Suatu ketika dulu penyanyi era-90an Elda Susanti pernah popular dengan genre dangdut. Antara lagu hitnya ialah ‘Yang Ku Sayang’ dan ‘Kau Penggoda’.
Pada tahun 2002 Elda Susanti mula menyepikan diri dari industri seni sehinggalah 15 tahun kemudiannya dia membuat kemunculan semula dengan single duet berjudul ‘Bahtera Impian’ ciptaan Allahyarham Pak Ngah dengan genre world music dan etnik kreatif.
Kini naib juara Dangdut Star terbitan Astro ini masih aktif dalam aktiviti seni dan segala urusan kerjayanya diurus sendiri oleh suami yang merupakan bekas pemain drum kumpulan Rio, Syed Tawfik Syed Salleh.
AMALKAN JAMU SEJAK REMAJA
Dalam usia 38 tahun Elda Susanti sudah pun bergelar ibu kepada 7 orang anak berusia 16, 13, 12, 9, 7 dan 2 tahun, serta seorang bayi berusia 3 bulan. Kala ditanya apa rahsianya kekal langsing sama seperti zaman anak dara, ini jawapan Elda Susanti.
Ads
“Menjaga kesihatan dan pemakanan sangat penting bagi seorang wanita lebih-lebih lagi ketika berpantang. Makan ikut waktu dan elak makanan berlemak serta berminyak. Kurangkan juga minuman berais.
Saya juga pengamal makanan tradisional. Pilihan utama saya semestinya jamu kampung buatan ibu mertua. Kalau nak tahu, saya turut menjual jamu tradisi khas buat wanita dan lelaki. Selain itu, ulam-ulaman ‘wajib’ ada dalam hidangan saya setiap hari. Kadang saya curi masa untuk bersenam walau sekejap.
CABARAN IBU ANAK RAMAI Sebagai ibu anak 7 saya susun masa sebaik-baiknya agar teratur. Saya mempunyai 6 anak perempuan dan seorang anak lelaki. Cabarannya ketika awal-awal mereka nak membesar serentak. Letihnya hanya Tuhan yang tahu.
Ads
Kini alhamdulillah anak sulung dah remaja dan banyak membantu. Anak-anak juga tak banyak karenah. Mungkin sudah terdidik dengan cara berdikari.
Dari segi didikan saya buat mereka seperti kawan agar mereka dapat luahkan perasaan dan masalah. Be a good listener buat anak-anak. Terap kepercayaan dan kasih sayang kepada seluruh ahli keluarga. Pada masa sama saya tegas dalam segala hal lebih-lebih lagi tentang solat dan hukum agama.
Dari segi pendidikan saya cukup tegas. Hormati guru dan cari ilmu tanpa jemu agar berjaya dunia akhirat. Alhamdulillah anak sulung kini menuntut di sekolah berasrama penuh di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, dan yang kedua pula sekolah berasrama penuh di SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur.
Ads
Harapan saya agar mereka berjaya menjadi insan disegani, memiliki sahsiah yang baik, membanggakan keluarga, agama dan negara.”
17 TAHUN BAHAGIA BERSAMA SUAMI Walaupun beza usia Elda Susanti dan suami 16 tahun namun mereka kekal bahagia bersama. Kini hampir 17 tahun usia perkahwinan mereka. Memiliki suami yang berusia 54 tahun menjadikan Elda Susanti seorang isteri dan ibu yang matang.
“Untuk kekal bahagia, suami isteri perlu saling melengkapi kerana kita tak sempurna. Saling menghormati dan komunikasi sangat penting. Jangan diam jika ada sesuatu yang janggal. Berterus terang lebih baik tapi cari masa yang sesuai.
Hormati keluarga pasangan dan tunjuk kasih sayang depan anak-anak. Pertuturan yang baik menjadikan keluarga aman damai,” kongsi Elda Susanti yang kini bergelar warga pendidik sebuah sekolah agama di Lembah Kelang. Dia juga mengusahakan bisnes makanan dan jamu tradisi secara sambilan.
Kredit Foto: Instagram @eldasusanti_official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Laluan Hanoi-Ho Chi Minh kini dikhabarkan sebagai antara 7 laluan penerbangan terbesar di dunia. Ditambah faktor tambang murah dan peningkatan jumlah pelancong di Vietnam, maka tidak hairanlah jika VietJet Air menempa laluan mudah dalam industri penerbangan antarabangsa.
