Wanita dan bra umpama ‘sahabat baik’ yang tidak dapat dipisahkan. Pakaian dalam wanita ini sebenarnya membantu membentuk payudara. Namun kebanyakan kaum Hawa seringkali salah memilih ukuran bra sehingga boleh mengancam kesihatan.
Murah atau mahal bukanlah persoalan. Apa yang penting keselesaan dan tidak mendatangkan kemudaratan terhadap aset berharga ini. Menurut pakar kesihatan, seorang wanita tidak seharusnya memakai bra dalam tempoh yang agak lama.
TAHU WAKTU TIDAK PERLU MEMAKAI BRA
Anda perlu tahu waktu yang sesuai untuk tidak memakai bra ialah pada waktu tidur. Namun, ada juga wanita yang tidak memakai bra sehingga beberapa jam sebelum atau selepas tidur. Ini adalah baik untuk aliran di bahagian payudara.
Ads
GUNAKAN PAKAIAN YANG BETUL
Pakaian yang disarankan ketika anda tidak memakai bra adalah pakaian yang longgar dengan warna yang gelap dan tebal. Elakkan menggunakan pakaian berwarna putih kerana ia boleh menyerlahkan bentuk payudara anda.
URUTAN
Ads
Ini perlu untuk anda menjaga aliran darah agar berjalan dengan lancar. Urutan ini juga penting untuk anda yang sering menggunakan bra atau pakaian yang ketat.
Anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri ketika tidak memakai bra. Keadaan ini membantu anda untuk mengesan benjolan di bahagian payudara. Jangan takut untuk melakukannya kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawatnya.
DUDUK TEGAK
Ketika anda tidak memakai bra pastikan anda berada dalam postur duduk dan berdiri yang biasa anda lakukan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim sememangnya memiliki pakej lengkap seorang Permaisuri. Bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik, peribadi yang lembut dan merendah diri bahkan baginda juga seorang permaisuri berpendidikan tinggi.
Tanggal 22 Mac 2022 merupakan ulang tahun keputeraan Tuanku Zara ke-49. Baginda ialah anak bongsu daripada empat beradik yang diputerakan di Ipoh, Perak. Dua tahun lalu ketika ulang tahun keputeraan ke-47, Baginda berkenan membuka akaun Instagram rasmi Tuanku Zara Salim.
Tuanku Zara bertemu jodoh dengan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah pada 17 Mei 2007 ketika baginda berusia 34 tahun.
Perkahwinan Baginda berdua dikurniakan seorang putera dan seorang puteri. Putera Baginda Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diputerakan pada 14 Mac 2008. Manakala puteri Baginda yang diberi nama Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Nazira Safya pula diputerakan pada 2 Ogos 2011.
Menelusuri latar belakang pendidikan Raja Permaisuri Perak ini, memetik laporan portal Orang Perak, Tuanku Zara mendapat pendidikan di SMK Convent Ipoh dan pernah mewakili sekolah dalam sukan skuasy dan tenis serta mewakili negeri Perak dalam sukan renang. Selain aktif dalam bidang sukan, baginda juga cemerlang dalam akademik.
Ketika berusia 22 tahun, Tuanku Zara menerima Ijazah Kejuruteraan Kimia kelas pertama di University of Nottingham, United Kingdom pada Julai 1995. Selepas menamatkan pengajian, Baginda berkhidmat di syarikat petroleum negara Petronas selama enam tahun.
Pengalaman Baginda yang amat luas dalam bidang kejuruteraan menjadikan Baginda salah seorang wanita Malaysia yang diberi kepercayaan menyandang jawatan penting dalam projek berskala besar.
Mendekati latar belakang Tuanku Zara, ayahanda Baginda iaitu Datuk Seri William Stanley Walker Davidson atau Salim Davidson ialah seorang peguam terkenal di Malaysia. Manakala ibunda Baginda pula ialah Datuk Seri Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabuddin yang merupakan kerabat diraja Kedah di sebelah bonda baginda.
Tuanku Zara merupakan cicit kepada Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan anakanda cucunda saudara kepada Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri Malaysia Pertama.
Ternyata, Tuanku Zara memiliki keperibadian dalaman dan luaran yang menawan. Malah, kemunculan Baginda dalam istiadat mahupun majlis-majlis rasmi sering mencuri perhatian kerana penampilan Raja Permaisuri Perak ini yang anggun dan elegan.
Kredit foto: Instagram Perak Diraja, Malay Royalties
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Antara filem popular lakonan Karisma Kapoor ialah Dil To Pagal Hai sekitar era tahun 90an. Lakonannya itu antara yang terhebat di samping aktor Shahrukh Khan dan Madhuri Dixit.
Kelincahan Karisma dalam lenggok tarinya yang energetik sememangnya diingati dan ia sinonim buat bintang Bollywood ini.
Sudah lama Karisma tidak muncul di layar perak namun namanya sentiasa segar di hati para peminat khususnya filem Hindi. Pun begitu, Karisma dilihat sangat aktif di media sosial.
Kini kakak kepada aktres terkenal Kareena Kapoor ini lebih banyak tampil sebagai ikon designer untuk pelbagai brand fashion. Karisma juga aktif sebagai model iklan fesyen serta produk kecantikan. Cukup terpesona melihat kejelitaan Karisma yang tak dimamah usia.
