AFIQAH ZULKIFLI

Esok, seluruh rakyat Johor akan keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat yang baharu. Pelbagai strategi diatur para calon yang bertanding di Pilihanraya Negeri (PRN) Johor ini demi memancing undi penduduk. Antara yang mencuri tumpuan dalam PRN Johor kali ini ialah calon wanita muda, Nur Afiqah M. Zulkifli!

IKLAN

Orangnya kecil molek dan berusia 31 tahun tapi semangat kepimpinan Afiqah mampu mengentarkan pihak lawan. Ini merupakan kali pertama anak kelahiran Muar, Johor berkenaan menyertai piliharaya. Pun begitu, dia tidak kelihatan kekok berdepan calon yang lebih berpengalaman.

Mengintai latar belakang wanita berjiwa besar ini, Afiqah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (2) Muar dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Dia juga graduan Ijazah Sarjana Sains Alam Bina (Pengurusan Bencana), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari universiti sama.

Anak Guru Sekolah & Ada 2 Ijazah, Calon PRN Johor Ini Nekad Bawa Perubahan Bukit Kepong!
Credit Instagram @afiqah.zlkfl

Bapanya, M. Zulkifli Shamsudin merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar dan telah berkhidmat dalam bidang perguruan selama 34 tahun. Begitu juga ibu Afiqah iaitu Hafsah A. Manan bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (2) Muar.

Afiqah juga sudah mendirikan rumah tangga pada 26 Ogos 2017 dan suaminya dikenali sebagai Shuhaib.

IKLAN

Yang pasti, calon muda ini bukan calang-calang kerana dia pernah menyertai Program Kepimpinan Belia Antarabangsa (IYLP) anjuran Kedutaan British dan Program Ahli Politik Muda Konrad Adeneur Stiftung, Jerman.

Malah Afiqah ialah finalis UK Chevening Awards 2022!

IKLAN
Anak Guru Sekolah & Ada 2 Ijazah, Calon PRN Johor Ini Nekad Bawa Perubahan Bukit Kepong!
Credit Instagram @afiqah.zlkfl
Anak Guru Sekolah & Ada 2 Ijazah, Calon PRN Johor Ini Nekad Bawa Perubahan Bukit Kepong!
Credit Instagram @muda.johor

Kegiatan aktivisme Afiqah bermula sejak tahun 2014 dan pada 2018 dia menjadi Pembentang di Kajian Ekstremisme di Bangkok, Thailand. Juga, Pembentang dalam Persidangan Sub Regional di Lombok, Indonesia.

Afiqah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Ahli Parlimen Muar yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertanding di Dun N07 Bukit Kepong yang bakal berdepan tiga calon iaitu bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, Ketua UMNO Bahagian Pagoh iaitu Ismail Mohamad dan Md Taib Md Suhut dari Parti Pejuang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI