Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2017 baru sahaja berlalu, selama lima hari penulis fesyen Nona turut ada di sana bagi menyaksikan kreativiti para pereka tempatan. Setiap jenama yang mempersembahkan rekaan menyerlah dalam gaya identiti masing-masing. Menariknya, selain busana rekaan yang dipersembahkan gaya para tetamu yang hadir turut menjadi perhatian.

IKLAN
DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR, Tengku Permaisuri Norashikin Mencemar Duli Ke Pertunjukan Fesyen AFIQ M x ShoesShoesShoes Luxe
Tengku Permaisuri Norashikin Bersama Pengasas ShoesShoesShoes, Ung Yiu Lin

Paling menarik perhatian penulis adalah kehadiran khas Tengku Permaisuri Selangor mencemar duli menyaksikan rekaan pereka muda Afiq Mohamed yang berkolaborasi dengan ShoesShoesShoes Luxe. Jom kita lihat gambar-gambar Tengku Permaisuri Selangor yang cukup anggun dalam persalinan kot dan seluar palazzo labuh corak genggang, semestinya rekaan Afiq M.

DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR, Tengku Permaisuri Norashikin Mencemar Duli Ke Pertunjukan Fesyen AFIQ M x ShoesShoesShoes Luxe
Dari Kiri: Ung Yiu Lin, Tengku Permaisuri Norashikin, Marion Caunter, Zaireen Ibrahim

KOLEKSI AFIQ M X SHOESSHOESSHOES LUXE

DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR, Tengku Permaisuri Norashikin Mencemar Duli Ke Pertunjukan Fesyen AFIQ M x ShoesShoesShoes Luxe

IKLAN

Mengaplikasikan konsep ‘See Now, Buy Now’ koleksi kolaborasi ini bukan sekadar satu omong kosong persembahan semata-mata. Sebaliknya rekaan yang dipersembahkan telah dilancarkan secara terus sejurus selepas persembahan dan boleh dibeli menerusi laman web www.afiqm.com .

IKLAN
DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR, Tengku Permaisuri Norashikin Mencemar Duli Ke Pertunjukan Fesyen AFIQ M x ShoesShoesShoes Luxe
Afiq Mohamed Menyiapkan Model
DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR, Tengku Permaisuri Norashikin Mencemar Duli Ke Pertunjukan Fesyen AFIQ M x ShoesShoesShoes Luxe
Keanggunan Wajah Tempatan Shikin Gomez, Hidayah & Tuti Noor Menyerlahkan Lagi Keanggunan Busana

Rekaan yang dipersembahkan memberikan satu persilangan gaya antara feminin dan juga edgy. Seperti yang kita tahu, Afiq memang bijak bermain dengan susuk tubuh wanita dan menyerlahkan stail terbaik. Menarik perhatian penulis adalah suntikan perincian penuh rambu berkilat pada sesetengah rekaan, biarpun ia kelihatan sarat namun apabila disarungkan oleh moden rekaan tersebut nampak menarik dan cukup untuk memberikan satu statement gaya yang sempurna.

Kredit Foto: All Is Amazing

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI