Perkongsian potret rasmi terbaharu Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di platform media sosial rasmi Selangor Royal Office meraih perhatian warga maya dan juga rakyat jelata.
Rata-rata mereka mengagumi kecantikan yang dimiliki Baginda selain ruangan komen turut dibanjiri dengan ucapan tahniah.
Lebih istimewa, potret rasmi tersebut menampilkan Tengku Permaisuri Selangor anggun berhijab. Sekaligus menyerlahkan kejelitaan Baginda.
Dalam perkongsian di akaun rasmi Selangor Royal Office, potret rasmi itu akan mula diedar kepada umum bermula pada hari Isnin, 19 Ogos 2024.
Cetakan pertama juga boleh diperoleh secara percuma di Bahagian Korporat, Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam, Selangor.
Ads
Manakala untuk jabatan-jabatan dan agensi kerajaan negeri, boleh mendapatkannya di Unit Pentadbiran Am, Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 18, Bangunan SSAAS.
Ads
Pada 8 September 2016, Tengku Permaisuri Norashikin dilantik sebagai Tengku Permaisuri Selangor dan memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Ternyata, Priyanka Chopra Jonas bukan calang-calang wanita! Tak hanya dikurniakan raut wajah cantik dia juga berjaya melakar pelbagai kejayaan. Dibesarkan dalam keluarga kelas pertengahan yang mengamalkan adat dan budaya masyarakat India yang kuat, Priyanka yang kini berusia 41 tahun semakin mencipta nama dalam industri seni Hollywood!
Priyanka merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Dr Ashok Chopra dan Dr Madhu Chopra. Kedua-dua ibu bapanya berkhidmat sebagai doktor dalam angkatan tentera India dan mereka sering berpindah. Selebriti ternama ini turut mempunyai seorang adik lelaki iaitu Siddharth Chopra.
Hubungan Priyanka dengan bapa tersayang sangat akrab dan aktres ini sentiasa menjadikan bapanya sebagai inspirasi dalam kehidupan. Bagaimana pun, Dr Ashok meninggal dunia pada tahun 2013 akibat kanser.
Keakraban anak dan bapa ini dibuktikan dalam salah satu perkongsian Priyanka di Instagram miliknya ketika masih kecil dengan memakai pakaian seragam tentera bapa
tersayang.
“Waktu kecil saya suka pakai baju seragam tentera milik bapa. Saya mahu jadi sepertinya. Dia adalah idola saya. Bapa jugalah yang mendedahkan saya dengan dunia lasak.
Walau masih kecil, saya suka meneroka perkara baru dan buat sesuatu yang belum pernah saya cuba atau orang lain buat. Sebab saya sentiasa mahu jadi yang pertama.”
Menurut laporan Insider, bintang filem Baywatch ini pernah bersekolah Amerika Syarikat dan Army School, Bareilly di India. Ketika bersekolah di Boston, Priyanka mengaku sering dibuli kerana berketurunan India.
Ibunya, Dr Madhu Chopra turut mendedahkan sewaktu kecil Priyanka gemar mengenakan penampilan tomboy namun bertukar menjadi gadis cantik yang menjadi buruan apabila meningkat dewasa.
Difahamkan sebelum memenangi pertandingan Miss World 2020, Priyanka menyimpan cita-cita untuk menjadi jurutera aeronautik NASA.
Bagaimana pun impian itu terkandas dan sejak bergelar ratu cantik, jelitawan ini serius menceburi industri seni Bollywood sehingga meraih pelbagai anugerah. Bahkan sehingga ke hari ini, Priyanka merupakan antara selebriti India yang mendapat bayaran paling mahal!
Kini Priyanka merupakan isteri Nick Jonas dan mereka mempunyai seorang anak perempuan comel diberi nama Malti Marie Chopra. Malti dalam bahasa Sanskrit membawa maksud ‘bunga kecil yang harum’ atau ‘cahaya bulan’.
Pasangan popular tersebut berkahwin pada 1 Disember 2018 dan umum berita kelahiran bayi mereka yang diperoleh menerusi kaedah ibu tumpang pada tahun lalu.
Pada tahun 2016, Priyanka mencipta satu lagi sejarah dalam hidupnya apabila terpilih menerima penganugerahan pingat keempat tertinggi sebagai rakyat India iaitu Padma Shri.
Malah dalam temubual bersama Times, Priyanka memaklumkan dia enggan digelar pelakon atau bintang terkenal sebaliknya mahu mempunyai legasi sendiri dan tidak dilabel stereotaip.
Dia mahu melakukan sesuatu yang baru dan meninggalkan impak besar kepada masyarakat.
Rentetan kejayaan cemerlangnya sebagai rakyat India, Priyanka dilantik sebagai India UNICEF Goodwill Ambassador yang berperanan memperkasa hak kanak-kanak pada tahun
2010.
Priyanka turut menerbitkan buku pertamanya ‘Unfinished’ yang menceritakan kisah hidup dan perjalanan karier dari dulu hingga sekarang.
Aura dan wajah cantik Kristine Hermosa dalam drama popular Filipina, Pangako Sa’yo suatu masa dulu masih terpahat kemas di hati peminat hingga sekarang meskipun sudah lebih dua dekad berlalu.
Pernah mencipta fenomena di Malaysia menerusi rantaian drama bersiri tersebut, Kristine kembali digandingkan bersama aktor utama Pangako Sa’yo iaitu Jericho Rosales menerusi Sanay Wala Nang Wakas sekitar tahun 2003.
Kristine yang bakal menginjak usia 40 tahun menikmati hidup bahagia di samping keluarga tersayang. Tidak hanya dikurniakan seorang suami yang romantik dan penyayang, Kristine
cukup bertuah kerana turut mempunyai empat cahaya mata yang comel dan bijak!
Lebih istimewa, aktres yang dilahirkan di Masbate, Filipina ini menerima kehadiran anak kelima pada 3 Ogos 2021. Meriahnya keluarga besar aktres jelita tersebut!
Difahamkan isteri kepada Oyo Sotto ini menamakan anak kelima mereka Vittorio Issac.
Kristine dan Oyo Sotto berkahwin pada Januari 2011 selepas lebih setahun bercinta. Pasangan ini juga dikatakan mula berkenalan pada tahun 2004 ketika sama-sama
menjayakan drama ‘Enteng Kabisote’. Oyo merupakan anak kepada pelakon komedi veteran Filipina, Vic Sotto.
Sebelum berkahwin, Kristine dan Oyo nekad mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkat mereka yang diberi nama Kristian Daniel Sotto yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-15 baru-baru ini.
Mereka kemudian menerima kehadiran anak kandung sulung, Ondrea Bliss Sotto pada tahun 2011.
Tiga tahun berikutnya, Kristine melahirkan Kaleb Hanns Sotto dan Marvic Valentin Sotto II pada tahun 2016.
Ini merupakan perkahwinan kedua Kristine. Terdahulu, Kristine pernah berkahwin dengan Diether Ocampo namun bercerai pada tahun 2009.
Pemilik nama Kristine Hermosa Orille-Sotto ini mula bergelar anak seni sejak tahun 2000 dan merupakan anak kedua daripada empat beradik.
Difahamkan Kristine mewarisi kecantikan ibu tersayang yang mempunyai darah kacukan Sepanyol sementara bapanya pula berketurunan Filipina – Cina.
Umum sedia maklum, jika bergelar selebriti perlu sentiasa tampil cantik, jelita, menawan dan sempurna di khalayak ramai. Ini demikian kerana, sebagai public figure seorang selebriti itu akan sentiasa menjadi sorotan, rujukan mahupun role-model kepada para peminatnya.
Perkara ini juga diakui oleh pelakon jelita, Diana Danielle yang mempunyai latar belakang kacukan Malaysia-Amerika Syarikat. Menurutnya, yang lebih mesra disapa sebagai Dee, selebriti dia juga tidak terkecuali dari mengalami masalah kulit dan perlu sentiasa menitikberatkan penampilan sebelum tampil di khalayak umum.
Ketika bertemu Dee, pada salah satu majlis pelancaran serum kecantikan di Ibu Kota team NONA sempat bertanyakan apakah Dee pernah mengalami sebarang masalah kulit dan bagaimana cara dia mengekalkan kecantikan kulit atau rejim kecantikan yang diamalkanya, jom semak!
Menurut isteri kepada aktor Farid Kamil itu, dia merupakan seorang yang amat ‘simple’ apabila berkongsi tentang rutin kecantikan miliknya, Diana mendedahkan bahawa dia tidak gemar memakai terlalu banyak produk penjagaan kulit, cukup sekadar yang asas sahaja.
“Sebelum lakukan apa-apa jua rutin kecantikan sebaik bangun sahaja daripada tidur Dee akan pastikan minum air secukupnya terlebih terlebih dahulu, kerana itu adalah rutin terbaik untuk kulit.
“Selepas itu, Dee akan basuh muka dengan pencuci muka yang mampu menghidrasi kulit sekaligus mengatasi masalah kulit kering, sebab kulit Dee jenis agak kering.
“Kemudian, saya akan prep muka dengan ais batu setiap kali sebelum menjalankan rutin skincare atau solekan, ini bertujuan untuk sekatakan complexion kulit Dee, sebab selain menghadapi masalah kulit kering, kulit saya kadang-kadang ada masalah tompok-tompok merah.
“Saya akan pastikan sebelum bersolek akan prep muka menggunakan pelembab terlebih dahulu. Oleh kerana mempunyai masalah, kulit kering Dee suka bertukar-tukar pelembab.
“Jadi Dee ada lima ke enam pelembab, dan akan pilih menggunakan pelembap yang lebih ringan pada hari-hari biasa. Serta pelembap yang lebih berat, jika memerlukan Dee untuk mengenakan solekan yang tebal pada hari shooting, hadiri event dan sebagainya,” jelas Diana Danielle.
“Paling penting, jangan lupa gunakan sunscreen setiap hari tidak kira semasa berada dalam atau luar rumah untuk melindungi kulit kita dari kesan pancaran matahari.
“Dee suka gunakan sunscreen jenis spray, kerana lebih mudah untuk kita re-apply dalam tempoh dua hingga tiga jam sebelum dan selepas kita berada di luar rumah,” ujarnya.
Untuk rekod, Diana Danielle merupakan seorang pelakon wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat. Beliau mula dikenali umum menerusi filem sulung lakonannya Idola dan telah membintangi beberapa filem dan drama TV sehingga kini.
Pada 3 November 2012, Diana Danielle telah mengakhiri zaman bujangnya bersama aktor dan pengarah, Farid Kamil dan hasil perkongsian hidup selama dua belas tahun itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.