Ads

Allahuakbar! Hebatnya Doa DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD Tapi Ramai Tak Tahu Maknanya

Solat merupakan amalan paling penting selepas iman, malah ia disifatkan seumpama kedudukan kepala di atas badan. Tanpa kepala binasalah jasad seseorang. Begitu juga tanpa solat, hancurlah agama dan keimanannya.

Sebagai umat Islam, sudah tentu kita tahu tentang rukun solat serta cara-cara beribadat meliputi gerakan dan bacaannya. Jika direnung bacaan yang terdapat dalam setiap rakaat itu, hati kita pasti tersentuh dengan maknanya yang sangat mendalam.

Antaranya bacaan duduk di antara dua sujud (iftirasy) yang berupa doa atau permohonan. Ada lapan kata dalam bacaan ini, yang mana setiap kata itu merupakan sebuah doa tanpa disedari.

Sebenarnya boleh menitis air mata kalau kita faham makna doa-doa ni. Semoga ilmu bermanfaat dan ibadah kita semua diterima oleh Maha Pencipta.

(1) Rabbighfirli     Tuhanku, ampunilah aku…

Diam sejenak, hayatilah maksud ini semasa membuat bacaan. Buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.

Ads

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

(2) Warhamni     Sayangilah aku…

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih sayang Allah yang kita terima.

Ulangi beberapa kali hingga kita merasa cukup. Kemudian, berturut-turut sampaikanlah permintaan berikut secara satu persatu.

Ads

(3) Wajburni     Tutuplah aib-aibku…

(4) Warfa’ni     Angkatlah darjatku…

(5) Warzuqni     Berikan rezeki kepadaku…

Ads

(6) Wahdini     Berilah aku petunjuk…

(7) Wa’afini     Berikan kesihatan kepadaku…

(8) Wa’fuanni     Maafkan aku…

Setelah selesai, diamlah sejenak kemudian lahirkan rasa syukur kita kepada Ya Rabb.

Sesungguhnya lihatlah betapa besarnya maksud dan nilai doa ini. Ramai yang hanya membaca begitu saja tanpa memahami maksudnya. Malah dalam tidak disedari, kita sebenarnya sedang berpura-pura memohon sesuatu tapi tidak memahami apa yang dipohonkan. Renung-renungkan! Norzalina Mohd Alias

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Hazlin Hussain Minat Menjahit & Graduan Sarjana Al-Quran

Aura Bekas Personaliti TV Hazlin Hussain, Graduan Sarjana Al-Quran Ini Serba...

Tengok wajah Hazlin Hussain pasti ramai terkenang aura wanita ini ketika mengacarakan program dokumentari popular, 999! Tidak lagi aktif di kaca televisyen, bakat Hazlin dalam dunia penyiaran mula bersinar apabila dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2019.