WARDINA SAFIYYAH

Lama tak dengar khabar personaliti cantik Wardina Safiyyah. Sejak memutuskan untuk berhijrah ke Australia demi menyambung pelajaran pada tahun 2014, nama Wardina jarang menghiasi dada akhbar atau media cetak dan elektronik. Namun, peminat jelitawan ini tetap setia mengikuti perkembangan Wardina yang aktif di media sosial.

IKLAN

Wardina atau nama penuhnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot kini berusia 41 tahun. Walau dah meniti usia 40an, keanggunan pelakon yang pernah popular dengan sitkom Spanar Jaya berkenaan tetap terserlah.

Ketika usia remaja lagi Wardina sering menjadi inspirasi wanita muda kerana kecantikan dan keperibadian yang dimiliki. Rupa paras menawan Wardina kini diwarisi anak perempuan sulung, Amna Nafeesa berusia 18 tahun.

Menerusi perkongsian potret raya sekeluarga, rata-rata peminat mengagumi kecantikan Wardina. Apatah lagi apabila ketiga-tiga anaknya semakin meningkat dewasa dan cantik.
Bahagia menetap di Brisbane, Wardina yang sudah meninggalkan industri seni meluahkan rasa gembira sepanjang pernah bergelar anak seni.

Anak-Anak Dah Besar, Potret Raya WARDINA SAFFIYAH Di Australia Tarik Perhatian! Anak-Anak Dah Besar, Potret Raya WARDINA SAFFIYAH Di Australia Tarik Perhatian! Anak-Anak Dah Besar, Potret Raya WARDINA SAFFIYAH Di Australia Tarik Perhatian!

Malah bekas model, pelakon dan pengacara ini juga ada berkongsi kenangan menjayakan sitkom Spanar Jaya di samping pelakon hebat seperti Ahmad Idham dan Allahyarham Zaibo tidak lama dulu.

“One of the best times of my life. For years I would spend my whole day and weeks and months in the studio recording the sitcom at Shah Alam. It was more like my home. From a young, lost actress until I found myself again, grew more mature, got married and had a baby!

Even baby Amna was featured in the sitcom. Memories will remain with me forever. Thank you everyone, thank you for everything – to all I have crossed path with – hope we meet again. I remember almost everyone in the studio! Remember me and the good times we had ok?

We move on but we shall never forget. We hang on to the good memories and we learn from the bad. Such is life. Nothing stays forever.”

IKLAN
Anak-Anak Dah Besar, Potret Raya WARDINA SAFFIYAH Di Australia Tarik Perhatian!
Kenangan berlakon bersama Allahyarham Zaibo di samping anaknya Amna suatu ketika dulu

Anak-Anak Dah Besar, Potret Raya WARDINA SAFFIYAH Di Australia Tarik Perhatian! Anak-Anak Dah Besar, Potret Raya WARDINA SAFFIYAH Di Australia Tarik Perhatian! Anak-Anak Dah Besar, Potret Raya WARDINA SAFFIYAH Di Australia Tarik Perhatian! Anak-Anak Dah Besar, Potret Raya WARDINA SAFFIYAH Di Australia Tarik Perhatian!

Mengikuti perkembangan Wardina di media sosial, wanita kacukan Acheh-Australia ini aktif berkongsi situasi semasa di serata dunia khususnya berkaitan Islam. Malah, keadaan bergolek yang berlaku di Palestin turut menarik minat Wardina untuk membela nasib rakyat di sana.

Wardina mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Ikhwan Johari pada tahun 2002. Hasil perkongsian hidup selama 19 tahun, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera berusia 15 tahun dan Imran Arrazi, 12 tahun. Selama menetap di Australia, Wardina berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Psychological Science di sebuah universiti di sana pada tahun 2017.

IKLAN
Anak-Anak Dah Besar, Potret Raya WARDINA SAFFIYAH Di Australia Tarik Perhatian!
Tamat pengajian dalam bidang Psikologi
Anak-Anak Dah Besar, Potret Raya WARDINA SAFFIYAH Di Australia Tarik Perhatian!
Sambut raya tahun 2018
Anak-Anak Dah Besar, Potret Raya WARDINA SAFFIYAH Di Australia Tarik Perhatian!
Sambut raya tahun 2018


Amna Nafeesa, anak perempuan sulung Wardina bukan hanya mewarisi wajah cantik ibu tersayang. Bahkan gadis ini turut mewarisi kebijaksanaan kedua-dua ibu bapa apabila berjaya menamatkan International Baccalaureate (IB) Diploma Programme iaitu program prauniversiti melibatkan pelajar berusia di antara 16 hingga 19 tahun. Sejuk perut ibu mengandung!

 

 

Kredit : Instagram Wardina Safiyyah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI