Tengah ralit tengok wajah terkini selebriti beraya, ternampak pula foto selebriti cantik Zakiah Anas dan keluarga. Wow, macam tak makan dek usia! Tetap anggun dan memukau seperti dulu. Paling tak sangka, sudah ‘besar panjang’ anak-anak Zakiah Anas ini. Segak dan lawa… iyalah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Memang mewarisi kecantikan ibunda tersayang.
Agak lama tidak mendengar khabar tentang Personaliti TV Popular, Zakiah Anas. Sejak mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012 nama Zakiah Anas seakan menyepi dalam dunia penyiaran.
Memandangkan tumpuan utamanya kini lebih kepada keluarga tercinta namun kerinduan Zakiah Anas terhadap dunia pengacaraan masih membara. Apatah lagi, sayang rasanya jika pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang tersebut disia-siakan begitu saja.
Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen, kelibat Zakiah Anas hari ini sering dilihat di majlis-majlis rasmi sebagai pengacara anjuran syarikat swasta dan kerajaan. Bukan hanya manis dengan penampilan sopan dan bertudung, wanita yang sudah melewati usia 50 tahun ini masih kelihatan sihat dan menawan seperti zaman kegemilangannya suatu masa dulu.
Di samping suami tercinta
Ads
Berkongsi di IG miliknya, Zakiah bukan hanya aktif mempromosikan produk busana muslimahnya, ‘by Zakiah Anas’ bahkan ibu cantik ini juga gemar berkongsi wajah anak-anaknya yang kini semakin meningkat usia. Anak lelaki sulung, Aiman Muzzammil misalnya sudah berusia 25 tahun sementara anak kedua pula berumur 23 tahun.
Bersama anak sulungAnak kedua Zakiah Anas
Biarpun anak-anak dah besar tapi jelitawan ini tetap mencuri perhatian kerana penampilannya yang kekal awet muda.
Ads
Melihat perkembangan terkini Zakiah seolah-olah tiada apa yang berubah melainkan penampilannya yang lebih sopan selepas memutuskan untuk memakai hijab. Ternyata, nampak lebih ayu dan manis dipandang.
Terdetik untuk mengetahui rahsia tubuh langsing seorang ibu dan pengusaha label Anas by Zakiah Anas ini, Nona sempat menjengah laman media sosialnya @zakiah_anas. Sekian lama tidak mengikuti perkembangan Zakiah, rupa-rupanya figura ini gemar melakukan sukan lasak sambil ditemani suami dan rakan-rakan. Oh, patutlah kekal slim!
Ads
Disebabkan menggemari aktiviti hiking, Zakiah pernah menawan beberapa puncak seperti di Gunung Keriang, Kedah. Antara rakan-rakan yang berkongsi hobi sama seperti Zakiah termasuk Datin Nor Azlina Redzuan, Che Puan Azrinaz Mazhar Hakim dan Ruhil Shafinaz.
Salute semangat kental Zakiah meskipun usia sudah mencecah 50 tahun!
Kredit: Instagram Zakiah Anas
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amboi, lawanya anak gadis Datuk Afdlin Shauki! Berusia 21 tahun, Mia Sara Shauki yang merupakan anak sulung kepada pelakon komedi dan penerbit popular ini rupa-rupanya mengikut jejak langkah ayahanda tersayang dalam dunia seni.
Selain berbakat besar dalam bidang lakonan… Mia Sara juga ada bakat menyanyi. Memang jelas terbukti darah seni dan bakat Datuk Afdlin ‘mengalir’ dalam diri gadis cantik ini. Bak kata pepatah lama, ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.’
Sempena pelancaran sitkom TV Disney Wizards of Warna Talk semalam, pengarah filem Papadom dan personaliti televisyen yang sudah berkecimpung dalam industri seni tanah air selama bertahun-tahun ini mengakui agak keberatan jika ada di antara anak-anaknya memilih kerjaya seni seperti beliau.
Ujar Datuk Afdlin, “Saya dah lalui pelbagai suka duka dalam bidang ini dan pengalaman tersebut membuatkan saya sedikit skeptikal untuk membenarkan anak-anak terlibat dalam industri ini.
Namun apa yang saya lihat sekarang, anak-anak saya dah mula menunjukkan minat dalam bidang seni. Salah seorangnya meminati muzik, seorang lagi sudah mula berlakon sementara anak yang bongsu pula sangat tertarik dengan muzik K-Pop.”
Buat pertama kalinya, Datuk Afdlin dan Mia Sara bergandingan dalam sitkom terbaru Disney Wizards of Warna Talk yang bersiaran di saluran Disney pada hujung bulan ini. Mia Sara merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Persembahan di Taylor’s College.
Merupakan anak sulung daripada tiga beradik, Mia Sara turut mempunyai adik perempuan iaitu Anais dan Ileana Matin. Melihat minat mendalam Mia terhadap dunia seni… tidak mustahil suatu hari nanti dia mampu menjadi anak seni berjaya dan versatil seperti Datuk Afdlin Shauki. Tambahan pula, Mia Sara masih muda dan boleh belajar selok-belok bidang ini daripada bapa tersayang.
Kredit foto: Instagram Mia Sara & Afdlin Shauki
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
YouTuber dan Vlogger terkenal, FaaFirds yang berusia 24 tahun ini sering menjadi perhatian kerana sering berkongsi koleksi video menarik berkaitan kecantikan, fesyen dan kosmetik khususnya berjenama antarabangsa.
FaaFirds atau sebenarnya, Nurfarhanah Ahmad Firdaus mula aktif berkongsi video di socmed sejak usianya 19 tahun. Bagi FaaFirds ia bukan sekadar memberi kepuasan terhadap minatnya sendiri malah dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat sebagai seorang instafamous terkenal.
“Saya seorang yang berani mencuba perkara baru seperti gaya solekan dan fesyen. Saya sering katakan kepada diri sendiri, kalau bukan sekarang bila lagi nak mencuba? Kita tak akan selamanya muda, bukan? Inilah masanya dan selagi ia mengikut syariah serta tak keterlaluan bagi saya tiada masalah.
Untuk kekal cantik, saya ada mengamalkan rutin penjagaan wajah tersendiri. Setiap malam saya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk lakukan 13 step wajib sebelum tidur.
Belajar dari pengalaman, sebelum ini wajah dan mata saya pernah bengkak macam kena tumbuk gara-gara mengambil mudah soal penjagaan wajah sehingga terpaksa dimasukkan ke emergency room (ER). Doktor kata ada reaksi alergi kerana saya mencuba terlalu banyak produk dalam satu masa.
Disebabkan itu, saya terpaksa berehat selama tiga bulan,” kongsi FaaFirds yang turut mengamalkan petua bedak sejuk yang dikongsi oleh Mamanya yang berketurunan Cina. FaaFirds mengamalkannya sejak berusia 12 tahun.
Manakala inspirasi fesyen saya ialah Scha Al-Yahya. Walaupun gayanya ringkas namun very edgy. Stail Scha memang chill dan fashionable. Pakai apa pun tetap nampak cantik dan terletak. Idola luar negara pula ialah instafamous kelahiran Arab, Maria Alia yang gemar menyarungkan turban.
Seorang lagi idola saya ialah Lina Alghouti yang sering tampil dengan imej ‘maskulin’ melalui keunikannya berpakaian,” kongsi anak sulung daripada enam beradik ini yang fasih berbahasa Mandarin.
Kredit Foto: Instagram FaaFirds
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, Febienne Nicole Groeneveld dinobatkan sebagai Miss Universe Indonesia 2023.
Jelitawan berusia 24 tahun ini berjaya mengalahkan 29 pesaing lain bagi merebut mahkota Miss Universe Indonesia.
Mahkota tersebut telah disampaikan oleh Miss Universe 2022 iaitu R. Bonney Gabriel.
Mahkota yang sangat cantik dan berkilauan itu dinamakan sebagai The Shimmering Hope diperbuat daripada 8 ribu emas putih.
Kenali siapa sebenarnya Fabienne Nicole Groeneveld dengan lebih dekat.
Dilahirkan Di Belanda
Fabienne dilahirkan di Spijkenisse, Belanda pada 27 Disember 1999.
Dia mewarisi kecantikan ibunya yang berasal dari Indonesia manakala bapanya dari Belanda.
Berpendidikan Tinggi
Fabienne merupakan graduan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Pelita Harapan.
Selepas tamat pengajian pada 2019, Fabienne meneruskan pengajian dan mengambil Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti New South Wales dan Australian Graduate School of Management. Dia berjaya menamatkan pengajian pada 2021.
Berfikiran Jauh
Dalam sesi jawapan akhir, Fabienne membincangkan peranan teknologi dalam masyarakat hari ini. Baginya, teknologi sangat membantu manusia dalam berkomunikasi.
Fabienne juga percaya, jika teknologi digunakan dengan betul ia boleh memberi kebaikan dan inspirasi dalam kehidupan masyarakat.
Sering Sertai Pertandingan Kecantikan
Segalanya bermula setelah Fabienne memenangi gelaran Miss Global Indonesia 2018 di Filipina.
Fabienne terpilih sebagai Top 20 dan membawa pulang anugerah Miss Photogenic dan Best in Evening Gown.
Pencinta Haiwan
Selain itu, Fabienne juga seorang yang sayangkan haiwan dan bekerjasama dengan Surabaya Animal Care Community.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.