Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang berlangsung Sabtu lepas menutup tirai dengan pelbagai kejutan hasil dari undian masyarakat Malaysia yang inginkan sebuah pembaharuan. Antara salah satu nama yang menjadi bahan bualan ramai ialah calon Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

IKLAN

“Anda Satu Dalam Sejuta!”- NURUL IZZAH Tewas PRU-15, Barisan Artis Titip Ucapan Terima Kasih Atas Perjuangannya

Kekalahan Nurul Izzah yang sememangnya sudah cukup sinonim dengan Permatang Pauh meninggalkan kesan kepada seluruh masyarakat. Terkejut dengan keputusan yang diumumkan,  rakyat Malaysia menganggap kekalahan Nurul Izzah itu sebagai sebuah kekalahan yang bermaruah.

“Anda Satu Dalam Sejuta!”- NURUL IZZAH Tewas PRU-15, Barisan Artis Titip Ucapan Terima Kasih Atas Perjuangannya

Turut berkongsi luahan rasanya mengenai keputusan PRU-15, Nurul Izzah memuat naik sebuah video di laman Instagram bersama dengan kapsyen yang amat menyedihkan. Nurul Izzah menyifatkan bahawa selamaa dia berbakti kepada Permatang Pauh, ia merupakan sebuah pengalaman yang berharga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah)

Peluang mewakili Permatang Pauh di dalam Dewan Rakyat adalah salah satu daripada penghormatan terbesar di dalam hidup saya. Di Permatang Pauh lah, bermulanya Kajian Kemiskinan Pelbagai Dimensi pasca Covid-19 yang pertama di Malaysia, dan akhirnya diangkat di peringkat Economic Planning Unit (EPU) sebagai kaedah menilai kemiskinan dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) merentasi pendapatan semata-mata.

“Anda Satu Dalam Sejuta!”- NURUL IZZAH Tewas PRU-15, Barisan Artis Titip Ucapan Terima Kasih Atas Perjuangannya

Tambahnya lagi, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyokongnya yang tidak henti memberikan sokongan kepadanya dan merupakan sumber kekuatan kepada dirinya.

IKLAN

Buat pengundi serta penyokong saya yang dikasihi, kasih serta sokongan anda memberi saya kekuatan dalam mendepani cabaran hidup dan masa hadapan.

“Anda Satu Dalam Sejuta!”- NURUL IZZAH Tewas PRU-15, Barisan Artis Titip Ucapan Terima Kasih Atas Perjuangannya

Walaupun begitu, Nurul Izzah juga turut mengucapkan rasa tahniah kepada pihak lawannya dan berharap agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah.

IKLAN

Tahniah diucapkan buat mereka yang telah diberikan mandat. Sebagaimana setiap jawatan itu hadirnya dengan tanggungjawab dan amanah. Semoga mandat ini dipikul dengan penuh tanggungjawab, kasih dan kebijaksanaan.

Perkongsian yang mendapat lebih dari 90 ribu tanda suka itu menerima maklum balas positif dari rakyat Malaysia yang mendoakan agar Nurul Izzah akan kembali dengan lebih kuat. Malah, barisan artis juga turut tidak melepaskan peluang untuk memberi kata-kata semangat kepada Nurul Izzah.

“Anda Satu Dalam Sejuta!”- NURUL IZZAH Tewas PRU-15, Barisan Artis Titip Ucapan Terima Kasih Atas Perjuangannya

PRU-15 menyaksikan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan memenangi Parlimen Permatang Pauh. Muhammad Fawwaz meraih 37,638 undi dengan majoriti 5,272 untuk menewaskan Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR (32,366 undi).

Sumber gambar: Instagram Nurul Izzah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI