Semenjak sektor pekerjaan menggalakkan majoriti kakitangan bekerja dari rumah, industri fesyen dan aksesori mula terjejas akibat permintaan yang merosot.

Selain almari baju, gantungan beg dan koleksi kasut pun sudah mula berhabuk. Hendak bergaya pun cukup sekadar di depan kamera, lama-lama akhirnya yang disimpan pun mereput kerana tidak dipakai.

IKLAN

Team Majalah Nona juga tidak terkecuali, apabila kami sendiri terpaksa menguruskan tugas secara WFH sejak awal Mei lagi.

Bagi yang suka mengumpul kasut, tentu buntu melihat deretan tumit tinggi yang ‘terbiar’. Nah, sampai masanya untuk mengemas dan tinggalkan yang ikonik saja dalam simpanan. Terutama sekali dari jenama pereka fesyen hebat, barulah terasa bagaikan berjalan terapung di awangan.

 

8 PILIHAN NONA

(1) Christian Louboutin So Kate Pumps

Tanpa ragu, reka bentuk yang paling klasik dan abadi dari Christian Louboutin. Tumit stiletto yang curam dan langsing akan memberikan kaki terbentuk dengan sempurna. Memadai jika anda miliki rona nude dan hitam.

 

(2) Manolo Blahnik Hangisi Pump

Terima kasih kepada filem Sex and the City membuatkan tumit tinggi ini meningkat naik dan popular serata dunia. Momen di mana Mr. Big melamar Carrie Brashaw dengan cara paling unik – tidak menyarung cincin berlian tetapi menyarung Manolo Blahnik Hangisi Pump rona biru laut.

 

(3) Saint Laurent Tribute Sandal

Ilham tumit tinggi ini sebenarnya berkisarkan kasut penari tiang tetapi direka semula dengan cara feminin. Platform ini memberikan ketinggian kasut sambil mengekalkan tahap keselesaan. Itu yang penting kalau nak pakai kasut tumit tinggi dengan yakin.

 

(4) Valentino Rockstud Pump

IKLAN

Chic dan moden, tumit tinggi ini mula diperkenalkan pada tahun 2010. Reka bentuk klasik dengan sentuhan rock-n-roll membuatkan ia cukup unik dan cantik sekali.

 

(5) Stuart Weitzman Nudist Sandal

Sandal ikonik ini direka untuk mendedahkan dan menonjolkan kulit pada kaki, memberikan rupa seksi. Didatangkan dalam pelbagai pilihan warna, rekaan ini menjadi pilihan ramai selebriti di karpet merah.

 

IKLAN

(6) Casadei Blade Pump

Kalau Meghan Markle lebih memilih Manolo Blahnik, Kate Middleton pula acapkali memakai rekaan Casadei. Rekaan minimalis membantu memanjangkan kaki, membuatkan ia tampak sempurna lebih-lebih lagi dipakai dengan little black dress.

 

(7) Gianvito Rossi The Plexi Heel

Rekaannya simple tetapi seksi dan elegan dengan bahagian lutsinar di tengah. Membuatkan anda tampak tinggi dan sempurna dan sesuai digayakan dengan apa gaya sekali pun.

 

(8) Tom Ford Ankle-Wrap Padlock Pump

Dipakai oleh selebriti seperti Kim Kardashian dan Jennifer Lopez, rekaan Tom Ford ini membuatkan penampilan tampak seksi walaupun sekadar berseluar jeans dan t-shirt polos putih. Fadhli Ismail