laudya Cynthia Bella juga mengambil bahagian dalam pelancaran QalbyApp Indonesia baru baru ini bersama Mizz Nina yang mewakilkan QalbyApp dari Malaysia.
Semoga Laudya Cynthia Bella diberikan kekuatan untuk terus beristiqomah dan peminat sentiasa menyokongnya walau apa pun.
Sekadar info, artikel ini merupkan artikel olahan semula dari HIJABSTA!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekalung tahniah Nona ucapkan buat atlet paralimpik, Datuk Abdul Latif Romly yang sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia. Kekal konsisten dan cemerlang dalam karier sukan, atlet kelahiran Perlis ini mempamer aksi membanggakan di pentas Sukan Para Asia 2022.
Lagu Negaraku berkumandang di Stadium Pusat Sukan Huanglong, Hangzhou, China apabila Datuk Latif Romly menggungguli acara olahraga lompat jauh lelaki T20 sekaligus membawa pulang pingat emas.
Ini merupakan koleksi kilauan pingat emas ketiga buatnya dalam temasya sukan berkenaan.
Dia melakukan lompatan terbaik pada percubaan keempat dengan 7.18 meter, selepas melakukan 7.08 meter pada percubaan pertama. Terdahulu, Datuk Latif Romly pernah menghadiahkan pingat emas buat negara di Sukan Paralimpik 2016 dan 2020.
Turut meraih kejayaan dalam acara itu ialah rakan senegara, Zulkifly Abdullah dengan pingat gangsa.
Berkongsi detik manis di media sosial, suami kepada Datin Nabila Farhana ini memanjat kesyukuran atas kemenangan yang diraih.
“Syukur Alhamdulilah mission complete. It’s a wrap for this year. World Para Champion 3x gold, Asian Para Games 3x gold. Allah sebaik-baik perancang.”
Datuk Abdul Latif turut dipilih mewakili Kontinjen Malaysia sebagai pembawa obor ke-59 pada acara Larian Obor Sukan Para Asia ke-4 Hangzhou 2022.
128 pembawa obor terlibat pada larian obor Temasya Sukan Para Asia 2022 pada 22 Oktober 2023.
Atlet berusia 26 tahun ini bergelar suami kepada seorang pendidik yang juga kenalan lamanya pada 13 Disember 2022.
Impian MimiFly sejak usia 20-an akhirnya jadi kenyataan apabila wajahnya terpampang di billboard ikonik Times Square, New York. Lebih daripada sekadar pencapaian peribadi, momen ini menempatkan MimiFly sebaris dengan penyanyi wanita Malaysia yang berjaya menembusi perhatian pencinta muzik global.