Ditubuhkan oleh seorang wanita, Nguyen Thi Phuong Tuo, 47, melancarkan syarikat penerbangan ini pada tahun 2011. Gimik pelancaran VietJet Air yang menggunakan pramugari seksi berbikini cepat tersebar dan meniti dari mulut ke mulut.
Menurut Forbes, nilai kekayaan Nguyen hari ini dianggarkan sekitar $1.57 bilion di bawah syarikat Sovico Holdings. Selain VietJet Air yang menawarkan 300 penerbangan setiap hari, beliau juga melabur di HD Bank dan sektor hartanah, termasuk 3 buah resort di pesisiran pantai.
Sebagai ibu kepada 2 cahaya mata, isteri kepada Nguyen Thanh Hung itu mula mendapat idea untuk melancarkan syarikat penerbangan tambah murah semasa menjadi seorang peniaga, iaitu semasa beliau menjangkakan permintaan terhadap pengangkutan udara di Vietnam bakal meningkat.
Nguyen memiliki kelulusan PhD Pengurusan Ekonomi dari D. Mendeleev University of Chemical Technology of Russia dan Ijazah Pengurusan Ekonomi & Kewangan dari Plekhanov Russian University of Economics.
Minat dalam perniagaan disemai melalui pengalamannya mengedarkan barangan ke Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan, sebelum akhirnya beliau menubuhkan VietJet Air dan Sovico Holdings.
“Saya sentiasa menyasarkan sesuatu dalam skala besar. Apabila orang lain meniaga satu kontena, saya sudah pun meniaga beratus-ratus kontena.”
Forbes menyenaraikan Nguyen sebagai di antara wanita paling berkuasa dan di antara individu terkaya di dunia.
Meskipun sering menduduki takhta artis berjaya dan terkaya di Indonesia, wanita ini belum puas – selagi namanya tidak menawan dunia. Kejayaan penyanyi terkenal, Agnes Monica atau kini dikenali Agnez Mo menembusi pasaran muzik Amerika Syarikat sememangnya didorong sifat beliau yang tidak pernah berhenti belajar.
“Saya hanya ingin maju ke depan, dalam setiap momen di kehidupan saya, saya tidak ingin hanya mengenang masa silam.
Saya mahu fokus pada cara meningkatkan diri agar menjadi lebih baik. Jadi, ya, saya adalah pelajar yang baik, selamanya.” Agnez Mo
Agnez Mo menghadiri majlis pelancaran ‘Bling Empire’ Musim 2 Netflix di Los Angeles
Persembahan Agnez Mo sempena Synchronize Fest 2022
Berusia 36 tahun, wanita cantik berketurunan Cina dengan nama penuh Agnes Monica Muljoto dari Jakarta itu pernah melakar sejarah sebagai selebriti terkaya di Indonesia dengan nilai pendapatan kasar $16 juta (RM75 juta).
Beliau mula dikenali sebagai penyanyi, pelakon dan penari sejak zaman kanak-kanak lagi. Namanya mula melonjak naik pada awal 2000 dan sejak itu Agnez Mo terus bangkit serta digelar penyanyi Indonesia yang paling banyak menerima anugerah.
Memilih pusat industri hiburan dunia iaitu Amerika Syarikat, Agnez Mo akhirnya tekad berhijrah untuk mengembangkan bakatnya ke luar negara.
“I’m not building a career. I’m creating a legacy.” Agnez Mo
TIP BERJAYA
Melalui temu bual Kumparan bersama Agnez Monica, selebriti terkenal ini berkongsi tip kejayaannya hingga berhasil membina nama di pentas antarabangsa.
Berhenti menguruskan kehidupan orang lain dan fokus pada diri sendiri.
Jangan menyalahkan orang lain di atas hal yang menimpa kita.
Yakin bahawa bangsa yang besar adalah bangsa yang belajar, bukan bangsa yang berbicara atau mencari-cari kesalahan orang lain.
“Mulailah dengan mengurusi urusanmu sendiri. Itu mungkin merupakan solusi terbaik untuk segala hal. Berhentilah menyalahkan orang lain atas kemalangan yang kamu hadapi.” Agnez Mo
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
Semoga tip Agnez Mo ini memberi manfaat kepada ramai wanita Malaysia agar tidak terus bertahan dalam zon selesa. Usah mudah rasa selamat!
Sumber: Kumparan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak puas tengok muka isteri Faiz Sabari, Rozana Mumtaz. Sekali pandang mesti hendak toleh berkali-kali. Berpeluang bertemu dengan pasangan suami isteri perancang perkahwinan terkenal, Reka Teemor baru-baru ini… penulis sempat bertanyakan tip yang diamalkan Mumtaz hingga kekal menawan pada usia 42 tahun.
Tersipu malu dan menganggap dirinya ‘biasa-biasa’ saja, wanita berketurunan Afghanistan sebelah ibu dan Pakistan dari pihak bapa ini akhirnya terbuka untuk berkongsi petua tradisi ibunda tersayang. Dalam nada rendah diri, “Tak ada petua sangat, cuma masa datang bulan saya tak boleh minum air sejuk. Mak memang tak bagi sebab dia kata nanti badan lemah. Selain itu, saya juga suka mandi air panas… yang betul-betul panas pada waktu malam. Pagi pula saya akan mandi air sejuk.
Jujurnya, saya bukanlah orang yang suka air cond sangat. Kalau bab minum, saya suka letak lemon dalam minuman. Soal makan, tak dinafikan saya seorang yang suka makan. Tapi jenis yang makan berulang-ulang sebab saya akan ambil portion tu sedikit-sedikit.”
Tatkala ditanya tentang rutin senaman, ini jawapan telus Mumtaz. “Bila buat event, satu perkara yang akan saya pastikan ialah saya tak duduk. Dari mula rehearsal sampailah habis event pukul 1 pagi memang saya tak akan duduk. Check itu ini sebelum mula majlis. Setiap minggu itulah exercise saya.”
Terkenal dengan kreativiti dan hasil kerja yang mengagumkan sebagai perancang perkahwinan mewah di kalangan VVIP, Mumtaz dan suami merupakan pasangan yang bersederhana dan tidak bergantung kepada barangan berjenama mewah. Jika ada masa terluang, mereka sekeluarga pasti akan pergi bercuti. Lazimnya, mereka memilih destinasi percutian yang berbeza daripada sebelumnya.
“Kami suka travelling sebab sebagai designer Faiz perlu sentiasa jalan untuk lihat apa yang baru di luar sana. Kami jarang shopping (baju dan aksesori) sebenarnya. Shopping kami adalah dengan membeli barang-barang atau aksesori yang boleh digunakan untuk rumah atau wedding.
Potret keluarga Mumtaz di samping suami & anak perempuan
Sekarang ni kami cuba pergi ke pantai atau laut untuk dapat inspirasi… ketenangan, dalam masa sama dapat kenal warna biru yang berbeza-beza untuk perbaiki hiasan alam semula jadi yang kami buat. Orang Malaysia ni suka garden, suka nature. Sebab itu kami selalu fikir macam mana nak hasilkan hiasan taman yang lain daripada biasa.
Kalau pergi bercuti adalah dalam tujuh ke 10 hari tapi tak lebih daripada 2 minggu. Sepanjang bercuti tu jika ada barang yang jumpa dan berkenan di hati memang beli. Kalau harga mahal, beli satu dua pun jadilah,” ceritanya sambil ketawa.
Tambahnya lagi, “Kami tak shopping sangat. Ada juga beli barang jenama dalam satu atau dua tapi tak ada sampai satu almari. Saya masih belajar untuk mendalami dunia kecantikan. Cuma saya akan pastikan apa yang dipakai minimalis dan on point. Tak perlu yang mahal-mahal… to us pakai yang classic dan tak melampau. Kami pentingkan lifestyle.Make sure klien selesa dengan kita. How we dress, tengok occasion. Pakaian ikut tempat itu penting, tak semestinya mahal tapi biarlah elok dan kemas.”
Meniti usia perkahwinan 15 tahun, Mumtaz dan Faiz dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Dhiya Batrisya Norfaiz yang kini berumur 13 tahun.
Foto: Instagram Reka Teemor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka dari sebuah rumah teres usang menjadi kediaman sentuhan moden elegan, jari-jemari emas Ashikin Amran terbukti berhasil mix & match hiasan tanpa bocorkan kocek.