Memang mudah membayar atau menerima wang dengan kaedah canggih e-Wallet, atau e-Dompet. Imbas sahaja kod QR, masukkan amaun dan semuanya dibayar secara automatik. Langsung tak risau tentang baki wang atau keperluan membawa wang tunai, yang penting ada smartphone!
Ya, e-dompet merupakan sistem alternatif pembayaran yang makin rancak mendapat tempat di hati rakyat Malaysia terutama semasa COVID-19 melanda negara sejak dua tahun lalu.
IKLAN
Menurut sumber Astro Awani, penggunaan e-dompet ini telah meluas dengan pantas dan ia sudah mencecah lebih daripada separuh pengguna dalam kalangan rakyat Malaysia.
Adakah anda salah seorang penggunanya? Nah, semak statistik penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai di Malaysia setakat tiga bulan lalu berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Ipsos Malaysia.
1. 55% rakyat Malaysia menggunakan aplikasi pembayaran dalam talian dan e-dompet, meningkat dua peratus.
Antara pilihan utama:
36%: Perbankan dalam talian
32%: Kad debit
27%: e-Dompet
8%: Kad kredit
2. Majoriti yang menggunakan e-dompet atau pembayaran dalam talian adalah golongan belia, 40%. Individu berumur 55 tahun ke atas hanyalah 7%.
3. Isi rumah berpendapatan lebih RM8,000 adalah cenderung menggunakan e-dompet iaitu 51%, tak kurang juga mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 iaitu 10%.
******************************
Duduk rumah pun boleh berehat sambil berurut. Sambil tengok Netflix berurut, sambil sembang dengan anak-anak berurut, sambil mengaji berurut, eh boleh berurut bila-bila masa tau. Hilang lenguh-lenguh badan, bahu, kaki semua lepas guna benda ni. Yang penting guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun (klik).
IKLAN
******************************
4. Penduduk di Sabah dan Sarawak menunjukkan respons positif dengan 18%, manakala di Semenanjung dengan 50% pengguna.
IKLAN
5. Perincian kegunaan e-dompet:
49%: Tol, letak kereta, pengangkutan
46%: Makanan dan minuman
45%: Peruncitan
35%: Penghantaran makanan
33%: Pembelian dalam talian
25%: Bayaran bil
22%: Pindahan wang kepada rakan, keluarga
Semakin menjadi-jadi perang dingin suami isteri, hingga dibawa ke Mahkamah. Kalau boleh cuba selesaikan dengan cara baik terlebih dahulu. Jangan ikutkan perasaan dan emosi itu.
Kehidupan berumah tangga sememangnya tidak dapat dielakkan daripada dilanda masalah perang dingin yang mana ia merupakan lumrah bagi pasangan berkahwin.
Perang dingin yang melanda pasangan suami isteri ini kebiasaannya berpunca daripada masalah persefahaman. Suami dan isteri yang mendambakan rumah tangga yang bahagia seharusnya mengetahui cara mengatasi setiap masalah yang berlaku.
Ia juga merupakan proses bagi mendapatkan persefahaman selain dapat mempelajari atas kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan demi membentuk rumah tangga yang bahagia.
10 Tip Atasi Perang Dingin
(1) KENAL PASTI PUNCA MASALAH
Perkara pertama yang harus dilakukan apabila berhadapan dengan perang dingin ialah anda seharusnya mengenal pasti punca masalah tersebut terlebih dahulu dan setelah mengenal pasti punca masalah, cari jalan penyelesaiannya dan berjanji kepada pasangan bahawa anda tidak akan melakukannya lagi pada masa hadapan dan jangan mungkiri janji tersebut.
(2) BUANG SIFAT EGO
Sifat ego yang terdapat dalam jiwa manusia sememangnya tidak dapat dibuang dan tidak dinafikan bahawa sesetengah pasangan cenderung untuk menunjukkan ego terhadap pasangannya dan mengelak dari mencuba untuk menyelesaikan masalah.
Sifat ego amat membahayakan keharmonian rumah tangga dan sekiranya terlalu mengikut sifat ego maka masalah yang dihadapi tidak akan selesai malah bertambah buruk.
(3) JANGAN MENCARI SALAH
Ketika berhadapan situasi tegang bersama pasangan, jauhi daripada mencari kesalahan pasangan kerana ini akan menyebabkan keadaan bertambah buruk. Jalan yang terbaik bagi anda yang telah melakukan kesalahan terhadap pasangan ialah anda seharusnya mengaku mengenai kesalahan tersebut dan bukannya cuba mencari kesalahan pasangan pula bagi mengelakkan diri dari masalah tersebut.
(4) JANGAN MENGHUKUM
Jauhi dari sifat yang suka menghukum pasangan dengan apa jua cara ketika di saat anda terlalu marah dengan pasangan kerana bukan sahaja pasangan akan hilang rasa hormat terhadap anda malah akan menghakis keharmonian rumah tangga anda.
Oleh itu dinasihatkan jangan menghukum apabila timbul konflik sebaliknya selesaikan cara baik dengan segera. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.
(5) MENGALAH
Seringkali berlaku di kalangan pasangan berumah tangga ialah ketika berhadapan dengan perang dingin bersama pasangan, mereka tidak mahu mengalah malah mereka lebih cenderung untuk mempertahankan diri masing-masing.
Perkara sebegini yang kebiasaannya akan menyebabkan situasi bertambah buruk. Sesekali cuba mengalah walaupun kesalahan tersebut ternyata bukan disebabkan oleh anda demi menjaga hubungan bersama pasangan dan menjaga keharmonian rumah tangga.
(6) ELAKKAN BAHASA NEGATIF
Bahasa negatif bukan sahaja akan menyebabkan situasi bertambah buruk malah akan menyebabkan perasaan kasih sayang antara pasangan terhakis ini kerana bahasa negatif ternyata akan mengguris hati dan perasaan pasangan.
Cuba gunakan bahasa yang lembut yang lebih bersifat penghargaan dan pujian untuk memujuk hati yang sedang marah. Pastinya pasangan akan sejuk hati dan bersedia untuk berdamai.
(7) BERDEPAN DENGAN PASANGAN
Di dalam dunia yang serba moden ini pelbagai jenis komunikasi boleh digunakan untuk berhubung dan teknologi sebegini yang menghakis keharmonian dan kasih sayang antara pasangan.
Ini kerana terdapat sesetengah individu menggunakan teknologi sebegini untuk menyalurkan rasa tidak puas hati dan kemarahan terhadap pasangan yang mana akan menyebabkan situasi tegang akan berlanjutan berpanjangan kerana saling tidak bersua muka.
Oleh itu, apabila menghadapi konflik, bawa pasangan untuk bersua muka dan berbincang mengenai masalah yang dihadapi dan cari jalan penyelesaian kerana ia merupakan jalan yang terbaik kerana apabila anda saling bersua muka maka akan timbul rasa rendah hati kerana perasaan kasih sayang yang timbul terhadap pasangan.
(8) JANGAN MENGUNGKIT
Elakkan sama sekali daripada mengungkit kisah lalu kerana ia akan menyebabkan pasangan anda merasa sensitif mungkin kerana kenangan pahit yang dilalui. Mengungkit kisah lalu bukan sahaja membuatkan hubungan anda menjadi tegang bersama pasangan malah boleh mengundang situasi yang lebih buruk.
(9) SENTIASA MEMAAFKAN
Sentiasa memaafkan pasangan anda dan memaafkan kesalahannya kerana ia merupakan jalan yang terbaik untuk mengatasi perang dingin. Ini adalah kerana setelah anda memaafkan pasangan dan melupakan kesalahannya, anda akan tidak lagi merasa tidak berpuas hati atau marah terhadap pasangan sebaliknya hubungan anda akan berjalan seperti sedia kala tanpa masalah. Amalkan untuk saling bermaafan antara satu sama lain.
(10) BERDAMAI
Akhir sekali cuba untuk berdamai bersama pasangan dan tidak dapat dinafikan bahawa terdapat di antara pasangan yang tidak mahu atau tidak tahu untuk memulakan proses ini dan tidak salah untuk anda yang memulakannya terlebih dahulu demi kesejahteraan bersama. KR
Celine Dion nyata seorang wanita dan ibu yang berjiwa kental. Sejak mula berkahwin dengan Rene Angelil, Celine sudah merancang untuk memiliki anak ramai. Mana tidaknya, dia dilahirkan dalam keluarga besar dan sebagai anak bongsu daripada 14 orang beradik Celine sentiasa mendapat tumpuan dan perhatian keluarga.
Meskipun secara luaran, Celine disifatkan sebagai seorang wanita yang sukses, kaya, ternama dan mampu memiliki apa saja yang diinginkan namun hakikatnya perjalanan hidup penyanyi berkelas dunia ini tidak berjalan begitu lancar.
Terutamanya apabila melibatkan soal anak. Menghadapi kesulitan untuk hamil, Celine dan suami tercinta akhirnya dikurniakan anak lelaki sulung ketika berusia 33 tahun selepas menjalani rawatan kesuburan IVF.
Baik Celine mahupun Rene, kedua-dua tidak menyangka akan menghadapi masalah untuk mempunyai anak. Selepas bertahun-tahun ikhtiar dan cuba pelbagai kaedah untuk hamil, mereka masih menemui jalan buntu dan usaha pasangan ini untuk timang cahaya mata tetap gagal.
Pada tahun 1999, Rene disahkan menghidap kanser tekak dan sebagai langkah pencegahan, lelaki kesayangan Celine ini nekad membekukan sperma miliknya kerana khuatir kualiti terjejas akibat kesan kemoterapi.
Sementara itu, Celine pula melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik kesuburan di New York pada Mei 2000 dan menjalani dua pembedahan kecil sebagai usaha meningkatkan peluangnya untuk hamil.
Pada 25 Januari 2001, anak sulung mereka bernama Rene-Charles selamat dilahirkan secara pembedahan.
Selepas kelahiran Rene-Charles, suami isteri ini menyimpan hasrat untuk menambah anak dan mereka sekali lagi menjalani rawatan kesuburan IVF.
Pun begitu, Celine mengalami keguguran pada tahun 2009 dan setelah enam kali berusaha akhirnya pada percubaan ketujuh, Celine disahkan hamil anak kembar lelaki ketika usianya mencecah 42 tahun pada 2010.
Dia terpaksa melahirkan bayi kembar Nelson dan Eddy secara pembedahan ketika usia kandungan baru mencecah 33 minggu. Bagaimana pun kedua-duanya dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Hasrat Celine untuk menimang cahaya mata perempuan tidak kesampaian apabila Rene dilaporkan meninggal dunia akibat kanser yang dihidapi pada tahun 2016.
Tumpang gembira melihat kebahagiaan rumah tangga Erin Malek dan Farriz Fauzy. Memilih berkahwin pada usia muda, pasangan ini berjaya membuktikan kematangan diri dalam melayari alam perkahwinan.
Tentunya untuk meraih persefahaman dan bahagia, mereka perlu saling bertolak-ansur dan hormat menghormati di antara satu sama lain.
Menerusi perkongsian terbaharu di media sosial, aktres jelita ini memuat naik momen indah di samping suami tercinta pada 10 Oktober lalu yang juga merupakan ulang tahun
kesembilan perkahwinan mereka.
Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek kini berusia 29 tahun sementara Farriz pula menginjak usia 39 tahun.
Daripada foto yang dimuat naik jelas terserlah wajah bahagia Erin dan Farriz meraikan ulang tahun perkahwinan sambil berkongsi kapsyen, “9 years and counting, happy anniversary to us.”
Tak dinafikan sejak berkahwin dan bergelar ibu dua anak makin cantik berseri-seri! Bukan hanya langsing bahkan kulit wajah mulus Erin juga dikagumi ramai.
Ingat lagi temu bual Nona bersama jelitawan ini hujung tahun lalu apabila dia mendedahkan tentang amalan kecantikan selama ini.
“As you grow older dan saya pun dah dekat umur 30 tahun memang dah rasa badan dah lain sedikit. Terutamanya bila melibatkan soal nak turun berat badan yang agak susah. Jadi apa yang saya buat ialah memang dalam kalangan orang rapat tahu yang saya suka work out.
Selain work out, kena jaga makan dengan pengambilan diet sihat. Kadang-kadang ada juga cheat day. Tapi untuk jaga kesihatan dan penampilan kita, perlu makanan sihat,
bersenam dan mengeluarkan peluh.”
Dia yang berehat dari dunia seni sejak mendirikan rumah tangga dengan pelumba kereta dan anak kepada usahawan empayar MOFAZ, Farriz Fauzy, bagaimanapun mengaku rindu
untuk kembali berlakon.
Erin Malek sah bergelar isteri pada 10 Oktober 2014 dan dikurnikan dua orang anak iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz.