Kalau dah namanya anak selebriti, pasti tak lepas menerima perhatian khalayak. Walau baru meniti usia 12 tahun namun anak Aishwarya Rai, Aaradhya Bachchan ini sudah pun menjadi tumpuan media.
IKLAN
Bukan hanya kerana ibu bapanya merupakan selebriti ternama bahkan datuk dan nenek Aaradhya juga bintang lagenda di sana.
Pendek kata, gadis ini bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga bangsawan dan terkenal India.
Selain mewarisi kejelitaan ibu tersayang, Aaradhya turut berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan Miss World 1994 tersebut.
Aishwarya dilahirkan pada tanggal 1 November 1973 manakala Aaradhya pula lahir pada 16 November 2011.
November depan, cucu kesayangan Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan ini bakal berusia 12 tahun dan puteri tunggal kepada Aishwarya dan Abhishek ini sememangnya seorang kanak-kanak yang bertuah.
Sejak kecil lagi, kelibat Aaradhya sering kelihatan menemani Aishwarya ke majlis-majlis fesyen.
Biarpun masih kecil namun aktres filem Mohabbatein ini bijak mengenakan pakaian yang bergaya dan sesuai untuk anak tersayang.
Mana tahu, dia mungkin pelapis bintang terkenal Bollywood kelak.
Pada 20 April lepas, genap 16 tahun pasangan selebriti romantis ini berkahwin dan bergelar suami isteri. Bahagia membesarkan anak dan hidup berumah tangga, Aishwarya dan Abhishek cukup menjaga privasi keluarga tersayang dan jarang mendedahkan kisah keluarga kepada umum.
Siapa tak mengenali Miss Universe Filiphina, Pia Wurtzbach yang suatu ketika dulu popular apabila kemenangannya pada pertandingan ratu cantik pada 2015 menimbulkan kontroversi apabila hos Steve Harvey membuat kesilapan ketika mengumumkan nama pemenang. Tercatat sebagai salah satu momen paling kecoh diperkatakan sewaktu itu, populariti Pia semakin mencanak selepas kejadian tersebut.
Dan kini, nama Pia kembali menjadi sohor kini selepas dia mengumumkan secara rasmi yang dirinya kini sudah selamat menjadi isteri kepada lelaki pujaan hatinya, seorang usahawan tampan Jeremy Jauncey.
Jeremy Jauncey merupakan seorang usahawan dan juga Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Beautiful Destinations, sebuah syarikat studio strategik, kreatif dan penciptaan kandungan yang memenangi anugerah memfokuskan pada perjalanan dan pemandangan terbaik dunia.
Bercinta sejak tahun 2019, Pia memilih untuk melangsungkan perkahwinan sederhana di sebuah pulau yang indah. Berita perkahwinan Pia dan Jeremy tiba-tiba mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini tiada sebarang makluman mengenai perkara ini.
Perkahwinan Pia dan Jeremy disambut dengan ucapan tahniah oleh rakan-rakan selebriti dan pencinta pertandingan Miss Universe yang mendoakan kebahagiaan mereka. Menurut sumber, majlis pernikahan mereka dianjurkan secara tertutup dan sangat sederhana malah hanya dihadiri oleh beberapa orang kenalan rapat saja. Tiada ahli keluarga Pia dan Jeremy dilihat hadir.
Yang menariknya, Pia dan Jeremy memilih lokasi sebuah pulau eksotik di Seychelles di wilayah Afrika Timur sebagai tempat untuk mereka melaung dan mengikrarkan janji. Berbeza dengan pasangan selebriti yang lain, pasangan sama cantik sama padan ini dilihat cukup menjaga privasi dan tidak banyak berkongsi momen persandingan mereka dengan media.
Selepas sah bergelar suami dan isteri, Pia dan Jeremy masing-masing memuatnaik foto dan video di media sosial mereka dengan kapsyen “Forever & always, Mr & Mrs Jauncey”. Tahniah NONA ucapkan kepada Pia dan Jeremy, dan semoga cepat-cepat dapat anak.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Melihat filem lakonan Nicole Kidman sejak dari dulu hingga sekarang macam tak percaya pelakon cantik ini sudah berusia 52 tahun. Memiliki tubuh yang tinggi lampai mungkin bonus kepada wanita berambut kerinting ini tapi bagaimana beliau mampu mengekalkan kecantikannya itu, sangat mengagumkan.
Paling cemburu apabila ada pihak media Barat yang mencungkil rahsia diet Nicole, jawapan wanita yang telah memenangi berbagai anugerah bidang lakonan yang diceburinya, “Saya makan semua makanan dan tak berpantang,” jawabnya. Betul ke tu Nicole, makan macam-macam tapi berat badan tak naik.
Beruntung Nicole tidak perlu ‘mendera’ diri dengan menyekat makanan masuk dalam tubuh tetapi hasilnya tubuh yang menawan dan dicemburui oleh ramai wanita. “Saya sebenarnya tidak terlalu strict dengan pola pemakanan. Boleh dikatakan saya makan semua makanan kegemaran TETAPI saya mengamalkan pengambilan makanan secara sederhana,” tutur Nicole yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Australia dan Amerika Syarikat ini.
Wanita yang memegang watak sebagai Satine dalam filem Moulin Rouge ini jujur berkongsi bahawa dia mengamalkan 80 peratus diet sihat dan 20 peratus sebaliknya. “Saya juga percaya dengan natural health remedies. Cuba cari bahan semula jadi dengan tubuh masing-masing untuk meningkatkan tenaga,” jelas Nicole yang berlakon dalam filem Aquaman ini.
Nicole juga seorang coffee lover. Kata Nicole, dia dan suaminya enjoy minum kopi bersama. Tetapi pasangan ini menikmati kopi dengan cara yang berbeza. “Saya dan suami lebih suka minum buih kopi berbanding air kopi itu sendiri. Kalau buat pesanan di kedai kopi – saya nak cappuccino, buih lebih dan air kopi kurang,” kata isteri kepada Keith Urban ini.
Foto: Instagram @nicolekidman
Selain itu, Nicole juga banyak berlari, melakukan yoga dan spinning (indoor cycling). Bukan mudah untuk seorang yang bergelar aktres di Hollywood untuk kekal lama. Salah satu faktor yang membuat seseorang aktres itu menjadi pilihan pengarah adalah kecantikannya. Nyata Nicole di antara pelakon yang sudah berusia tetapi masih dikejar oleh pengarah filem Hollywood.
Tak sangka rupa-rupanya ibu kepada empat orang anak ini pernah mengalami keguguran ketika baru berkahwin dengan bintang Mission Impossible, Tom Cruise dahulu. Ketika itu, Nicole mengandung luar rahim dan begitu trauma dengan pengalamannya. Ekoran dari peristiwa tersebut Nicole dan Tom telah mengambil 2 orang anak angkat, Isabella Jane Cruise, 28 tahun dan Connor Anthony Cruise, 25 tahun.
Foto: Instagram @nicolekidman
Mujur fobia Nicole tidak berpanjangan apabila melahirkan anak pertama hasil perkahwinan keduanya pada tahun 2008. Bayi comel yang diberi nama Sunday Rose Kidman Urban itu kini berusia 12 tahun. Ketika mengandungkan anak kedua, sekali lagi Nicole mengalami masalah ketika mengandung namun berjaya mengatasinya, maka lahirlah Faith Margaret Kidman Urban pada tahun 2010.
Hubungan intim boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara pasangan. Maka mustahak untuk kedua-dua pasangan memainkan peranan untuk menceriakan lagi hubungan itu.
Mungkin perkara utama pasangan perlu lakukan ialah mengekalkan komunikasi yang telah bermula sebelum mereka berhijrah ke jenjang pelamin. Malah pasangan perlu memperluaskan lagi komunikasi mereka dengan komunikasi secara terbuka, termasuk juga perbicaraan tentang hubungan intim, termasuk tentang keseronokan dan kepuasan serta keruncingan.
Keceriaan dalam hubungan intim seksual akan tergendala apabila pemikiran dan kefahaman pasangan tidak sehala dan mereka sukar untuk bertolak-ansur. Tanpa komunikasi yang terbuka memang sukar untuk bersemuka apatah lagi untuk berbicara tentang isu dan perihal hubungan intim seksual.
Kesihatan dan kesejahteraan ialah tunjang keharmonian rumah tangga. Kedua-dua pasangan perlu amal gaya hidup sihat dan peka tentang penjagaan kesihatan masing-masing. Memandangkan hubungan intim seksual suatu aktiviti lasak, maka mustahak untuk pasangan mengekalkan kecergasan tubuh badan dengan mengamalkan senaman yang berkala.
Tanpa stamina dan kecergasan tubuh badan memang sukar untuk menjayakan apa-apa aktiviti berdaya lasak dan ini termasuk hubungan intim seksual.
Senaman secara berkumpulan atau yang dilakukan secara bersama lebih menceriakan kerana tidak membosankan dan jika dilakukan bersama, sudah tentu dapat meningkatkan lagi keseronokan dan keceriaan.
Pendek kata, mustahak untuk pasangan mengamalkan gaya hidup sihat. Kawal berat badan ke peringkat unggul. Pastikan makan makanan yang seimbang termasuk cukup serat dan air kerana kedua-dua elemen ini dapat mengeluarkan bahan toksik dalam badan.
Amalan makan suplemen seperti vitamin dan zat galian membantu menstabilkan metabolisme pemakanan dalam badan dan mencergaskan sistem reproduktif dan fungsinya.
Amalan tidak sihat seperti merokok, menghisap shisha dan minum minuman keras dan pengambilan najis dadah seperti ganja perlu dielakkan.
Punca Kedinginan
(a) Rokok
Rokok mengakibatkan anggota kelamin lelaki cepat kecut dan kecil dan tidak bertahan lama atau mati pucuk begitu juga dengan shisha.
(b) Minuman beralkohol
Manakala minuman beralkohol pula melemahkan minda dan mengakibatkan individu hilang daya kawalan diri dan ini termasuk kawalan fungsi syahwat lelaki.
(c) Dadah
Pengambilan dadah seperti ganja dan pelbagai menekan sistem kawalan syahwat dan membuatkan pengamalnya rasa hebat dalam hubungan seks, yang secara langsung membuatkan sistem kawalan syahwat menjadi lemah.
(d) Stres
Stres atau tekanan mengancam hubungan intim seksual jika tidak dapat dikawal. Stres mengakibatkan perasaan gemuruh dan berderau (debaran jantung yang luar biasa) dan ini membuatkan perjalanan darah dalam anggota kelamin tergendala dan mengganggu pencapaian ereksi untuk lelaki.
Pengurusan rumah tangga, kehamilan, kelahiran, penjagaan anak dan kerjaya memberi tekanan yang khusus. Keletihan, kelesuan boleh menimbulkan keresahan dan tekanan dalam keharmonian rumah tangga dan mengancam suasana intimasi yang telah terjalin. Ini tidak bererti yang intimasi sudah hilang. Jika pasangan dapat menguruskan semua cabaran itu dengan permuafakatan, keadaan yang tegang akan menjadi tenang dan keceriaan intimasi akan kembali dengan bergelora.
Keresahan, tekanan dan kemurungan boleh ditangani dengan pasangan bekerjasama. Sentuhan, pelukan, kucup dan belaian membantu melegakan minda dan tekanan fizikal serta menghidupkan kembali suasana intimasi.
Bimbingan dan rawatan
Dengan amalan pemeriksaan kesihatan secara tahunan, mereka akan dapat mengetahui kedudukan kesihatan mereka dan mendapat nasihat, bimbingan dan rawatan daripada doktor di peringkat awal lagi. Sebelum penyakit itu mengganggu kesejahteraan kesihatan seksual mereka. Penyakit kronik seperti peningkatan kolesterol, peningkatan gula dalam darah (diabetes) dan peningkatan tekanan darah mengancam fungsi seksual lelaki.
Bagi lelaki, penyakit tersebut boleh menyebabkan kelemahan daya kawalan ejakulasi (ejakulasi pramatang) atau mati pucuk. Apabila fungsi anggota syahwat mula menunjukkan disfungsi, hubungan intim tergendala akibat hilang upaya atau kurang daya seperti gangguan ereksi.
Sebenarnya hubungan intim seksual kekal selama-lamanya. Ia tiada batasan atau sempadan. Pelukan, kucup, urutan dan belaian ialah sebahagian daripada pendekatan intimasi.
Intimasi bukan seks penetratif sahaja. Intimasi seksual boleh dibentuk mengikut keselesaan, kemampuan kesihatan dan kemampuan fizikal kedua-dua pasangan. Sedangkan pasangan yang kurang upaya juga perlukan intimasi. Yang mustahak ialah kedua-dua pasangan kekal ceriakan selalu hubungan intim untuk selama-lamanya. Hamizatul Maizan Mohamed
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...