Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Ternyata peribahasa Melayu ini amat sesuai digunakan untuk keluarga pelakon hebat Farid Kamil dan juga isterinya, Diana Danielle. Melihat anaknya Muhammad yang kini sudah mula berkecimpung dalam dunia lakonan, pasti akan mengikuti jejak langkah ibu bapanya itu. 

IKLAN

Anak Berlakon Seawal Usia 10 Tahun, DIANA DANIELLE Mahu Muhammad Kekal Komited & Beri Yang Terbaik

Pastinya sebagai ibu, ia bukanlah perkara mudah untuk melihat anak sulung mereka, Muhammad Kamil mula berjinak dalam dunia serba warna-warni itu. Bagi Diana Danielle, 31, niat di hati ingin melihat Muhammad membesar seperti kanak-kanak lain, namun mana mungkin dia menghentikan minat Muhammad terhadap bidang lakonan? 

Anak Berlakon Seawal Usia 10 Tahun, DIANA DANIELLE Mahu Muhammad Kekal Komited & Beri Yang Terbaik

Tambah Diana, jujurnya dia berbangga melihat anak sulungnya itu sudah bijak dan pandai melayari perjalanan sebagai seorang anak seni. Biarpun masih baru dan ada kalanya merengek kepenatan, namun Diana akui anaknya itu benar-benar menunjukkan minat yang mendalam terhadap seni lakonan. Biarpun masih berusia 10 tahun, Muhammad komited dengan tanggungjawabnya memegang watak yang digalas dalam filem Remp-it 2.

Anak Berlakon Seawal Usia 10 Tahun, DIANA DANIELLE Mahu Muhammad Kekal Komited & Beri Yang Terbaik

Pun begitu, Diana mahu memastikan anaknya itu memandang serius dalam setiap perkara yang dilakukan. Tidak mahu digelar sebagai ibu yang syok sendiri, pelakon yang pernah membintangi filem fantasi Magika itu seringkali mengingatkan kepada Muhammad tentang rentak sebenar dunia lakonan.

Saya seringkali menasihati Muhammad bahawa lakonan bukan perkara yang main-main. Ada masanya akan rasa penat dan bosan. Berlakon juga tidak mengira waktu dan harus menyelesaikan segala tanggungjawab yang sudah diamanahkan.

Anak Berlakon Seawal Usia 10 Tahun, DIANA DANIELLE Mahu Muhammad Kekal Komited & Beri Yang Terbaik

Melihat persembahan cemerlang anaknya dalam filem Remp-it 2 arahan suaminya, Farid Kamil, 41, dia meluahkan rasa syukur kerana menerima maklum balas yang positif dari orang ramai. 

IKLAN

Sebagai ibu yang tegas dan juga seorang pelakon, saya mahu pastikan hasil lakonan Muhammad boleh dibanggakan. Saya juga tidak hanya menceritakan tentang perkara manis bergelar pelakon, malah saya kongsikan juga perkara pahit untuk bergelar pelakon.

Anak Berlakon Seawal Usia 10 Tahun, DIANA DANIELLE Mahu Muhammad Kekal Komited & Beri Yang Terbaik

Sungguh, pembikinan filem tak seronok, tetapi yang seronok apabila kerja sudah selesai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muhammad (@chemad7)

Pemegang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM 29) itu berkata, penglibatan Muhammad dalam dunia lakonan ialah dari minat anaknya sendiri. Apatah lagi apabila dia ketahui filem itu adalah hasil arahan dan terbitan bapanya, Muhammad lebih teruja untuk membintangi filem tersebut.

Anak Berlakon Seawal Usia 10 Tahun, DIANA DANIELLE Mahu Muhammad Kekal Komited & Beri Yang Terbaik

IKLAN

Muhammad sendiri ingin berlakon apabila mengetahui ayahnya menghasilkan filem mengenai motosikal. Setiap hari, Muhammad merengek minta ayahnya nak berlakon bersama. Jadi, saya dan Farid harus menyokong semangatnya.

Biarpun ia sedikit berbeza dari kehidupan seorang kanak-kanak biasa, namun Diana dan suaminya yakin dengan membiarkan Muhammad melakukan apa yang disukainya dapat memberi kebaikan kepada anak sulungnya itu di masa hadapan.

Terdahulu, Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Hasil perkahwinan, Diana dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 6.

Sumber: Berita Harian Online

Sumber gambar: Instagram Diana Danielle

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI