Terus mengangkat wanita, penganjuran Forum Anak Syurga dan Anugerah Ibu Inspirasi oleh Al Kauthar Eduqids dibuat khas untuk raikan jasa ibu di Malaysia.
Tadika kanak-kanak terkemuka, Al Kauthar Eduqids (AKE) menjalin kerjasama dengan Mingguan Wanita dan Majalah Nona menganjurkan sebuah program hebat iaitu ‘Forum Anak Syurga’ diikuti ‘Malam Gala Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita dan Nona’ pada 2 Jun 2024 bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Al Kauthar Eduqids, Dato’ Dr Capt Bakhtiar Aliff Bin Ibrahim, dianggarkan 250 tetamu terdiri ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa bakal menyertai forum ini.
Datin Dr Nor Fadilah Binti Alias dan Dato’ Dr Capt Bakhtiar Aliff Bin Ibrahim
Selaku penaja utama, antara pengisian topik-topik yang dibincangkan adalah:
(1) Talkshow 1: Power Up Mental & Fizikal
Ads
(2) Talkshow 2: Kapsul Sihat & Cergas
Ads
(3) Talkshow 3: Anak Istimewa Selangkah Ke Syurga
Forum yang bermula jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang ini bukan sahaja membincangkan pelbagai ilmu dan perkongsian pengalaman ibu bapa malah bertujuan untuk membina komuniti sokongan antara ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa.
Bersama moderator Nani Roslan, beberapa panelis disegani turut hadir iaitu Zarina Zainuddin, Fynn Jamal, Dr Malar dan Dr Robiah Hamzah, bersama kehadiran Ketua Pegawai Operasi Al Kauthar Eduqids, Datin Dr Nor Fadilah Alias.
Pada sebelah malam pula bakal berlangsung ‘Malam Gala Ibu Anugerah Inspirasi Mingguan Wanita dan Nona’.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu dan anakanda baginda YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin bakal mencemar duli berangkat menyerikan majlis.
Malam Gala Ibu Inspirasi Mingguan Wanita dan Nona bertujuan memartabatkan figura ibu hebat yang berjasa dan sesuai menjadi inspirasi keibuan kepada masyarakat. Seramai 12 wanita hebat dinobatkan sebagai penerima anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita & Majalah NONA pada malam istimewa ini.
Saksikan persembahan hebat selebriti Salamiah Hassan, Atilia Haron dan Mila Jirin, menyerikan sesi siaran LIVE pada Ahad, 2 Jun 2024 bermula pukul 7.30pm di saluran YouTube, Facebook & TikTok Mingguan Wanita serta Majalah Nona.
Tanggal 10 Februari lalu genap 36 tahun usia selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor. Meraikan ulang tahun kelahiran penuh kesederhanaan, Neelofa sememangnya bertuah kerana bukan hanya diraikan ahli keluarga tersayang. Malah rakan-rakan artis dan peminat turut mendoakan kebahagiaan usahawan Nunha dan Nealofar berkenaan.
Antara ucapan hari lahir yang cukup menyentuh perasaan ramai pastinya daripada ibu tersayang, Datin Noor Kartini. Disifatkan seorang ibu yang penyayang dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan Neelofa yang mesra disapa ‘Love’ oleh Datin Kartini, titipan doa dan ucapan pengasas Kucate di media sosial meraih perhatian warga maya.
“Wahai anakku Neelofa. Tiada kata-kata seindah yang mama nak tuturkan dengan hanya puji syukur kepada Allah SWT. Anak-anakku syurgaku, anak-anakku hartaku, anak-anakku nyawaku, anak-anakku adalah nadi penggerak kehidupanku, anak-anakku adalah segala-galanya untukku.
Terima kasih Allah dengan rezeki kurniaanMu kepadaku dengan anak-anak yang mashaAllah hebat luar biasa. Alhamdulillah syukur Ya Allah.
Terima kasih anak-anakku kerana sentiasa ada bersama maam dan sentiasa membahagiakan mama. Bersatu hati dan erat hubungan adalah impian setiap ibu bapa dan Allah kurniakan itu untuk mama.
Alhamdulillah puji dan syukur padaMu Ya Allah Ya Kareem. Sempena hari kelahiran Love, mama sebagai ibu yang diizinkan Allah mengandungkan Love di dalam rahim mama dengan penuh kasih sayang dan lahirkan dan besarkan dengan penuh harapan yang dicita-citakan oleh seorang ibu.
MashaAllah doa ibu doa keramat. Setiap hari Allah menjadikan kenyataan atas doa-doa keramat seorang ibu. Mama doakan segala pengorbanan waktu muda Love, kerja keras Love, mama lalui perubahan hidup bermula dari rezeki Allah bagi melalui Love. Semua itu ada ganjaran yang Allah atur untuk Love.
