Walau sudah lebih dua tahun berlalu namun pertemuan dengan Datin Umi Kalsom Abdol Latif sukar dilupakan. Mana tidaknya, dia seorang wanita menyenangkan, sangat mesra, penyayang, berjiwa besar dan cantik dalam kelas tersendiri.

IKLAN

Meskipun baru pertama kali bersua namun sepanjang berada bersama ibu Dato’ Fazley Yaakob ini bermacam-macam petua dan pengalaman hidup dikongsikan Datin Umi kepada penulis. Yang pasti, beliau tidak lokek berkongsi rahsia!

Melihat raut wajah Datin Umi pasti ramai yang tidak menyangka ibu empat anak ini sudah pun mencecah usia 70 tahun pada 13 April. Bersandarkan rupa paras cantik dan pesona anggun yang dimiliki, Datin Umi kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar.

Apatah lagi beliau masih kekal cergas dan bijak bergaya. Sambil mengaku gemar berfesyen tetapi masih berpegang kepada penampilan sopan seorang muslimah, Datin Umi terbuka berkongsi rutin harian.

Anggun Jelita Usia 70 Tahun, Datin Umi Kalsom Jadikan Al-Quran ‘Teman Baik’ & Jiwa Tenang!
Kredit Instagram @rsd.umi
Anggun Jelita Usia 70 Tahun, Datin Umi Kalsom Jadikan Al-Quran ‘Teman Baik’ & Jiwa Tenang!
Kredit Instagram @rsd.umi
Anggun Jelita Usia 70 Tahun, Datin Umi Kalsom Jadikan Al-Quran ‘Teman Baik’ & Jiwa Tenang!
Kredit Instagram @rsd.umi

Ditanya petua cantik yang diamalkan hingga mampu kelihatan menarik pada usia begini, ini jawapan jujur beliau. “Mungkin sebab jiwa saya tak suka simpan apa-apa. Maksudnya, ada orang kalau ada sesuatu yang tidak kena mereka suka simpan dan pendam tapi saya tak.

Saya orangnya cukup terbuka tidak kira sama ada dengan arwah suami ke, anak-anak mahupun kawan-kawan. Kalau saya ada rasa kurang senang dengan sesuatu perkara, saya akan cakap dan tak simpan.

Dari situ, tiada lagi perasaan curiga dan mungkin salah satunya juga saya tak kata yang saya alim tapi saya amal baca Al-Quran hari-hari. Tambahan lagi bila arwah suami dan emak dah tak ada.

Bayangkan, lepas satu bulan suami meninggal dunia selang dua minggu kemudian emak pula pergi menghadap ilahi.

IKLAN
Anggun Jelita Usia 70 Tahun, Datin Umi Kalsom Jadikan Al-Quran ‘Teman Baik’ & Jiwa Tenang!
Kredit Instagram @rsd.umi
Anggun Jelita Usia 70 Tahun, Datin Umi Kalsom Jadikan Al-Quran ‘Teman Baik’ & Jiwa Tenang!
Kredit Instagram @rsd.umi
Anggun Jelita Usia 70 Tahun, Datin Umi Kalsom Jadikan Al-Quran ‘Teman Baik’ & Jiwa Tenang!
Kredit Instagram @rsd.umi

Kalau saya pergi luar negara pun, saya ada apps yang membolehkan saya sentiasa mengaji. Sejak arwah tak ada, saya mula catit berapa banyak kali saya dah khatam selama empat tahun ini. Dalam sehari saya akan peruntukan sekurang-kurangnya sejam untuk baca Al-Quran dan target berapa lama saya boleh habis baca satu Al-Quran.

Selain mengamalkan rutin itu sebenarnya tak ada pun petua lain sebab saya tak makan jamu. Saya ingat lagi arwah suami pernah pesan dulu.

IKLAN

Katanya, “Ibu, biar ibu setua tu. Jangan ‘cucuk-cucuk’, bapak tak bagi. Kalau ibu buat facial, itu tak apa.”

Mengakui budaya wanita hari ini yang lebih berdikari dan memiliki kerjaya sendiri, Datin Umi bagaimana pun menitipkan pesan kepada seluruh wanita demi mengimbangi kehidupan berkeluarga.

“Ibu saya ajar, macam mana tinggi pangkat kita sebagai seorang wanita tapi bila kita dah berkahwin dan ada di rumah… kita adalah isteri dan ibu.

Sebagai seorang wanita, macam mana sibuk kerjaya sekalipun menjaga suami dan anak-anak juga adalah tanggungjawab. Paling penting, pastikan anak-anak dapat didikan agama,” akhirinya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI