Ads

Anggun Dalam Busana Tradisi, Puan Sri Normala Samsudin Syukuri Nikmat Bersama Keluarga, “Tiada Hasrat Menunjuk Bahagia”

Puan Sri Normala Samsudin Sambut Raya Sederhana
Puan Sri Normala Samsudin Sambut Raya Sederhana

Lama tak dengar khabar bekas personaliti cantik televisyen, Puan Sri Normala Samsudin. Menjelang 1 Syawal, jelitawan ini tidak melepaskan peluang meraikan hari lebaran di samping keluarga tersayang.

Menerusi perkongsian di media sosial, Hari Raya isteri Tan Sri Azmi Khalid ini sambut Hari Raya secara sederhana namun meriah dengan kehadiran anak-anak dan cucu tersayang.  

Artikel https://www.nona.my/bergelar-doktor-gigi-miliki-wajah-ayu-dr-ruhila-roslan-warisi-gen-cantik-puan-sri-normala-samsudin/

Sambutan Syawal Puan Sri Normala Samsudin

Sempena Syawal 1447 Hijrah tahun ini, bekas pengacara program Nona berkenaan sedondon mengenakan persalinan rona lime green di samping suami tercinta dan keluarga anak perempuannya, Dr Ruhila Roslan.  

Anggun Dalam Busana Tradisi, Puan Sri Normala Samsudin Syukuri Nikmat Bersama Keluarga, “Tiada Hasrat Menunjuk Bahagia” Anggun Dalam Busana Tradisi, Puan Sri Normala Samsudin Syukuri Nikmat Bersama Keluarga, “Tiada Hasrat Menunjuk Bahagia”

Meskipun hanya mengenakan solekan nipis namun keanggunan dan kejelitawan wajah Puan Sri Normala yang pernah menerima julukan ‘Wanita Melayu Terakhir’ ini tetap terserlah.  

Ads

Titipnya sempena Hari Raya, “Raya di Shah Alam. Maafkan segala kesilapan kami, jika tersilap bicara, jika bual tersalah bahasa, gerak geri tersalah erti, jika gambar jengkel di mata.  

Tiada hasrat menunjuk bahagia, ia adalah isyarat ‘kami ok’ dan syukur nikmat Yang Maha Empunyai segalaNya. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026.” 

Anggun Dalam Busana Tradisi, Puan Sri Normala Samsudin Syukuri Nikmat Bersama Keluarga, “Tiada Hasrat Menunjuk Bahagia” Anggun Dalam Busana Tradisi, Puan Sri Normala Samsudin Syukuri Nikmat Bersama Keluarga, “Tiada Hasrat Menunjuk Bahagia”

Ads

Bakat Puan Sri Normala Samsudin

Walau sudah lama meninggalkan dunia pengacaraan namun bakat dan nama Puan Sri Normala Samsudin masih diperkata hingga kini.  

Berusia 62 tahun, Puan Sri Normala yang dilahirkan pada 4 Jun 1964 di Johor ini lebih bahagia selepas bergelar nenek dan membahasakan dirinya sebagai Tok Mama. 

Ads

Puan Sri Normala selamat menimang cucu sulung lelaki diberi nama Aamin Yusuf yang juga anak sulung kepada Dr Ruhila dan suami, Majid Nazli pada 15 Jun 2022. 

Anggun Dalam Busana Tradisi, Puan Sri Normala Samsudin Syukuri Nikmat Bersama Keluarga, “Tiada Hasrat Menunjuk Bahagia” Anggun Dalam Busana Tradisi, Puan Sri Normala Samsudin Syukuri Nikmat Bersama Keluarga, “Tiada Hasrat Menunjuk Bahagia”

Biarpun sudah meniti 62 tahun namun isteri kepada bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Azmi Khalid ini kekal jelita dan seolah-olah tidak dimamah usia. 

Disifatkan seorang wanita yang gemar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktiviti lasak, Puan Sri Normala menerusi media sosial miliknya turut berkongsi aktiviti seperti berbasikal, mendaki dan pernah menjejakkan kaki di Gunung Tahan, Gunung Kinabalu dan Gunung Batur di Indonesia. 

Puan Sri Normala Samsudin merupakan bekas pengacara, wartawan penyiaran, penyampai berita dan pelakon. Sepanjang menceburi kerjaya itu, beliau cukup popular dalam industri dan salah satu program kendaliannya yang masih diingati sampai sekarang ialah program Nona di TV3. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Along Kamaludin 32 Tahun Bahagia Di Sisi Isteri, Arni Idris

Potret Raya Bahagia Along Kamaludin Di Sisi Isteri Jelita, Usia Perkahwinan...

Syawal menjadi detik penyatuan seluruh ahli keluarga berkumpul dan bermaaf-maafan. Bersandarkan status anak seni dan selebriti, sambutan Hari Raya Along Kamaludin turut menarik perhatian khalayak khususnya warga maya di media sosial.