Terserlah keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin tatkala mengenakan hijab baru-baru ini. Ramai yang terpegun dengan kecantikan Baginda ketika berangkat ke Majlis Hi-Tea Persatuan Badan Kebajikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (BAKAJASA) pada 10 Jun lalu.
Baginda tampil dalam persalinan kurung rona kuning dan hijab warna senada serta rantai leher mutiara sebagai lengkap gaya.
Kredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyaloffice
Majlis berkenaan berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang turut dihadiri Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), Datin Seri Masdiana Muhamad.
Ads
Dalam majlis itu, Baginda berkenan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 20 ahli BAKAJASA yang ditimpa bencana alam, kematian ahli keluarga serta mendapat cahaya mata baharu.
Kredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyaloffice
Melihat aura Tengku Permaisuri Norashikin, Baginda menyambut Ulang Tahun Hari Kelahiran ke-52 pada 4 Jun lalu. Bersandarkan personaliti dan penampilan Baginda yang elegan, ramai tidak menyangka Tengku Permaisuri Selangor ini sudah pun mencecah usia 52 tahun.
Ads
Dari hari pertama melihat wajah Baginda, ramai yang mengakui tertawan dengan kecantikan dan kelembutan yang dimiliki Tengku Permaisuri Norashikin yang juga merupakan bekas penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.
Penampilan Tengku Permaisuri Selangor ketika berada di khalayak sering mencuri perhatian. Malah, ramai wanita menjadikan Tengku Permaisuri Norashikin sebagai sumber inspirasi bukan sahaja dari segi keperibadian Baginda bahkan gaya dan cita rasa fesyen.
Percaya atau tidak, hanya empat barang ini saja yang menjadi rutin penjagaan kulit selebriti Hollywood, Rihanna. Dengan nilai kekayaan semasa $600 juta, jutawan yang tersenarai dalam 2020 America’s Self-Made Women (Forbes) itu percaya bahawa kesederhanaan adalah kunci kecantikan.
Selain menyanyi, Rihanna yang berusia 32 tahun dan berasal dari Barbados itu meraih kekayaannya melalui perniagaan kecantikan dan solekan, Fenty Beauty yang dimiliki bersama kumpulan LVMH. Beliau juga memiliki rangkaian lingerie yang diusahakan dengan TechStyle Fashion Group.
Kekayaan Rihanna tidak disia-siakan. Beliau banyak menyalurkan bantuan kemanusiaan umpamanya sehingga $8 juta untuk pemulihan COVID-19, $1 juta untuk masyarakat New York yang memerlukan, $2.1 juta untuk mangsa penderaan di Los Angeles dan baki $5 juta lagi untuk pelbagai kerja kebajikan melalui badan amal miliknya iaitu Clara Lionel Foundation.
@badgalriri
Rihanna, atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty, turut berkongsi rutin kecantikan yang mudah dan senang diamalkan. Bagi Rihanna, “Saya cuba jadikan rutin kecantikan saya sentiasa konsisten walau dimana pun saya berada. Semua barang ini dibawa kemana saja dan paling penting, produk lembapan supaya kulit tidak kering.”
Rona kulit kecoklatan langsung tidak menjejaskan daya tarikan wajah Rihanna. Tekstur yang licin dan nampak sihat bermaya rupa-rupanya terhasil daripada empat barang ini saja iaitu:
(1) Pembersih muka dan penanggal solekan Total Cleans’r Remove-It-All
(2) Penyegar dan serum Fat Water Pore-Refining Toner Serum
(4) Krim malam Instant Reset Overnight Recovery Gel Cream
“Apabila menghasilkan rangkaian Fenty Skin, penting untuk saya pastikan ia ‘mesra’ dengan solekan yang digunakan. Saya mengilhamkan Hydra Vizor yang ringan, telus pandang dan mengadun sekata dengan kulit.
Kami juga menjalankan kajian klinikal konsumer untuk memastikan ia sihat terhadap kulit,” cerita Rihanna yang banyak menimba ilmu kecantikan daripada rakan-rakan, ahli keluarga serta golongan profesional tentang kulit.
Rangkaian penjagaan kulit Fenty Skin kini terdapat di Sephora Malaysia
Kenyataan Rihanna turut diakui oleh pakar estetik yang juga duta Fenty Skin, Sean Garrette.
“Saya mengambil pendekatan mudah terhadap seni penjagaan kulit. Ringkas dan tidak merumitkan. Bagi saya, di pasaran sudah terlalu banyak produk dengan bahan-bahan dan pelbagai rawatan hingga membuatkan orang ramai keliru dengan rutin harian mereka.
Sebagai pakar estetik, saya selalu mengingatkan klien saya supaya mengamalkan rutin yang ringkas tapi fokus terhadap masalah yang spesifik. Percaya tak, anda tak perlukan 10 langkah untuk memiliki kulit sihat?
Antara sebab saya menyenangi produk Fenty Skin adalah kelebihan dua dalam satu dan multi-tasking yang ditawarkan. Ia memudahkan rutin kita tapi masih memberikan hasil kulit yang terbaik seperti rutin-rutin lain yang terlalu banyak langkahnya,” ulas Sean Garrette kepada Nona dalam temu bual kami.
Pesan Sean Garrette lagi, untuk mendapatkan kulit yang flawless, licin dan bersih tanpa cela, gunakan produk lembapan dengan bahan seperti asid hyaluronik dan lidah buaya. Ia dapat membantu melembapkan, menyamankan dan merawati kulit.
Bahan seperti niacinamide pula boleh membantu untuk menyekatakan tona kulit dan mengurangkan kesan tompokan bintik gelap.
Produk Fenty Skin sesuai untuk kulit Asia dan cukup berprestasi tinggi. Dengan haruman ceri Barbados yang kaya vitamin C, produk vegan dan berformulasi bebas minyak ini boleh didapati di gedung Sephora Malaysia pada harga di antara RM120-RM165.
Pengalaman Nona: Selepas mencuba sendiri rangkaian lengkap Fenty Skin selama sebulan, penulis berpuas hati dengan kondisi kulit yang nyata lebih sihat secara semula jadi. Bintik-bintik hitam atau blackheads berkurangan dan kulit tidak sekering dulu. Paling best, setiap produk Fenty Skin mempunyai bau yang sangat sedap, seperti bau buah-buahan Barbados yang ranum dan menyelerakan!
Produk kesukaan? Tentu sekali pencuci wajah Fenty Skin yang turut berfungsi sebagai makeup remover. Jimat masa!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sukar untuk percaya dapur atau pantri anda mempunyai bahan yang bermanfaat kepada kulit wajah. Soda penaik, bahan murah yang memiliki manfaat melindungi dan memperbaiki kulit wajah. Hanya masker wajah daripada soda penaik mampu membunuh pathogen dan menjadikan kulit anda sihat dan berseri. Rawatan alternatif ini boleh menjadi pilihan terbaik untuk bajet kecantikan anda.
Jerawat
Anda tidak memerlukan bahan kimia yang kuat untuk menghilangkan jerawat pada wajah. Campurkan soda penaik dan madu untuk disapu pada wajah. Selepas 15 minit, cuci bersih dan rasai perbezaannya.
Gigi putih
Takut berjumpa doktor gigi? Apa kata cuba kaedah sapuan gabungan soda penaik, strawberi dan jus lemon untuk memutihkan gigi secara semula jadi. Gunakan berus gigi dan mula memberus gigi anda. Tetapi, jangan lupakan terus temu janji anda dengan doktor gigi!
Skrub wajah
Tambahkan satu sudu besar soda penaik ke dalam pembersih wajah dan jadikan seperti pes. Urut pada wajah dengan gerakan secara membulat untuk menanggalkan kulit mati, terasa kulit lebih lembut dan bersih.
Kulit cerah
Mahukan kulit yang lebih cerah? Campurkan soda penaik dengan satu sudu besar jus lemon serta beberapa titisan minyak zaitun. Selepas mencuci wajah, sapukan pes dan bersihkan selepas 10 minit.
Berkumur
Satu sudu teh soda penaik dan tiga titisan minyak essential peppermint di campurkan dengan segelas air. Sedia untuk berkumur dan meneutralkan bakteria yang ada di dalam mulut.
Mandian detoks
Bukan hanya soda penaik bagus untuk kulit wajah tetapi ia juga menjadi bahan terbaik dalam mandian detoks. Mandian detoks menyingkirkan toksin dan membiarkan kulit tubuh dibelai manja apatah lagi jika bahan itu daripada sumber mineral yang baik. Cuba kaedah ini pada waktu petang kerana penyingkiran toksin ada kalanya membuatkan tubuh anda letih. Pastikan anda kekal terhidrat! Caranya, tambahkan 1 – 2 cawan soda penaik bersama 2 cawan garam Epsom ke dalam tab mandi dan berendamlah selama 30 minit.
Selaran matahari
Mudah terkena sunburn saat kulit terbiar kepada cahaya matahari? Rendam tuala kecil di dalam campuran air dan soda penaik. Ataupun, tambahkan ½ cawan soda penaik dalam air suam ketika mandi. Ia boleh melegakan kesan sunburn dan gatal-gatal. Ia pengganti terbaik sekiranya anda tidak mempunyai aloe vera.
Apa kebaikan mask soda penaik?
Kelebihan terbesar masker soda penaik adalah untuk merawat jerawat dan kesan cela kerana ia merupakan antibiotik semula jadi yang memperbaiki infeksi fungus yang tersembunyi. Soda penaik juga memadam secara perlahan parut jerawat serta mempercepatkan penyembuhan pada kerosakan kulit.
Ia juga solusi terbaik bintik hitam. Ia membantu menyingkirkan jangkitan yang menimbulkan bintik hitam dan mengetatkan kulit kasar di sekitarnya.
Pupur muka soda juga hebat mengawal pori-pori kerana ia bercirikan antiseptik sederhana dan anti-radang yang meringankan keradangan. Lebih hebat kerana ia mampu menyerap minyak dan menghalangnya dari tersumbat.
TIPS!
JANGAN letakkan masker pada kulit luka, melecur atau iritasi kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi lebih teruk.
ELAK menggunakan pupur wajah pada sunburn.
Sebelum menggunakan pupur wajah, letakkan sedikit dahulu dan tunggu 5 minit untuk melihat reaksi pada kulit. Sekiranya pedih, bersihkan serta-merta.
BERHATI-HATI menggunakan masker wajah. Jangan biarkan ia terkena mata.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertubuh langsing sememangnya menjadi dambaan semua wanita. Mempunyai berat badan ideal dengan ketinggian serta pemilihan makanan yang seimbang menjadi elemen utama penampilan menarik. Mana tidaknya, penampilan yang menawan pasti membuatkan si dia bertambah sayang terhadap anda. Namun persoalannya, bagaimana anda dapat mengekalkan berat ideal yang dimiliki?
Jawapannya adalah dengan menjaga pemakanan atau food intake seharian. Diet bukan untuk kelihatan cantik semata-mata malah ia bertujuan untuk membantu anda kekal sihat. Pemakanan yang tidak dikawal boleh menjejaskan sistem pencernaan tubuh seterusnya berat badan akan bertambah. Jadilah seorang yang selektif serta berhati-hati ketika memilih makanan. Amalkan sedikit panduan yang dipetik daripada Times of India berkenaan pilihan makanan yang perlu diambil dalam senarai diet anda.
SAYURAN
Tidak lengkap diet seseorang itu tanpa pengambilan sayur-sayuran. Anda boleh mengambil sayur-sayuran yang tinggi kandungan seratnya di samping Vitamin C dan K serta asid folik contohnya bayam, asparagus dan brokoli. Sayur-sayuran ini juga dapat membantu melindungi tubuh serta membekalkan empat jenis sumber mineral penting iaitu kalsium, magnesium, zat besi dan potasium.
BIJI GANDUM
Biji gandum mengandungi lebih banyak serat iaitu kira-kira 96% di samping nutrien penting dan vitamin. Anda disarankan untuk mengambil roti gandum, pasta gandum dan beras perang. Gandum mengandungi nutrien penting dan tidak menyebabkan peningkatan berat badan. Mulakan hari anda dengan bijirin gandum atau roti gandum yang dibakar.
KEKACANG
Menambah kekacang di dalam menu diet anda adalah pilihan yang tepat. Kekacang merupakan sumber protein, magnesium serta vitamin B dan E. Selain itu, kekacang sangat bermanfaat untuk melindungi tubuh daripada serangan penyakit jantung dan kanser. Kekacang juga bagus untuk kesihatan jantung. Anda mungkin boleh menikmati kekacang sebagai kudapan atau ditaburkan pada salad dan bijirin ketika sarapan.
YOGURT
Yogurt rendah lemak atau yogurt asli merupakan sumber vitamin, protein serta kalsium. Yogurt mengandungi bakteria sihat yang membantu melindungi tubuh daripada serangan penyakit. Makanlah yogurt sekurang-kurangnya empat cawan seminggu untuk diet anda. Jangan tambahkan gula. Sebaiknya pilihlah yogurt asli dan anda boleh menambahkan sedikit potongan buah-buahan segar atau sayur-sayuran ke dalamnya.
BUAH BERI
Anda perlu tahu bahawa buah beri juga penting untuk diet sihat kerana mengandungi serat di samping dapat membantu mengurangkan berat badan. Buah beri mengandungi antioksidan yang lebih protektif berbanding makanan-makanan lain. Antioksidan ini bukan hanya melindungi tubuh daripada penyakit berbahaya malah membantu mencegah lemah daya ingatan. Amalkan makan semangkuk buah beri segar atau beku setiap tiga kali seminggu.
SERAT
Selain membantu membuatkan anda rasa kenyang, serat juga menjadikan program diet anda lebih mudah dan membantu melindungi penyakit jantung dan kanser. Selain itu, serat juga menjaga fungsi saluran pencernaan agar kekal normal dan terhindar daripada masalah sembelit. Serat juga dikatakan dapat membantu mencegah kanser payudara. Sumber terbaik bagi serat ialah gandum, biji-bijian, buah-buahan serta sayur-sayuran yang dimakan bersama kulitnya, kekacang, tepung beras, tepung gandum, epal serta strawberi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.