Mama doakan Love jadi pendakwah tersohor di seluruh pelusuk dunia dan Bilal menjadi hafiz quran, wali maulana sheikh bilal yang tersohor di seluruh pelusuk dunia.”
Sementara itu, isteri Haris Ismail ini turut mengungkapkan ucapan syukur dikurniakan seorang ibu yang sentiasa mempercayai dan menyokong pilihan anak-anak.
“On this special day, I am filled with syukur to Allah for this life, and endless thanks to my amazing mama, who brought me into this world and sacrificed so much to raise me into the person I am today.
Mama, every kindness you’ve taught me, every ilmu, every act of ibadah you’ve instilled in me, I pray that the rewards continue to flow to you endlessly. May Allah bless you always mama.”
Neelofa bergelar isteri kepada Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki diberi nama Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenangan Ramadan tahun lalu pastinya menjadi memori paling sukar dilupakan Nur Irdiena Hakim. Pada tanggal 18 Mei 2019 bersamaan 13 Ramadan 1440 Hijrah itulah arwah ibunya yang juga pengasas kosmetik Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad telah kembali ke rahmatullah.
Pemergian arwah bukan hanya mengejutkan ahli keluarga bahkan rakan pengusaha kosmetik dan masyarakat yang mengenalinya turut terkesan dengan khabar sedih tersebut. Arwah Faziani Rohban dilaporkan meninggal dunia setelah terbabit kemalangan jalan raya bersama suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim di Pattani, Thailand.
Difahamkan ketika itu mereka sedang dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala untuk memberi sumbangan. Mengakui cukup terkesan dengan kehilangan arwah ibu tersayang, anak perempuan arwah yang mewarisi wajah Faziani Rohban ini meluahkan rasa rindu saat Ramadan datang menjelma tahun ini.
Kongsi Irdiena, “Hanya di sini tempat untuk aku mencari kekuatan, di pusara bonda tercinta. Bonda, ini adalah tahun pertama yang sangat berat bagi kamiiaitu membuat persediaan bagi permulaan bulan Ramadan tanpa seorang ibu. Tanpa suaramu, tiada lagi ketukkan sahur darimu, tiada lagi arahan darimu.
Ya Allah begitu cepat masa berlalu. Ya Allah kuatkan hati serta seluruh ahli keluarganya untuk menempuhi hari-hari yang akan mendatang tanpa adanya insan yang paling mereka cintai. Al-fatihah – Faziani bt Rohban Ahmad. Salam Ramadan, semoga Ramadan kali ini membawa seribu kerahmatan dan keinsafan kepada semua umat Islam.”
Apa yang pasti, pemergian Faziani Rohban ‘dicemburui’ ramai kerana arwah dijemput pulang bertemu Sang Pencipta pada bulan yang mulia dan dalam keadaan dirinya sedang membuat kebaikan. Allahu, mungkin inilah ganjaran yang diberikan kepada insan berjiwa pemurah yang tidak lokek berkongsi rezeki saban tahun terutamanya melibatkan pelajar-pelajar tahfiz.
Bahkan beberapa hari sebelum ajalnya, arwah sempat menjemput pelajar Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah untuk mengaji di kediamannya selama 40 hari bermula pada hari yang ditakdirkan jatuh pada hari arwah meninggal dunia. Majlis tahlil yang sepatutnya dibuat untuk arwah bapa yang telah meninggal dunia pada bulan Ramadan kira-kira 15 tahun lalu rupa-rupanya menjadi majlis tahlil untuk dirinya sendiri.
Lebih menyentuh hati, arwah juga sudah empat tahun menghulurkan sumbangan kepada madrasah berkenaan dalam bentuk makanan, barang keperluan dan kewangan tanpa pengetahuan ramai. Namun segala jasa dan amalan baik arwah akhirnya diketahui masyarakat pada hari dia meninggal dunia. Semoga kebaikan yang dilakukan arwah Faziani Rohban menjadi inspirasi dan ikutan buat semua untuk saling membantu golongan yang memerlukan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alangkah indahnya kehidupan seorang hamba Allah sekiranya menjadikan Al Quran sebagai pendamping setia dirinya, baik dari aspek kehidupan mahupun rohani. Apatah lagi sekiranya berjaya menjadi insan yang menghafaz Al Quran yang mempunyai banyak keberkatan dalam kehidupan.
Ditubuhkan pada 2018, Akademi Al Quran Amalillah atau AKMAL terus terbang tinggi mengembangkan legasi dan empayarnya. Malah kejayaan demi kejayaan diraih menjadi iltizam untuk terus melahirkan Hafiz 30 Juzuk Al-Quran dalam tempoh setahun.
Pada masa yang sama usaha pembangunan akademi ini memiliki enam cawangan serata negeri itu juga semakin disedari.
