Kerajaan Negeri Kelantan melalui agensi media rasmi Kerajaan Negeri Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah atas penerimaan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (DK) membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan.
Menerusi gambar yang dikongsikan Unit Media Pejabat Kelantan, kelihatan Sultanah Kelantan itu anggun bertudung litup. Semenjak dimahsyurkan pada 2 Ogos lalu, Sultanah Kelantan itu sering mencuri pandangan menerusi perkongsian foto di laman sosial.
Sultanah Nur Diana Petra mendahului 769 penerima kurniaan darjah kehormatan tersebut di Istana Balai Besar, semalam.
Ads
Dalam istiadat sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-53 itu juga, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra yang dikurniakan gelaran Tengku Bendahara Kelantan.
Dalam istiadat yang sama, Che Puan Sofie Louise bersama Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dari Brunei Darussalam menerima darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan (SPMK) yang membawa kepada gelaran Dato’.
Ads
Manakala Exco Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, YB Dato’ Dr Izani Husin diperkenankan baginda menerima kurniaan Darjah Kebesaran Jiwa Mulia Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK), membawa gelaran Dato’.
Ads
Gambar: FB Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesiapa pun yang berpeluang mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Palestin buat pertama kalinya pasti akan merasa takjub dan sujud syukur, sukar diungkapkan kenikmatannya. Dapat melihat keindahan Dome of the Rock (Kubah Shakhrah) yang berkubah emas. Burung-burung yang berterbangan turut sama bertasbih memuji kebesaran Allah SWT.
Pada 17 Mei yang lalu, adik kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Sairah Tarudin telah berkongsi satu video di Instagram yang memaparkan detik terindah kakaknya itu yang pertama kali menjejakkan kaki ke Masjid Al-Aqsa. Menurut Siti Sairah, video yang berdurasi 0.58 saat itu dirakam pada tahun 2017. (Lihat video di akhir artikel)
Nona berpeluang menemu bual Datuk Seri Siti Nurhaliza secara ekslusif bagaimana pengalamannya ketika pertama kali menjejakkan kaki ke bumi anbiya itu. Sangat tersentuh dengan apa yang dikongsi oleh artis jelita ini. Rupa-rupanya Masjid Al-Aqsa ada kisah tersendiri buat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Sambil menulis, penulis membayangkan keindahan Masjid Al-Aqsa yang menjadi ‘harta paling berharga’ buat seluruh umat Islam. Beruntungnya Datuk Seri Siti Nurhaliza dapat jejakkan kaki ke sana, rezeki!
“Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur kerana pernah menjejakkan kaki sekali ke Masjid Al-Aqsa bersama suami dan juga rombongan ahli keluarga yang lain. Memang impian nak ke tanah haram (kiblat pertama umat Islam). Perjalanannya memang mendebarkan tetapi bila sampai di Masjid Al-Aqsa kita akan rasa sangat tenang.
Melihat kepada environment di sana sangat menarik dan ia membuatkan kita teruja. Perasaan berdebar-debar tu bukan apa, sebab kawasan tersebut dijaga oleh pihak Israel. So setiap border, setiap pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa dikawal ketat oleh polis dan pihak Israel.
Pun begitu, mereka tidak mengganggu pelancong luar, sebab itu kita rasa selamat. Selama ni kita sering mendengar dan rasa ‘takut-takut’ tetapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan mahupun perkara-perkara yang mencurigakan.
Pengalaman pertama kali ini cukup bermakna, saya sukakan persekitarannya yang sangat tenang dan indah. Sukar diungkapkan bila berada di Masjid Al-Aqsa. Perasaannya tu sama seperti saya pergi ke Mekah kerana dapat melihat 3 agama yang sangat kuat iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.
KEISTIMEWAAN
Bagi sesiapa yang membaca kisah dan sejarahnya, Palestin ini adalah tanah anbiya di mana Nabi-Nabi dilahirkan termasuklah kisah-kisah sejarah berlaku di sana. Di situlah juga tanahnya sangat subur dan berkah. Ketika di sana saya dibawa ke tempat yang sangat bersejarah dalam Islam. Ustaz yang bawa kami tu bercerita tentang di mana Nabi Isa a.s diangkat, akan ada Imam Mahadi, dan banyak lagi. Jadi, depan mata saya dapat lihat peninggalan sejarah-sejarah Islam termasuk para Nabi syuhada membuatkan kita lebih bersemangat untuk lebih menyayangi Masjid Al-Aqsa.
Di dalam Masjid Al-Aqsa terdapat banyak mimbar. Salah satunya ialah tempat Nabi Zakaria a.s berdoa agar dikurniakan zuriat. Dekat situlah juga saya berdoa untuk ambil keberkatan, berdoa sebelum saya ambil proses IVF sebelum dapatkan Aafiya. Saya betul-betul berada di tempat Nabi Zakaria a.s berdoa. Seronok sampai meremang bulu roma.
Bila tengok dalam Masjid Al-Aqsa tu, kebanyakan orang-orang Palestin sama ada yang lelaki mahupun perempuan mereka duduk sambil membaca dan menghafaz Al-Quran. Ada bapa-bapa yang menjaga anak-anak mereka yang menghafaz Al-Quran membuatkan saya rasa sangat kagum. Sebab itulah Masjid Al-Aqsa ni sangat hebat.
Suasananya berbeza dengan masjid-masjid lain yang pernah saya jejaki contohnya Masjid Nabawi tempat kita mengerjakan umrah dan haji. Cuma sejarah awal Masjid Al-Aqsa ada keistimewaannya tersendiri. Dari segi dekorasinya pula, tidak banyak pembaharuan kerana masih mengekalkan sejarah seni bina lamanya. Cuma apa yang saya lihat, dalam Dome of the Rock tu kubahnya sangat cantik dari segi architecture serta tulisan khatnya. Ini termasuklah tempat ‘ajaib’ di mana batu tergantung itu sangat mengkagumkan.
KAGUM DENGAN WANITA & ANAK-ANAK PALESTIN
Kita dilahirkan di tempat yang berbeza dengan semangat yang berbeza, Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui. Dia memilih mereka yang tertentu untuk berada di tempat yang tertentu. Kita seharusnya bersyukur kerana kita ditempatkan di negara yang tidak berperang dan tidak perlu berjuang dari segi mempertahankan tempat kita seperti mana di Palestin. Wanita-wanita Palestin ditakdirkan Allah SWT berada di tempat yang memerlukan mereka untuk berjihad, berjuang mempertahankan Masjid Al-Aqsa.
Selain wanita, saya juga kagum dengan anak-anak kecil Palestin. Semangat mereka tercetus apabila melihat perjuangan dan pengorbanan ibu bapa mereka. Manakala kita di Malaysia harus mendidik anak-anak agar lebih bersyukur dan menghargai keamanan. Didik mereka agar lebih banyak bersedekah serta membantu mereka yang dalam kesusahan.
Memang berbeza situasi kita dengan mereka. Maka, untuk mendidik anak-anak paling penting ialah ajar mereka tentang adab dan tahu menghargai sesuatu. Dari situ mereka akan tahu bagaimana untuk saling mengasihi sesama insan. Kalau mereka tahu orang-orang di negara luar sedang dalam kesusahan, kita didik anak-anak menjadi seorang yang bermurah hati untuk membantu.
Saya percaya, rakyat Palestin sebenarnya lebih kuat daripada apa yang kita sangka. Mereka redha dengan apa yang berlaku, kita sendiri pun tak sanggup. Kekuatan mereka sangat luar biasa! Saya kagum terutama wanita dan kanak-kanak di sana, mereka insan berani.
Kepada seluruh rakyat Malaysia, apa yang mampu kita berikan, contohnya dari segi wang ringgit untuk membantu mereka mendapatkan bantuan ubat-ubatan dan keperluan asas. Doa adalah senjata terbaik umat Islam. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT menurunkan keajaiban seterusnya peperangan ini dapat dihentikan. Yang penting Masjid Al-Aqsa terus dilindungi.
Semua ini sudah pun tertulis dalam Al-Quran. Sekarang ini masa untuk kita bersatu serta banyakkan berdoa agar rakyat Palestin dilindungi dan Allah SWT turunkan malapetaka ke atas Israel.
SALUR SUMBANGAN
Menerusi syarikat saya, memang ada perancangan untuk membuat kutipan bagi membantu rakyat Palestin. Bantuan secara peribadi pun ada termasuk bersama suami. Kami juga ada contact di Gaza iaitu sahabat kami sendiri untuk membantu saudara mara kita yang memerlukan di sana. Alhamdulillah kami cuba lakukan yang terbaik untuk membantu.”
Siapa sangka kehidupan bermula dalam sebuah keluarga biasa tetapi kerana cinta telah merubah gadis ini menjadi keluarga diraja. Maharani Michiko Shoda, 85, adalah seorang wanita bertuah yang berjaya menawan hati Putera Mahkota Jepun ketika itu.
Perkahwinan di antara Maharani Michiko yang memegang status wanita kebanyakan dengan Maharaja Akihito, 86 tahun, telah mencipta sejarah dalam instutusi keluarga diraja Jepun. Ini kerana perkahwinan yang dilangsungkan pada tahun 1959 ini merupakan perkahwinan pertama keluarga diraja Jepun dengan gadis biasa.
Lebih 500,000 orang membanjiri jalan untuk meraikan hari bersejarah itu dengan pasangan tersebut diarak menaiki kereta kuda.
Sudah tentu Maharani Michiko ini mempunyai aura yang luar biasa sehingga Maharaja Akihito sanggup memperisterikannya walaupun mendapat tentangan keluarga diraja.
Umpama sebuah cerita dongeng apabila mendengar cerita, cinta pasangan diraja ini bersemi di gelanggang tenis. Mereka berdua bertemu dalam satu kejohanan tenis musim panas pada tahun 1957. Mungkin pada ketika itu Mahkota Akihito telah terkena panahan asmara lalu mempelawa Michiko untuk bertanding dalam perlawanan tenis tersebut.
Sama ada Akihito benar-benar kalah atau sengaja memberi kemenangan kepada Michiko ketika perlawanan tersebut nyata berbaloi kerana dapat merebut cinta anak gadis kepada pasangan Hidesabuto Shoda dan Fumiko Soejima.
Michiko bukan sebarangan gadis kerana dilahirkan dalam keluarga kaya dan berpendidikan tinggi. Sejak kecil, Michiko telah dibentuk menjadi golongan sosialit dan belajar di sekolah Inggeris aliran Kristian. Michiko berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris di University of the Sacred Heart, Tokyo, Jepun.
Selama 60 tahun hidup sebagai keluarga diraja, Michiko pernah menyatakan bukan mudah hidup sebagai isteri Putera Mahkota dan seterusnya bergelar Maharani. Mujur pendidikan yang telah diberi oleh ibu bapanya sangat membantu dalam meneruskan hidup sebagai kerabat diraja.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Putera Mahkota Naruhito, 59; Putera Akishino, 53, dan Puteri Sayako, 49.
Perjalanan hidup Michiko sentiasa menjadi perhatian rakyat Jepun dan juga dunia. Pengunduran suaminya, Maharaja Akihito dan memberi laluan kepada anak sulungnya, Putera Mahkota Naruhito menaiki takhta pada 1 Mei 2019 turut mencipta sejarah institusi diraja Jepun.
Maharaja Akihito yang dilahirkan pada 1933 mewarisi takhta diraja Jepun pada 1989 menggantikan ayahandanya Maharaja Hirohito sekali gus bergelar pemerintah ke-125 dalam sejarah panjang keluarga diraja negara itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tumpang bahagia tengok kemesraan adik-beradik selebriti cantik, Afifah Nasir meraikan ulang tahun kelahiran ibu tersayang mereka baru-baru ini. Meskipun masing-masing sudah meningkat dewasa dan berkeluarga namun keakraban di samping ahli keluarga masih bertaut erat.
Menerusi perkongsian terbaharu Afifah Nasir, adik kepada Anzalna Nasir ini memuat naik momen istimewa menyambut hari lahir ratu hati kesayangan.
Turut kelihatan menyerikan majlis sambutan tersebut ialah bapa Afifah, Profesor Dr Md Nasir dan semua adik-beradik perempuan iaitu Diana, Anzalna, Mia dan Nazirah. Tidak ketinggalan, suami dan anak-anak mereka.
Dalam hantaran terbaharu itu, ibu kepada lima anak perempuan berkenaan tampil anggun berbusana putih gading.
Sempena hari lahir ibu, Nur Afifah Nasir tidak ketinggalan menitipkan ucapan terima kasih dan syukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan hanya penyayang. Bahkan prihatin terhadap keluarga termasuk cucu.
Ujarnya, “I thank Allah every day for making you, my mom. When I say I have the best mother, I truly mean it.
You are the kind of person who leaves kindness wherever you go. The sweetest wife, the most loving MIL who treats her sons in law like her own, and the absolute best grandma.
Every time you go out, you never come home empty handed for your grandkids, and you always make sure everyone is included because that’s just who you are. You are fair, thoughtful, and full of love.”
Tambah Afifah lagi, dia sangat bersyukur dan mendoakan agar ibu tersayang dikurniakan kesihatan yang baik serta dapat menyaksikan kejayaan membanggakan anak-anak kelak.
“Thank you, Allah, for blessing me with a mother like her. Semoga mama panjang umur so that we can continue making you proud and giving you many more reasons to smile. We love you more than words can say.”
Afifah Nasir merupakan anak kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu Profesor Dr Md Nasir Ibrahim.
Dia ialah anak keempat daripada lima adik-beradik perempuan. Selain Anzalna, kakaknya iaitu Mia Nasir juga terlibat dalam dunia lakonan. Sepanjang bergelar anak seni, Afifah pernah membintangi drama Bukan Puteri Lindungan Bulan dan juga berbakat dalam bidang nyanyian.
Tidak hanya berbakat dalam bidang seni, isteri Syed Hariz ini seorang selebriti yang berpendidikan tinggi dan memiliki dua ijazah dari Segi College Kuala Lumpur dan Upper Iowa University.
Malah Afifah juga dilaporkan sering memperoleh keputusan akademik membanggakan dengan meraih GPA 4 flat!
Afifah Nasir sah bergelar isteri Syed Hariz dalam sebuah majlis indah gilang-gemilang pada 5 Mei 2024. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai seorang anak diberi nama Syed Armand Mateen.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!