Siapa cakap lelaki atau suami tak pandai jaga anak? Lelaki selalunya lebih kreatif dalam bab-bab menjaga anak ni sebenarnya. Ada saja aktiviti yang ingin dilakukan bersama anak-anak. Tidak dinafikan, ada anak-anak yang lebih suka menghabiskan waktu bersama ayah mereka kerana sikap ayah yang lebih sporting dan tidak terlalu mengongkong. Nak buat apa buat lah asalkan ada pengawasan.

ANGKASAWAN NEGARA Pun Pandai Jaga Anak, Ini Teknik Keibubapaan Mesti Anda Cuba!

IKLAN

Siapa sangka, Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mempunyai kebolehan dan keunikan yang tersendiri dalam caranya untuk membesarkan dan berkomunikasi bersama anak-anak sehingga boleh menjadi rujukan ibu bapa di luar sana. Antaranya seperti selamkan anak dalam kolam air seawal 6 bulan dan mendedahkan dengan pelbagai aktiviti luar seperti swimming, horse riding dan kelas muzik.

Memang kadang-kadang nampak macam membahayakan sebab baby lagi dah suruh buat macam-macam kan? Tapi rupanya aktiviti ini bagus untuk perkembangan anak anda kerana menurut beliau “education starts at the age of 6, but learning begins at birth”.

ANGKASAWAN NEGARA Pun Pandai Jaga Anak, Ini Teknik Keibubapaan Mesti Anda Cuba!

ANGKASAWAN NEGARA Pun Pandai Jaga Anak, Ini Teknik Keibubapaan Mesti Anda Cuba!

Selain itu, Dr. Sheikh Muszaphar juga turut berkongsi beberapa tip penjagaan anak menerusi ruang caption di beberapa foto yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya dan beliau tidak keberatan untuk membalas setiap persoalan yang diajukan pengikutnya tentang teknik keibubapaan. Bukan sahaja seorang yang pemurah dengan senyuman, tidak kedekut ilmu pula tu.

Suami kepada Datin Dr. Halina Mohd Yunos ini memang terkenal dengan teknik keibubapaan yang menarik, tidak membosankan dan berkesan untuk perkembangan anak-anak menggunakan pengalaman beliau sebagai seorang doktor dan penceramah motivasi. Kepada ibu bapa di luar sana boleh cuba teknik ni untuk dipratikkan kepada anak kecill anda di rumah.

ANGKASAWAN NEGARA Pun Pandai Jaga Anak, Ini Teknik Keibubapaan Mesti Anda Cuba!

 

 

IKLAN

ANGKASAWAN NEGARA Pun Pandai Jaga Anak, Ini Teknik Keibubapaan Mesti Anda Cuba!

 

ANGKASAWAN NEGARA Pun Pandai Jaga Anak, Ini Teknik Keibubapaan Mesti Anda Cuba!

IKLAN

 

ANGKASAWAN NEGARA Pun Pandai Jaga Anak, Ini Teknik Keibubapaan Mesti Anda Cuba!

 

 

Siapa sangka, Angkasawan Negara pun pandai jaga anak, bukan? Jadi tak ada masalah sebenarnya bagi seorang lelaki yang bergelar ayah untuk menggalas tugas atau membantu isteri dalam membesarkan anak-anak.

Sumber: facebook Amira. A dan instagram Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI