Anggun jelita ibu kepada adik-beradik selebriti popular Syatilla Melvin ini. Meniti usia 59 tahun, keperibadian Robiah Rahman nyata menjadi kebanggaan dan inspirasi kepada anak-anak tersayang. Bersandarkan statusnya sebagai ibu selebriti, pasti Robiah tidak terlepas daripada perhatian khalayak dan tempias dunia glamor.
Difahamkan ibu penyayang ini mendirikan rumah tangga bersama Amirol Melvin Abdullah pada tanggal 23 Oktober 1988. Meskipun perbezaan jarak usia 20 tahun dengan suami tercinta, namun Robiah Rahman bahagia melayari alam rumah tangga di samping lima cahaya mata perempuan mereka.
Ternyata membesarkan lima anak yang kesemuanya perempuan bukan tugas mudah. Namun berkat kesabaran dan didikan sempurna Robiah, anak-anak yang kian dewasa dan sudah pun bergelar ibu tetap mengutamakan kedua-dua ibu bapa hingga ke hari ini.
Ads
Salah seorang anaknya iaitu Syifa Melvin atau nama penuhnya Nur Syifa Assyidda yang ditemu bual Nona menyatakan rasa kagum dengan sikap ibunya.
“Ibu seorang yang sangat penyabar. Saya sangat kagum semangat sabarnya dalam menjaga anak-anak. Nak menjaga lima anak perempuan susah. Kami pula tak ada adik beradik lelaki.
Saya boleh bayangkan macam mana risaunya dia bila tidur waktu malam, fikir tentang anak. Anak-anak tak ada depan mata sebab bila umur 18 tahun kami akan keluar dari kampung pergi ke KL. Pergi sambung belajar atau cari kerja.
Bila dah jadi ibu sekarang ini, kami rasa risau hendak membesarkan anak sendiri. Bayangkan ibu ada lima anak. Adakah lima anak ini elok atau berperangai ‘bukan-bukan’ di luar?”
Ads
Tambah isteri Safawi Rasid ini lagi, “Dia adalah seorang ibu yang sangat tabah dan sabar. Saya bangga dengan dia sebab dia berjaya didik kami yang kami ni pun bukanlah perfect. Tak baik mana pun tapi saya bangga sebab ibu didik kami adik-beradik bersatu.
Bila kami dah besar ni kami bersatu. Macam mana dia didik kami dari kecil untuk rapat sampailah dah besar dan berkeluarga ni pun kami rapat. Itulah benda yang saya kagum dengan ibu.”
Sebelum mengakhiri perbualan, Syifa turut berkongsi nasihat ibu tersayang yang dipegangnya hingga ke hari ini.
“Nasihat ibu, dia suruh kami bersatu dan jangan lupa diri. Bila kita tak lupa diri, apa-apa pun kita utamakan family terlebih dahulu. Kita akan lebihkan family sebab kita tahu dari mana asal usul kami.
Kami dari kampung je. Budak kampung! Kalau Orang Utara kata berlengas je dulu, berlemoih. Tapi kami akan sentiasa tanamkan dalam diri agar tidak lupa diri sampai bila-bila. InsyaAllah.”
Hasil perkahwinan Robiah dan Amirul Melvin selama hampir 37 tahun mereka dikurniakan lima anak perempuan iaitu Syafiqa Melvin, Syatilla Melvin, Syida Melvin dan Melveena Melvin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alhamdulillah, pelakon Afifah Nasir nampaknya bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat. Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Md Nasir menjadi perhatian warga maya baru-baru ini selepas berkongsi momen dilamar kekasih hati yang dikenali sebagai Syed Hariz.
Adik kepada Anzalna Nasir ini turut menerima sebentuk cincin berlian jenama mewah, Tiffany & Co. Mewah betul cincin yang tersarung di jari manis Afifah!
Tidak lama selepas berita dilamar kekasih bertebaran di media sosial, selebriti berusia 31 tahun ini kemudian dilaporkan selamat mengikat tali pertunangan dengan Syed Hariz pada 24 Februari bersamaan malam Nifsu Syaaban.
Pada majlis berkenaan, Afifah anggun mengenakan persalinan putih gading. Sedondon dengan tunang tersayang.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, wanita bijak ini menzahirkan rasa gembira selepas perhubungannya dengan jejaka pilihan mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.
Malah akuinya, dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengadakan majlis pertunangan dalam masa yang singkat namun bersyukur kerana segala urusan berjalan lancar.
“Our engagement happened on the beautiful night of Nisfu Syaaban. We didn’t plan it at all because this engagement was not part of the plan. It was a random planning but alhamdulillah it went well. Thank you to my fiance for making everything memorable for me.
You and I both had a very busy february especially you! Juggling with peak time at work, my birthday, proposal & engagement. So much time, money and effort being put into making me happy and alhamdulillah Allah permudahkan segalanya for us.
At times I do take a step back and humble myself down because until this very day I am grateful for your existence and the things Allah has blessed me with. Syukur alhamdulillah. To forevermore, my love, insyaAllah.”
Dalam salah satu posting Afifah, kelihatan dia turut menerima seutas jam tangan berjenama mewah Rolex! Untung empunya badan.
Luar biasa lazat dan sesedap air tangan ibu, begitulah istimewanya Restoran Effa Tomyam milik YM Ungku Rosalifah yang buat selera terpikat.
Cantik dan pandai memasak, bakat yang dimiliki kerabat diraja YM Ungku Rosalifah YM Ungku Kassim ini sesungguhnya menjemput rezeki tersendiri. Dalam temu bual eksklusif vodcast Inspirasi Nona bersama usahawan kelahiran Johor itu, wanita yang mesra disapa Ku Effa tersebut menyingkap keistimewaan restoran yang diusahakan.
Terletak di Gelang Patah, Johor Bahru, Effa Tomyam yang mula beroperasi sejak tahun 2016 terkenal dengan hidangan tomyam serta pelbagai menu lain yang digemari pelanggan. Cukup popular dalam kalangan pengunjung tempatan, Ku Effa rupa-rupanya gigih membangunkan bisnes ini dan mementingkan kepuasan selera pelanggannya.
Berkat kegigihan dan kualiti rasa masakan di restoran, Effa Tomyam kini meniti bibir ke bibir! Seronok tengok semangat Ku Effa macam dalam vodcast ni…
Beliau terkenal dengan komitmen tinggi dalam menyediakan hidangan tomyam yang lazat, berkualiti dan menepati selera masyarakat Malaysia, menjadikan Restoran Effa Tomyam sebagai destinasi pilihan ramai. Menu di restoran ini sering menjadi bualan, menjadikan jenama tersebut terus berkembang pesat dan terkenal.
Dedikasi YM Ungku Rosalifah dalam menyajikan makanan terbaik serta usaha gigihnya membangunkan perniagaan menunjukkan semangat keusahawanan yang luar biasa. Meskipun belum pernah menceburi bidang perniagaan restoran sebelum ini, beliau membuktikan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Karakter beliau yang penuh disiplin dan kreativiti dalam dunia perniagaan terbentuk daripada didikan tegas dan penuh kasih sayang oleh arwah ayahnya. Kisah kehidupan dan pengalaman membesar bersama ayah yang tegas tetapi penyayang telah menjadi sumber inspirasi utama dalam membangunkan perniagaannya.
Jiwa usahawan dan ibu anak tiga ini merupakan contoh inspirasi kepada wanita lain, membuktikan bahawa kesungguhan, disiplin, dan kasih sayang keluarga adalah kunci kejayaan. Ku Effa turut memanjatkan harapan agar perniagaan ini terus berkembang maju dan mampu membuka lebih banyak cawangan di negeri lain.
Pelantun lagu ‘Tenda Biru’ Desy Ratnasari antara selebriti Indonesia yang terkenal dengan penampilannya yang memukaua dan awet muda. Disember tahun ini genaplah usianya yang ke-50 tahun.
Biarpun memiliki pesona yang tak luntur dek usia, Desy Ratnasari tetap memilih untuk hidup sendiri berstatuskan ibu tunggal anak satu.
Nona kongsikan 5 info terkini mengenai aktres dan penyanyi kelahiran Jawa Barat, Indonesia ini yang kini aktif dalam bidang politik.
AWET MUDA
Ini adalah penampilan terkini Desy Ratnasari ketika menghadiri promo filem terbarunya, Buya Hamka.
Terserlah kecantikaan Desy Ratnasari persis wanita yang berusia 30an.
ADA KELAS TERSENDIRI
Semakin berusia, daya tarikan Desy Ratnasari dikatakan semakin meningkat.
Bukan sahaja cantik, sikap Desy Ratnasari yang tenang serta bijak membuatkan dirinya kelihatan lebih classy.
SELESA BERSENDIRI
Sudah 20 tahun Desy Ratnasari berstatus janda. Walaupun sudah bertahun-tahun bergelar janda, masih tiada tanda-tanda Desy Ratnasari bakal mengakhiri zaman jandanya itu.
Desy Ratnasari lebih selesa hidup sendirian di samping anak perempuan tunggalnya, Nasywa.
DENGAN ANAK MACAM KAKAK-ADIK
Walau tidak mempunyai pasangan, Desy Ratnasari tetap kelihatan ceria menjalani hari-hari bersama anak tunggalnya.
Dia sering berkongsi detik-detik mereka di akaun Instagram peribadinya. Setiap kali mereka berjalan berdua, ibu dan anak ini sentiasa kelihatan seperti adik beradik.
FOKUS KARIER & ANAK
Dalams satu sesi temu bual, Desy Ratnasari pernah mengakui dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk jodoh.
Ini kerana, dia masih belum menemui lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami. Buat masa ini, Desy Ratnasari memilih untuk lebih fokus kepada karier dan membesarkan Nasywa.
Kredit Foto: Instagram Desy Ratnasari
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.