Ketika ini, akademi terbabit yang beribu pejabat di Marang, Terengganu turut memiliki cawangan di Bukit Beruntung, Batu Pahat, Shah Alam dan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Ketua Pegawai Operasi AKMAL, Imam Muda Fakhrul, mereka terus optimis mengangkat akademi berkenaan ke tahap yang lebih membanggakan.
“Cabaran ketika era pandemik itu memang sangat besar kerana kebiasaan dan tradisi pengajian Al-Quran itu secara berdepan. Tapi mahu atau tidak, kena biasakan cara belajar dalam talian.
“Bagai rahmat dalam ujian, ia membuka kejayaan besar kerana dengan cabaran tersebut kami berjaya mencipta pelbagai modul baru untuk membantu anak muda mencapai misi untuk menjadi Hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh satu tahun atau kurang termasuk memperkenalkan pengajian tahfiz secara online.
“Kita bersandarkan konsep Fast Track Tahfiz Strategy menggabungkan sistem hafalan, motivasi harian, kajian pelajar secara bersasar dan kaedah pengurusan psikologi bagi mencapai sasaran dan misi yang diingini,” katanya.
Kata Imam Muda Fakhrul atau nama sebenarnya Mohd Fakhrurrazi Hussin lagi, pada 2019, akademi ini pernah tular apabila seorang daripada 20 pelajar telah berjaya hafiz dalam tempoh lima bulan hingga berjaya mendapat liputan meluas media.
“Kisah tular itu membuatkan permintaan tinggi untuk kemasukan pelajar menyertai akademi ini. Cuma kita akui tak mampu menampung permintaan berkenaan kerana kekurangan kemudahan.
“Hingga kini usaha mengumpul dana untuk pembangunan kompleks tahfiz ini masih berjalan. Cawangan di KLIA juga hampir siap pembangunannya.
“Pada tahun 2020 di era pandemik pun, lebih 100 Hafiz dan Hafizah berjaya khatam 30 juzuk dihasilkan. Jun depan juga kita akan adakan majlis graduasi Haflah Takrimi di Terengganu meraikan lebih 200 golongan itu,” katanya.
Tambah Imam Muda Fakhrul lagi, Mac lalu mereka juga berjaya menganjurkan Majlis Khatam Perdana Hafazan 30 Juzuk Al- Quran membabitkan 75 pelajar yang majoritinya berjaya melengkapkan hafazan kurang setahun diadakan serentak di semua cawangan AKMAL.
“Tempoh khatam itu bermula dari tahun lalu hingga awal 2023. Apa yang menakjubkan kita juga berjaya mencatat rekod baru kejayaan seorang pelajar bernama Iman Mardhiyyah Kamaruzzaman yang berusia 12 tahun. Dia berjaya melengkapkan hafazan 30 juzuk selama tiga bulan lebih sahaja.
“Malah pelajar terbabit juga berjaya melengkapkan syahadah tahfiz dalam tempoh lima bulan menjadikan tempoh lengkap hafiz dan syahadah hanya dalam tempoh 8 bulan lebih. Ia satu pencapaian yang amat luar biasa dan sangat membanggakan.
“Malah kehebatan hafazan dan ingatan Al-Qurannya diuji secara disemak terus bacaan 30 juzuk Al-Quran selama dua hari tanpa melihat Al-Quran. Ia dilaksanakan oleh wakil Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dijemput dan pelajar terbabit berjaya memperolehi keputusan Mumtaz (sangat cemerlang) dari institusi berkenaan,” kata bekas peserta Imam Muda Astro Oasis musim kedua itu.
Ini jelas membuktikan AKMAL bukan hanya menekankan soal menghafal Al-Quran dalam tempoh yang cepat, tetapi turut mementingkan penjagaan hafalan yang berkualiti mengikut sistem yang telah disusun.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AKMAL pula iaitu Ustaz Saifullah Hussin, pendaftaran pelajar baharu dibuat secara berfasa iaitu enam bulan sekali.
“Sistem fast track ini diwujudkan kerana mahu membantu menyelesaikan masalah kebanyakan pelajar tahfiz yang mengambil masa terlalu lama untuk menghafal Al-Quran sehingga menyebabkan mereka agak ketinggalan dalam pendidikan arus perdana dan ini memberi kesan negatif kepada imej pelajar tahfiz itu sendiri.
“Kita juga mahu menjadi peneraju konsep fast track hafazan menjelang 2025 sekali gus melahirkan ramai pelajar tahfiz yang berkualiti dan berktrampilan. Kita turut mahu menjadi pelengkap sistem pendidikan negara dalam tempoh akan datang dengan izin Allah.
“Kita mengharapkan agar usaha ini mendapat sokongan semua pihak dan sudah pasti dengan bantuan semua, cita-cita ini akan dapat direalisasikan tidak lama lagi. Bagi yang mahu menyumbang ke pautan www.hafizsetahun.com/infaq
atau mendaftar pengajian boleh layari www.hafizsetahun.com,” katanya seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.