Satu lagi tarikan yang ada pada Karisma ialah warna bola matanya yang biru kehijauan. Unik dan sangat seksi!
Yoga menjadi salah satu rahsia awet muda Karisma.
Sebab itulah Karisma berjaya mengekalkan bentuk tubuhnya sejak dulu sehingga kini malah dikatakan semakin menarik dari tahun ke tahun.
Menurut Karisma, yoga membantu dirinya untuk kekal fokus seterusnya dapat mengembalikan energi menjadi lebih baik. Karisma juga sentiasa menjaga pola pemakanan yang seimbang.
Berikut beberapa info menarik tentang Karisma Kapoor: –
1. Usia tidak menghalang Karisma untuk mengekalkan bentuk badan ideal.
2. Ibu tunggal yang memiliki dua orang anak.
3. Aktif melakukan aktiviti kemasyarakatan.
4. Menjadikan ibunya, Babita sebagai sumber kekuatan dan inspirasi.
5. Antara aktres yang menerima bayaran termahal dan memenangi banyak anugerah dalam industri perfileman India.
Kredit Foto: Instagram Karisma Kapoor
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Supermodel tinggi lampai, Tinie atau nama penuhnya Hartini Mat Jasin cukup disegani dalam industri peragaan negara. Walaupun sudah memasuki usia 42 tahun, namun Tinie tetap kelihatan muda remaja.
Bersama Tinie yang kini sibuk dengan pementasan KL Fashion Week Digital 2020, berbual tentang amalan kecantikannya selama ini.
Maksud kecantikan bagi Tinie?
Bagi saya, kecantikan dalaman itu penting. Selain hati yang bersih, faktor pemakanan juga paling dititikberatkan untuk kelihatan sihat dan cantik.
Wanita ni darah dia ada turun naik kerana period. Jadi saya selalu amalkan detoks dengan memakan nenas dua kali seminggu. Arwah ibu saya pesan, nenas jenis MD2 memang bagus untuk cuci darah dan kotoran dalam badan.
Jadi saya suka potong dan kisar nenas manis ini untuk jadikan jus. So far memang berkesan untuk dalaman, melawaskan dan menyahtoksin secara semula jadi.
Rutin kecantikan Tinie setiap hari?
Sebelum tidur, saya pastikan muka bersih daripada mekap, minum air dan pakai krim pelembap muka dari jenama La Mer.
Bagaimana karakter Tinie dalam soal pemilihan produk kulit?
Tak semestinya pakai produk yang terlalu mahal. Ia bergantung pada kesesuaian kulit, kadang-kadang cuaca kita ni panas jadi tak boleh pakai produk yang terlalu rich kandungannya. Tapi untuk saya yang kerap bekerja outdoor, produk skincare La Mer memang pilihan saya sejak lebih 10 tahun lepas.
Masalah kecantikan paling teruk pernah dialami?
Saya tak pernah alami masalah jerawat yang teruk atau berterusan. Ada pun sebiji dua ketika nak period. Tapi saya ada masalah freckles, mungkin sebab selalu terdedah matahari ketika photoshoot. Probably cara diet saya pun mempengaruhi. Saya kurang makan makanan berminyak untuk kesihatan kulit. Selain itu, saya juga mesti minum jus nenas dan makan banyak sayuran.
Sebagai seorang yang pandai memasak, apakah rahsia pemakanan Tinie agar tetap langsing dan sihat?
I love to cook tapi saya memasak hanya untuk orang-orang tersayang macam ahli keluarga dan close friends. Walaupun tak makan banyak tapi saya suka tengok orang makan hasil air tangan saya sendiri. Saya ni orang Negeri Sembilan jadi anak-anak suka makan Masak Lemak Cili Padi. Saya akan makan sikit tapi kurangkan kuah-kuah. Nasi saya selalunya a bit dry, saya lebihkan ikan dan sayur-sayuran.
Petua atau amalan diet yang diamalkan untuk menjaga kesihatan?
Saya makan nasi tapi in very small portion, kurangkan daging, banyakkan buah-buahan dan sayuran saya suka yang mentah.
Pendapat Tinie tentang pemakaian facemask sekarang? Apa pandangan anda sebagai supermodel yang perlu selalu bersiap?
It’s a must walaupun kita bermekap. Tapi jangan jadikan pakai facemask tu sebagai alasan untuk tak bersiap lebih-lebih lagi sebagai wanita kita kena hadiri majlis atau meeting.Always standby powder dan lipstik untuk touch up.
Cara menjaga kesihatan rambut agar mudah diurus?
Saya basuh setiap hari, dua kali iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Saya gunakan syampu dan perapi Loreal Kerastase, and never forget to put a hair mask. Memang lama dalam shower, hampir sejam untuk pastikan rambut saya benar-benar bersih, kulit kepala tak berminyak, not too dry dan kalau ada masa, saya keringkan guna hair dryer… tapi jangan setiap hari.
Senarai produk penjagaan kulit dan rambut yang anda gunakan sekarang.
Untuk skincare, saya gunakan toner Kiehls, moisturizer siang dan malam La Mer, krim malam Bobby Brown, base makeup NARS, lip balm Kiehls serta seminggu sekali pakai masker dari The Body Shop.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!