Terserlah keayuan anak perempuan pelakon Gerak Khas, Zulkifli Ismail! Cantik manis orangnya dan merupakan pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM). Meniti 31 tahun, Dr Zulfati Izazi Zulkifli atau mesra disapa Dr Izazi berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ketika berusia 29 tahun.

IKLAN

Lebih manis, suami tercinta juga ialah graduan PhD yang turut bergelar pensyarah Matematik. Memang padan!

29 Januari lepas, genap setahun pasangan ini mendirikan rumah tangga. Dr Izazi dan suami, Dr Md Yushalify Misro melangsungkan pernikahan ketika negara masih dilanda pandemik Covid-19.

Barangkali kerana prosedur Covid-19 yang mengehadkan penganjuran majlis kahwin menjadi salah satu faktor mereka menangguhkan resepsi persandingan.

Apatah lagi, mereka juga terpaksa berjauhan kerana tuntutan kerja yang ketika itu Dr Izazi bertugas di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) di Korea Selatan.

Sementara suami pula pensyarah matematik di USM yang juga berkhidmat sebagai penyelidik jemputan di Shizuoka University, Jepun. Walau terpisah jauh namun kasih sayang di antara mereka sentiasa terpaut kukuh.

Anak Pelakon Gerak Khas Bersanding Lepas Setahun Nikah, Cantik Manis Orangnya & Bergelar Pensyarah!
Kredit Instagram @zulfatiizazizulkifli

Umur 29 tahun dah ada PhD https://www.nona.my/jadi-pensyarah-di-korea-baru-terima-phd-usia-29-tahun-kejayaan-dr-zulfati-izazi-cetus-inspirasi/

Baru-baru ini, Dr Izazi berkongsi momen indah di samping suami ketika majlis bertandang di Johor. Memang meriah! Bahkan majlis meraikan pasangan pengantin juga diadakan penuh dengan tradisi lama.

IKLAN

Ujarnya, “Kenangan bertandang di Kota Tinggi minggu lepas. Jarak tarikh nikah dengan majlis ni setahun lebih juga sebab masing-masing jauh, tapi alhamdulillah semuanya dah selesai dah. Terima kasih kepada keluarga sebelah suami yang berusaha menjayakan majlis ni.

I finally experienced the wedding my younger self had daydreamed about. Daripada kompang, silat, sampailah ke bunga manggar, semuanya sama betul macam kenduri yang kita biasa pergi dulu-dulu.”

Anak Pelakon Gerak Khas Bersanding Lepas Setahun Nikah, Cantik Manis Orangnya & Bergelar Pensyarah!
Kredit Instagram @zulfatiizazizulkifli
Anak Pelakon Gerak Khas Bersanding Lepas Setahun Nikah, Cantik Manis Orangnya & Bergelar Pensyarah!
Kredit Instagram @zulfatiizazizulkifli
Anak Pelakon Gerak Khas Bersanding Lepas Setahun Nikah, Cantik Manis Orangnya & Bergelar Pensyarah!
Kredit Instagram @zulfatiizazizulkifli
Anak Pelakon Gerak Khas Bersanding Lepas Setahun Nikah, Cantik Manis Orangnya & Bergelar Pensyarah!
Kredit Instagram @zulfatiizazizulkifli
Anak Pelakon Gerak Khas Bersanding Lepas Setahun Nikah, Cantik Manis Orangnya & Bergelar Pensyarah!
Kredit Instagram @zulfatiizazizulkifli

Anggun mengenakan persalinan tradisi rona beige, suami isteri ini tampil menawan dan menjadi tumpuan tetamu yang hadir.

IKLAN

Mengulas lanjut mengenai majlis tersebut, anak pelakon veteran berkenaan ketika dihubungi Nona berkata, “Majlis ni keluarga belah suami yang buat. Suami anak bongsu, jadi family memang nak buat majlis bertandang.

Anak Pelakon Gerak Khas Bersanding Lepas Setahun Nikah, Cantik Manis Orangnya & Bergelar Pensyarah!
Kredit Instagram @zulfatiizazizulkifli
Anak Pelakon Gerak Khas Bersanding Lepas Setahun Nikah, Cantik Manis Orangnya & Bergelar Pensyarah!
Kredit Instagram @zulfatiizazizulkifli
Anak Pelakon Gerak Khas Bersanding Lepas Setahun Nikah, Cantik Manis Orangnya & Bergelar Pensyarah!
Kredit Instagram @zulfatiizazizulkifli
Anak Pelakon Gerak Khas Bersanding Lepas Setahun Nikah, Cantik Manis Orangnya & Bergelar Pensyarah!
Kredit Instagram @zulfatiizazizulkifli

Agak lambat buat sebab kami berdua tak ada di Malaysia sebelum ni dan suami baru balik dari Jepun bulan 3 hari tu.”

Nona doakan agar rumah tangga yang dibina Dr Izazi dan Dr Md Yushalify sentiasa diberkati Allah SWT serta berkekalan hingga ke syurga.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI