Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla sememangnya dikenali antara ‘on-screen couple’ Bollywood paling diminati ramai. Perhubungan ‘teman tapi mesra’ mereka bermula dari filem gandingan mereka berdua, Raju Ban Gaya Gentleman dan seterusnya filem-filem seperti Duplicate, Yes Boss, Phir Bhi Dil Hai Hindustani dan One 2 Ka 4.
Gandingan skrin dan persembahan berkarisma mereka telah menjadikan Shah Rukh Khan dan Juhi antara pasangan Bollywood disayangi di kalangan penonton.
Selain menubuhkan perniagaan bersama, Shah Rukh dan Juhi turut saling memberikan sokongan kepada keluarga masing-masing.
Dan baru-baru ini, Shah Rukh Khan dilihat membuat kejutan dengan menulis kepsyen ‘sweet’ menerusi hantaran di laman rasmi Twitternya dengan mengucapkan tahniah kepada Juhi Chawla atas kejayaan anak perempuannya, Jahnavi Mehta yang berjaya menamatkan pengajian dari Universiti Columbia di New York.
This is so awesome. Can’t wait for her to get back and celebrate with her. And a feeling of extreme pride. Love u Jaanz. https://t.co/W9wzi94zP8
“Ini satu pencapaian yang sangat hebat. Tidak sabar untuk berjumpa kamu nanti dan sama-sama meraikannya. Saya betul-betul bangga dengan kamu. Sayang kamu Jaanz,” tulis bintang filem Pathaan itu.
Ads
Anak perempuan Juhi, Jahnavi melanjutkan pengajian d Surrey’s Charterhouse di UK dan kemudian mengikut jejak langkah ayahnya dan suami Juhi Jay Mehta menyambung pengajiannya di Columbia University.
Selain itu, Juhi Chawla juga turut terbang ke UK untuk menemani dan menyaksikan sendiri majlis konvokesyen anak perempuannya. Pelakon itu turut berkongsi momen-momen majlis konvokesyen Universiti anaknya itu di IG Story nya.
Kelihatan suami dan anak lelakinya turut sama meraikan hari istimewa Juhi tersebut. Memang seronok tengok keakraban kedua-dua pelakon hebat ini kan!
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun tahun baharu 2019 sudah memasuki angka 15 hari, tetapi masih belum terlambat untuk berkongsi resolusi tahun baharu yang boleh dijadikan panduan untuk wanita berjaya.
Tahun 2018, untuk pertama kali dalam sejarah Malaysia, kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri dari kalangan wanita iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Selain itu, Tan Sri Dato’ Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor ke-7 Bank Negara Malaysia merupakan wanita pertama dalam kedudukannya selama 16 tahun, mentadbir perihal kewangan dan ekonominegara dan kini menjadi ahli Majlis Penasihat Elit Kabinet Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut The Economist’s Women in Leadership, satu penyelidikan Asia, wanita Malaysia kini lebih aktif berbanding sebelum ini dalam bidang komersial dan politik serta terdiri lebih
daripada 10.2% jawatan lembaga pengarah dalam 100 syarikat teratas di Malaysia.
Senarai jutawan Forbes 2018, jutawan wanita sahaja berjumlah 256 daripada 2208 penyertaan dengan nilai kolektif melebihi $ 1 trilion.
Angela Merkel, Canselor Jerman, Melinda Gates, Pengasas Yayasan Bill & Melinda Gates,
Sheryl Sandberg, COO dari Facebook, Mary Barra, Ketua Pegawai Eksekutif General Motors,
Abigail Johnson, Presiden-Ketua Pegawai Eksekutif Fidelity Investments, Christine Lagarde,
Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, dan Ginni Rometty, Ketua Pegawai
Eksekutif IBM semuanya wanita paling berpengaruh dalam senarai Forbes dari 100 Wanita
Paling Berkuasa di Dunia 2017.
Ini mungkin satu pencapaian yang amat tidak disangka-sangka suatu masa dulu tapi perkara sebegini akan lebih kerap berlaku dalam dunia VUCA – volatility (turun naik), uncertainty (ketidakpastian), complexity (kerumitan), dan ambiguity (kekaburan). Kebangkitan wanita akan lebih ketara di seluruh dunia dalam semua aspek dan bidang yang melibatkan ekonomi, pendidikan dan kehidupan – the basic necessities.
Dr Azizan Osman, pengasas RichWorks International sebagai peneraju program
bimbingan, latihan dan pembangunan ke program keusahawanan berkongsi fakta menarik tentang wanita yang banyak mendapat bimbingan untuk bergelar USAHAWAN.
Pernah dengar semua jenama ini dari pelbagai industri, Nurraysa Beauty, iFlawles, ichantique, Charms, Eskayvie, Zawara, Che Ta – Jus Goyang Rapat by RCW, Belle Beautyspells, Lesanda,Adelia, Dnars, Jamu Susuk Dara, Soap Lab Malaysia, SeraiMas, De’Xandra, Telekung AlKhautar, Siti Khadijah, Sabrina Bakery, Rempah Mak Siti, Ayaq Mangga By Bonda, eHati, CorNadi Wellness, Dr Kavi – Mommies Wellness Centre, SuperMom, Dewi Pet Shop, Jasmin7, Securido, Andalusia, Ayam Bismi dan banyak lagi yang pengasasnya atau pengurusan teratasnya semuanya wanita yang merupakan anak didikNYA. Mengapa kebangkitan wanita ini semakin ketara?
Wanita bila ditekan terlalu lama, mereka akan pilih untuk bangkit dan wanita prihatin tentang masa depan keluarga dan anak-anak. Selain itu, cabaran wanita dalam pengurusan manusia, dalam pematuhan berhemah (prudent compliance) serta pelbagai lagi tekanan yang menyebabkan wanita mula nak kuasai dunia pada abad ke-21 ini.
Tekanan demi tekanan kepada wanita dalam aspek kehidupan ini menyebabkan mereka ingin perbaiki kehidupan demi keluarga. Semua faktor ini menjadi sebab penting kebangkitan wanita di dalam menerajui dunia keusahawanan, sosial, politik, ekonomi, pekerjaan dan korporat dengan lebih agresif. Tiada lagi istilah wanita di ceruk dapur, wanita tidak boleh bekerja, tak pandai berniaga dan tak boleh memimpin dunia korporat!
Wanita hari ini mudah dibentuk, mudah mengharungi perubahan dan berdaya saing.
Dan apa lagi yang akan berlaku untuk beberapa tahun akan datang?
Di Asia dan terutamanya di Malaysia, pembangunan sosial wanita dalam bentuk pendidikan, pendedahan media dan peluang untuk bekerja di luar rumah memberikan mereka akses kepada ilmu dan idea-idea baru dan ini akan transformasikan nilai dan budaya wanita Asia di masa akan datang. Dan trend dunia digital akan memudahkan semakin ramai suri rumah yang berjaya membina perniagaan hanya dari rumah.
Peningkatan jangka hayat wanita pada saat lahir, pengurangkan jurang jantina dalam
persekolahan, tahap pendidikan yang bertambah baik dan peluang pekerjaan yang lebih banyak juga meningkatkan kuasa ekonomi wanita.
Dari segi kepimpinan, tugasan kerja yang lebih teknikal dan berorientasikan teknologi,
kepemimpinan wanita akan lebih menyerlah kerana wanita lebih prihatin dan menjaga hubung dengan pekerja, faktor empati.
Bagaimana wanita boleh mempersiapkan diri untuk menunggang gelombang perubahan ini?
Kebangkitan wanita akan lebih ketara di seluruh dunia dalam semua aspek dan bidang jika
mereka bijak menyesuaikan diri mereka dalam dunia VUCA. Bagi usahawan dan peniaga wanita, sasarkan produk dan servis anda untuk pengguna wanita kerana potensi terbesar terletak pada enam industri ini; makanan (food), kecergasan (fitness),
kecantikan (beauty), pakaian (apparel), penjagaan kesihatan (health care) dan perkhidmatan kewangan (financial services).
Fikirkan cara bagaimana anda boleh bantu selesaikan masalah wanita di luar sana dengan lebih mudah, cekap dan pantas.Dan sentiasa menuntut ilmu. Belajar dan jangan berhenti mencari ilmu kerana sudah terbukti kebangkitan wanita hari ini dalam semua aspek kehidupan adalah kerana ilmu yang mereka ada dan bagaimana mereka memaksimakan potensi wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi mereka yang gemar menonton video masakan pastinya mengenali Chef Burak Ozdemir yang popular dengan trademark ‘tersenyum’ sambil memasak. Disebabkan trademark tersebut, namanya tular di platform TikTok dan Instagram tahun lalu.
Jejaka kelahiran Turki yang memiliki ketinggian 5 kaki 5 inci dan berusia 27 tahun ini sangat terkenal dengan video masakan menu Timur Tengahnya yang dihasilkan dalam skala besar. Setakat artikel ini ditulis, Chef Burak mempunyai 22.4 juta pengikut di Instagram. Hebat betul auranya!
Pun begitu menerusi beberapa video terbarunya, Chef Burak tampil berbeza kerana senyumannya yang selama ini menjadi daya penarik telah ‘hilang’. Sehingga membuatkan para pengikutnya berasa janggal dan tertanya-tanya.
Chef Burak tidak melontarkan senyuman ketika memasak, sebaliknya berwajah serius sebagai tanda solidaritinya terhadap rakyat Palestin. Dalam satu video ringkas, Chef Burak turut melontarkan suara kemanusiaannya sebagai tanda protes terhadap kekejaman yang dilakukan oleh rejim Yahudi terhadap penduduk Gaza.
Salah satu videonya yang memaparkan makanan yang dihasilkan diwarna mengikut bendera Palestin iaitu hitam, merah, putih serta hijau. Video tersebut meraih lebih 3 juta tanda suka.
Gemar memasak sejak kecil dan bekerja di restoran kecil milik keluarganya.
2. Bakat memasak diwarisi daripada bapanya yang juga merupakan seorang Chef.
3. Terkenal dengan hidangan bersaiz besar dan gemar tersenyum ketika memasak.
4. Pemilik restoran Hatay Medeniyetler Sofrasi Aksaray yang terletak di Istanbul.
5. Selain terkenal dengan kepakarannya dalam masakan, Chef Burak juga seorang dermawan dan peramah. Bukan hanya terhadap sesama insan bahkan Chef Burak gemar memberi sumbangan kepada shelter untuk anjing dan kucing liar.
6. Merupakan ahli Bulan Sabit Merah Turki. Sering melakukan derma dalam skala besar baik sebagai ahli Bulan Sabit Merah mahupun secara peribadi.
7. Sering membantu dan menyantuni golongan kelainan upaya. Memetik kata-kata Chef Burak “Only obstacle in this life is not being loved or to love.”
Walaupun hari ini telah diumumkan bahawa pejuang Hamas dan Zionis Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata berkuatkuasa awal pagi tadi, diharapkan agar detik getir ini tidak akan berulang. Semoga Palestin selamanya bebas daripada ‘gangguan’ pihak tidak bertanggungjawab itu seterusnya hidup dalam suasana aman, Insha-Allah.
Kredit Foto: Instagram @cznburak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami kepada wanita ini telah mencetuskan sensasi global apabila dilantik menjadi pemimpin negara Kanada dan menjadi Perdana Menteri yang paling kacak dan muda di dunia. Sama ada mereka yang mengikuti perkembangan politik atau tidak ramai yang memperkatakan tentang Perdana Menteri Kanada ke-23 ini.
Foto: Facebook Sophie Gregoire-Trudeau
Namun, kelibat isteri kepada Justin Trudeau ini nyata menjadi ‘Talk Of The Town’ kerana auranya yang luar biasa dan layak menjadi wanita yang menyokong di belakangnya. Penampilannya yang sentiasa sofistikated serta karismanya sebagai seorang wanita penuh pesona. Ramai wanita muda mengagumi ibu kepada 3 orang anak ini kerana telah menyuntik inspirasi.
Foto: Instagram @justinpjtrudeau
Kisah cinta mereka bermula apabila sama-sama mengacarakan sebuah majlis amal. Namun sebelum itu mereka saling mengenali kerana Sophie Gregoire-Trudeau berkawan dengan adik Justin Trudeau. Bila sudah berjumpa dengan wanita sempurna, Justin Trudeau tidak mengambil masa yang lama, setahun kemudian mereka telah mengikat ikatan pertunangan.
Foto: Instagram @sophiegregoiretrudeau
Meskipun berkahwin dengan anak kepada bekas Perdana Menteri lagenda Kanada, Pierre Elliott Trudeau tetapi Sophie Gregoire-Trudeau tetap memilih tampil sederhana di majlis perkahwinannya dengan bilangan tetamu hanya 180 orang sahaja.
Foto: Instahram @houseofsophiegregoiretru
Biarpun ramai wanita memilih untuk menjadi ‘cinderella’ dengan kaun kembang semasa majlis perkahwinan dengan lelaki ternama tetapi wanita ini memilih untuk menyarung gaun perkahwinan yang dibeli secara atas talian sahaja. Walaupun begitu auranya tetap menyinar di hari bahagianya yang berlangsung pada tahun 2005.
Foto: Instagram @sophiegregoiretrudeau
Pernah bergelar wartawan televisyen dan radio rupanya wanita yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Montreal ini pernah melakukan macam-macam kerja seperti Personal Shopper dan Penyambut Tetamu sebelum bekerja dalam bidang penyiaran.
Foto: Facebook Sophie Gregoire-Trudeau
Sophie Gregoire-Trudeau fasih bertutur dalam 3 bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Sepanyol. Wanita cantik ini juga begitu meminati dunia seni seperti melukis, nyanyian dan bermain gitar. Malah Sophie Gregoire-Trudeau juga gemar menari dan boleh menari jazz, ballet dan tarian Afrika.
Foto: Instagram @justinpjtrudeau
Bukan itu sahaja, Sophie Gregoire-Trudeau merupakan guru yoga yang diiktiraf pada tahun 2012. Patutlah bentuk tubuh Wanita Pertama Kanada ini sentiasa menawan walau usianya 45 tahun.
Sophie Gregoire-Trudeau wajar dijadikan inspirasi kerana mempraktikkan gaya hidup sihat dan gemar melakukan aktiviti luar seperti berbasikal, bermain ski dan berkayak. Di samping itu Sophie Gregoire-Trudeau juga giat melakukan aktiviti amal dan memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak.
Foto: Instagram @sophiegregoiretrudeauFoto: Facebook Sophie Gregoire-Trudeau
Setelah 10 tahun berkahwin baru suaminya mencolankan diri dalam pilihan raya dan seterusnya menumbangkan Stephen Harper yang telah menjadi Perdana Menteri Kanada selama hampir 10 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.