Tahukah anda, bakteria akan kembali ‘hinggap’ di badan 30 minit selepas mandi. Sebab itulah, mandi saja tidak memadai kerana ada lagi cara lain bagi mencegah kuman bersarang di badan.
Berikut 5 cara mudah untuk menjaga kebersihan badan agar kekal bersih dan segar sepanjang hari.
MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA
Badan yang letih akan mudah kekurangan cecair di dalam badan. Salah satu cara menjaga kesihatan badan agar terhindar daripada masalah ini ialah dengan pengambilan air putih kosong secukupnya setiap hari.
Usahakan minum air kosong secukupnya di sela-sela masa antara aktiviti harian anda. Maka, badan akan terhidrasi dengan baik dan sentiasa terasa segar meskipun beraktiviti seharian.
JANGAN MANDI TERLALU LAMA
Tahukah anda bahawa mandi terlalu lama boleh menghilangkan kelembaban semula jadi kulit? Inilah salah satu alasan mengapa kulit menjadi terasa kering. Agar kelembaban kulit terjaga dan kelihatan sihat, mandilah dengan waktu yang lebih singkat. Menjaga kesihatan badan membantu menjaga kelembaban kulit. Anda juga akan kelihatan segar sepanjang hari.
PELEMBAP
Membantu menjaga kesihatan badan secara luaran. Perlu diingat bahawa kulit yang kurang lembab lebih mudah diserang jangkitan kulit.
Selain itu, kulit kering juga boleh menjejaskan penampilan. Oleh itu, menggunakan pelembab kulit sangat penting supaya kulit tidak kering seterusnya terhindar daripada berbagai masalah disebabkan oleh kulit kering.
MAKAN IKUT WAKTU
Apa pun jenis makanan yang kita ambil pastinya akan mempengaruhi kesihatan. Namun, yang tak kurang pentingnya ialah makan mengikut waktu yang tepat dan teratur. Selain memberikan zat makanan pada badan, usahakan untuk tidak makan sebelum waktunya.
Makanlah ketika badan mulai terasa lapar. Meskipun sedang melakukan banyak aktiviti, jangan abaikan waktu makan. Berusahalah untuk mendisiplinkan diri untuk mengikut waktu makan secara teratur.
KIEHL’S FAVORITE BODY FORMULAS
Satu lagi cara ialah dengan menggunakan rangkaian produk KIEHL’S FAVORITE BODY FORMULAS. Pastinya badan anda bersih dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Grapefruit Body Cleanser berfungsi sebagai mandian berbuih yang membantu membersihkan kotoran tanpa mengeringkan kelembapan kulit.
Kiehl’s melancarkan Refill-A-Bottle kalis air yang boleh diguna semula dan dihasilkan darpada 100% aluminium. Diilhamkan daripada rekaan bungkusan apothecary, ia membolehkan anda mengisi semula botol berulang kali. Tujuannya, membantu mengurangkan penggunaan plastik single use. Produk ini dibungkus dalam 100% paper carton kitar semula dengan pam tambahan bagi kegunaan kecemasan.