Tengok Sheera Iskandar ni terus ingat Gerak Khas. Memang namanya sudah cukup sinonim dengan drama kepolisan berkenaan. Malah, takdir Allah juga telah mempertemukan Sheera dengan seorang anggota polis sebagai suaminya.

IKLAN

Kuat betul penangan Gerak Khas dalam diri pelakon cantik ini sampai bertemu jodoh pun dengan anggota badan beruniform tersebut!

Semakin diulit bahagia sejak bergelar isteri pada tanggal 3 Mei 2021, Sheera bukan hanya aktres yang dikurniakan raut wajah cantik malah dia juga memiliki keperibadian yang menyenangkan. Melihat wajah jelitanya pasti mengingatkan peminat kepada pelakon veteran yang juga ibu Sheera, Aznah Hamid.

Amal Fish Oil & Folic Asid Demi Kesihatan, SHEERA ISKANDAR Makin Berseri & Bahagia Jadi Ibu! Amal Fish Oil & Folic Asid Demi Kesihatan, SHEERA ISKANDAR Makin Berseri & Bahagia Jadi Ibu! Amal Fish Oil & Folic Asid Demi Kesihatan, SHEERA ISKANDAR Makin Berseri & Bahagia Jadi Ibu! Amal Fish Oil & Folic Asid Demi Kesihatan, SHEERA ISKANDAR Makin Berseri & Bahagia Jadi Ibu!

Menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 3 Mei lepas, pastinya rumah tangga pasangan ini lebih bermakna lebih-lebih lagi apabila Sheera selamat bersalin anak sulung mereka iaitu bayi perempuan pada 22 Mei lepas yang diberi nama Puteri Long Harissa. Alhamdulillah!

Berita gembira itu disampaikan suami Sheera di Instagram, “Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi segala puji bagi Allah Yang Maha Esa. Isteri saya Sheera selamat melahirkan puteri kami pada 22-05-2022 jam 1931hrs.

Jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas PPUKM, doktor dan nurse yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri saya yang tercinta. Saya amat menghargainya Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Amin amin ya rabbal alamin.”

Amal Fish Oil & Folic Asid Demi Kesihatan, SHEERA ISKANDAR Makin Berseri & Bahagia Jadi Ibu! Amal Fish Oil & Folic Asid Demi Kesihatan, SHEERA ISKANDAR Makin Berseri & Bahagia Jadi Ibu! Amal Fish Oil & Folic Asid Demi Kesihatan, SHEERA ISKANDAR Makin Berseri & Bahagia Jadi Ibu!

IKLAN

Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, Sheera mendedahkan dia pernah menjalani pembedahan membuang cyst di ovari. Hasil pembedahan itu juga doktor dapati dia turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS.

“Doktor kata faktor penyakit ini adalah daripada keturunan dan genetik diabetic. Bila dah berumah tangga ni, lagi saya kena jaga. Sebelum bedah, bahagian yang ada cyst tu timbul tapi sekarang dah susut. Waktu saya kena bedah kalau tak silap tahun 2015. Masa tu saja pergi buat medical check up memandangkan umur pun dah lebih 30 tahun.

Start dari situ, saya jaga pemakanan dan elakkan makanan yang boleh aktifkan cyst tu balik. Alhamdulillah, kahwin ada rezeki dapat mengandung semula jadi tanpa apa-apa rawatan kesuburan.

IKLAN

Yang penting kena tahu keadaan badan macam mana. Jaga pemakanan itu penting.

Amal Fish Oil & Folic Asid Demi Kesihatan, SHEERA ISKANDAR Makin Berseri & Bahagia Jadi Ibu! Amal Fish Oil & Folic Asid Demi Kesihatan, SHEERA ISKANDAR Makin Berseri & Bahagia Jadi Ibu! Amal Fish Oil & Folic Asid Demi Kesihatan, SHEERA ISKANDAR Makin Berseri & Bahagia Jadi Ibu! Amal Fish Oil & Folic Asid Demi Kesihatan, SHEERA ISKANDAR Makin Berseri & Bahagia Jadi Ibu!

Sebelum kahwin lagi memang saya dah amalkan pengambilan folic acid dan fish oil. Saya dapat tahu saya hamil bulan September lepas.”

Semoga rumah tangga Sheera dan suami lebih bermakna dengan kehadiran puteri sulung di samping sukses dalam kerjaya yang diceburi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI